SEANDAINYA DIKAU BERTEMU SEORANG KAWAN,
YANG SANGGUP BERSUSAH ATAS NAMA KESETIAAN,
MENDAHULUKAN ATAS NAMA KEBAJIKAN,
MENYIMPAN KEAIBANMU ATAS NAMA KEJUJURAN,
MEMPERCAYAIMU ATAS NAMA KEIKHLASAN,
MENEGUR KELEMAHANMU ATAS NAMA KEBAIKAN,
MEMENDAM RASA TERKILAN DEMI MENJAGA PERASAAN,
DIA BUKANLAH SEORANG KAWAN,
TETAPI ADALAH SAUDARA DAN SAHABAT,
TAPI..
SEKIRANYA TIADA,
DIKAU JADILAH INSAN SEBEGITU..
YANG SANGGUP BERSUSAH ATAS NAMA KESETIAAN,
MENDAHULUKAN ATAS NAMA KEBAJIKAN,
MENYIMPAN KEAIBANMU ATAS NAMA KEJUJURAN,
MEMPERCAYAIMU ATAS NAMA KEIKHLASAN,
MENEGUR KELEMAHANMU ATAS NAMA KEBAIKAN,
MEMENDAM RASA TERKILAN DEMI MENJAGA PERASAAN,
DIA BUKANLAH SEORANG KAWAN,
TETAPI ADALAH SAUDARA DAN SAHABAT,
TAPI..
SEKIRANYA TIADA,
DIKAU JADILAH INSAN SEBEGITU..
{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}
Aku duduk di birai katil. Mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Sekejap aku bangun semula. Berjalan menuju ke meja belajar berhampiran. Mencapai nota kuliah yang bertaburan di atas meja. Kemudian duduk di kerusi. Aku tenung dalam-dalam nota kuliah tersebut. Merenung simbol-simbol dan singkatan yang memeningkan kepala sesiapa sahaja yang melihatnya.
Terbayang wajah En. Khairul sewaktu kelasnya pagi tadi. “Baca semua nota saya. Dari lecture 1 sampai lecture 6. Soalan midterm semua dari situ. Jangan tanya saya tips lagi” tegasnya.
Aku pandang lagi nota kuliahnya yang telah aku cetak dari slideshownya. Baru nota kuliah minggu ke 3. Bermakna ada tiga bahagian lagi yang perlu aku habiskan. Esok ujian pertengahan semester subjek tersebut. Microelectronic Lanjutan. Nota kuliah minggu ke tiga banyak menerangkan subtopik baru. Hardware programming yang membingungkan hampir semua teman sekuliahku.
Baru sebentar tadi aku terima panggilan dari Azman teman sekuliahku. Bertanya itu dan ini. Juga mengajak aku study group bersama beberapa teman kuliah yang lain di foyer fakulti selepas waktu berbuka. Bersungkai istilah orang Sabah. Aku pandang jam di handphone. 930 malam. Solat tarawikh di Masjid Universiti pun baru sahaja selesai. 1 jam telah berlalu. Sepatutnya kami berkumpul di foyer fakulti tepat jam 830 malam.
Seketika handphone aku berdering. Lagu “Cancer” nyanyian band kegemaranku My Chemical Romance berkumandang. Lama aku pandang handphone tersebut. Kemudian aku tekan butang silence. Kemudian ia berbunyi lagi. Nama Azman tertera. Aku biarkan sebentar dan kemudian aku tekan lagi butang silence.
Entahlah. Malam ni aku rasa fikiran aku bercelaru. Malam aku rasakan hangat. Putaran kipas di bilik bagai tidak langsung aku rasakan. Langsir aku selak seluas-luasnya. Agar angin malam masuk meredakan kehangatan bilik. Atau mungkin juga angin hangat di dalam dapat keluar melalui tingkap.
Sebenarnya tidak ada sekelumit langsung pembacaan dari nota kuliah aku masuk kekal di ingatan. Hampir 3 jam sejak Maghrib tadi nota itu aku pandang lesu. Maghrib di bumi Borneo ini awal dari kebiasaan di semenanjung.
Sudah lebih setahun aku kenal Hasan. Junior sebuah kelab motivasi kendalianku. Aku yang menemuduga Hasan sewaktu sesi pengambilan dulu. Aku lihat dia seorang yang kaya dengan buah fikiran. Tapi tidak mampu menyampaikannya dengan baik. Beberapa soalan dari aku sewaktu sesi temuduga dulu di jawab dengan bersahaja. Tidak berkeyakinan dalam penyampaian. Tetapi mempunyai idea yang bernas.
Lantas aku pangkah kotak “YA” dalam borang permohonan Hasan. Harapanku kelab ini mampu mendidik Hasan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.
Aku bawa Hasan meyertai beberapa program motivasi anjuran kelab kami di sekolah-sekolah pendalaman sekitar Sabah. Satu pengalaman baru buat Hasan. Aku mahu dia lihat bagaimana pengurusan sesebuah organisasi itu berlaku. Aku mahu dia belajar bagaimana pengendalian sesebuah mesyuarat, prosedur-prosedur yang perlu di lalui untuk menganjurkan program-program universiti.
Beberapa bulan kemudian aku lihat peningkatan dari Hasan. Dia mula berani berkomunikasi di khalayak. Pandai mengawal perasaan bila berucap di hadapan penonton, malahan mula mahir mengendalikan mesyuarat.
Lima bulan kemudian aku beri Hasan satu tanggungjawab untuk menganjurkan Motivasi Kecemerlangan Daerah Kudat. Hasan pada mulanya ragu-ragu. Tapi akhirnya mengalah. Lebih satu bulan persiapan program. Akhirnya ia berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Rentetan dari program-program anjuran kelab kami, aku dan Hasan mula rapat sebagai sahabat. Kalau dulu perbincangan dan perbualan kami hanya berkisar mengenai kelab dan urusan rasmi, kini kami lebih terbuka. Bercerita mengenai hal-hal peribadi.
Pertanyaan Hasan satu ketika dulu membuat aku tersentak. Soalannya mudah. Tapi sukar untuk aku jawab. “Erm boleh aku tanya, kenapa pelajar kejuruteraan macam kau boleh terjebak dengan kerja-kerja motivasi ni? Macam pelik.”
Lama aku diam. Cuba mencari jawapan. Akhirnya aku kumpul kekuatan. Bercerita serba sedikit kenapa aku melibatkan diri dalam program-program motivasi. Aku juga jelaskan mengapa aku pilih sekolah-sekolah pendalaman sebagai sasaran. Semuanya berkaitan dengan masa lepas aku. Berkaitan dengan pengalaman pahit aku 8 tahun lepas.
Hasan terdiam. Tapi aku tahu dia mengerti. Mungkin dia tak pernah menyangka orang seperti aku pernah melalui pengalaman sepahit itu. “Ujian Allah SWT”, jawab Hasan pendek. Dia ketandusan idea untuk berbicara panjang. Atau mungkin juga dia masih lagi terkejut.
Aku tak tahu kenapa tapi aku mula selesa mengikut kebiasaan Hasan. Bersolat jemaah di masjid, berkejar-kejar ke majlis-majlis ceramah agama, menghadiri beberapa kelas tajwid dan sebagainya.
Aku juga sedar ada beberapa keganjilan dari sahabat-sahabat aku yang lain. “Hairul kau fikir apa yang kau tengah buat sekarang? Aku dengar khabar-khabar angin dari beberapa kawan kita yang lain. Kau cuba islamikkan kelab kita?”, pertanyaan Budi membuat aku terpaku. Jawatan Budi sebagai setiausaha agung majlis perwakilan pelajar universiti membuatkan dia seorang yang tegas dan lantang dalam bersuara.
“Maksud kau?”, aku berpura-pura tak faham. Memohon penjelasan dari Budi. Aku tahu aku tak boleh tergesa-gesa menjawab pertanyaan Budi. Sebenarnya aku juga ada mendengar desas-desus mengenai perubahan yang aku cuba bawa dalam kelab menjadi perbualan hebat rakan-rakan aku.
“Yela, aku dengar pengurusan kau, pengaturan program dan pengisian program-program kau mula bertukar. Kan kita ada panduan dan modul yang di turunkan dari senior kita sejak dulu lagi. Kenapa perlu ubah? Aku tak kata aku anti Islam. Aku sendiri Islam. Tapi pembawaan Islam tak sesuai dengan kelab kita. Kita multi racial. Nanti bangsa lain rasa terancam. Etnik di Sabah ini terlampau banyak. Aku takut bila majoriti rasa tak selesa dengan apa yang kau buat.” Jelas Budi panjang lebar. Dia mula mengutarakan hujah-hujahnya. Aku tak salahkan Budi. Kami terdidik dalam “Payung Aspirasi”. Kami sama-sama dalam pelbagai aktiviti. Sejak kami dari tahun pertama pengajian lagi.
“Erm aku tak faham. Kenapa Islam mengancam bangsa lain?” Aku sengaja mengutarakan persoalan balas. Sebenarnya aku faham maksud Budi. Mungkin Budi keliru. Bukan ke Allah SWT SWT menjanjikan ganjaran bagi hamba yang membantu agama Allah SWT.
“Wahai orang-orang yang beriman. Jika kamu menolong (agama) Allah SWT,
nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu 47:7”
“Susah la aku cakap dengan kau ni. Kau kena faham. Pembawaan Islam tu masih tak sesuai dengan kelab kita. Aku tak nak nanti ada “anasir” luar yang menyusup masuk dalam kelab kita. Sekarang pun dah ada satu.”
“Ada satu? Apa dia?” aku bertanya kehairanan.
“Hasan.” Jawab Budi ringkas.
Aku terdiam. Tak menyangka Budi berfikir sedemikian rupa. Belum sempat aku jawab jelaskan kepadanya, Budi terlebih dahulu berlalu. Tanpa sebarang kata.
Aku diam membungkam.
Sukar untuk aku jelaskan pada kawan-kawan aku yang lain. Mereka tak mungkin akan faham. Tapi aku doakan Allah SWT akan bukakan hati mereka untuk terima pembaharuan yang aku cuba buat.
Aku renung kembali nota kuliah ku. Lama. Tapi masih lagi kosong. Tak sedikit pun yang masuk ke dalam kotak fikiranku. Aku lihat pula jari jemari tangan kanan ku. Luka dan membengkak. Kadang-kadang berdenyut-denyut perlahan.
Aku capai botol minyak gamat berhampiran meja. Aku tuang ke luka di tangan perlahan. Denyutan pada tangan berkurang.
Sudah dua hari tangan aku berkeadaan begitu. Sudah dua hari juga aku tidak bertarawikh di masjid. Lima waktu pun tidak. Khuatir ramai yang akan bertanya. Khuatir terserempak dengan Hasan juga.
Entah kenapa Hasan kurang berhubung dengan aku kebelakangan ni. Mesej aku langsung tidak berbalas. Panggilanku tidak berjawab. Senyap selama beberapa minggu.
SMS dari Hasan semalam buat aku terkedu.
“Minta jangan mesej lagi atau call lagi. Kita terlampau rapat. Aku rasa sekarang lebih bagus kalau kau bawa haluan kau dan aku bawa haluan aku. Kita terlampau berbeza. Buku-buku agama yang aku bagi pinjam sebelum ni tak payah pulangkan. Ambil je. Askum”
Aku cuba hubungi Hasan. Tidak berjawab. Aku bergegas ke biliknya. Alhamdulillah pintu biliknya sedikit terbuka. Aku tolak.
“Kenapa Hasan? Aku tak paham mesej tadi. Aku ada salah ape-ape ke?” aku cuba bertanya meminta penjelasan.
“Tak. Kau tak salah ape-ape. Cuma aku rasa haluan kita berbeza.” Jawab Hassan ringkas acuh tak acuh. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah aku. Kopiah di kepala di tanggalkan. Baru selesai tarawikh di masjid.
“Aku nak keluar kejap lagi. Ada hal. Nanti kau kunci pintu bilik aku.” Hasan mencapai helmet dan keluar dari bilik. Juga tanpa memandang ke arah aku. Terus berlalu begitu sahaja.
Kelakuan Hasan kebelakangan ini memang terlalu dingin. Aku makin bingung. Di ajak bersungkai sekali, menolak berterusan. Berjumpa di masjid, berpura-pura tidak nampak. Setiap pertanyaan dari aku juga kadangkala tidak berjawab.
Tapi dengan sahabat-sahabat lain Hasan tidak pula berkelakuan sebegitu. Masih lagi mampu tersenyum dan berbual mesra. Pernah juga aku terjumpa Hasan berbuka bersama Sidin di Anjung Senja. Beberapa hari lepas juga aku jumpa dia bersama Amin di Restoran Sri Hasmadi berbuka di sana. Tapi kenapa Hasan menolak setiap kali aku mengajak dia bersungkai bersama.
Aku makin keliru. Memikirkan setiap apa yang berlaku. Bagiku sahabat adalah kurniaan Allah SWT. Dan setiap kurniaan dari Allah SWT itu perlu dijaga sebaik-baiknya. Di pelihara selagi mampu.
“Manusia yang lemah adalah manusia yang tidak sanggup mencari teman hidup dan yang paling lemah daripada itu adalah manusia yang mensia-siakan teman hidup yang diperolehinya - Imam Al-Ghazali”
Hari ini genap 20 Ramadhan. Ramai teman sekuliah mula pulang ke semenanjung untuk berhari raya. Hasan juga bersama beberapa rakan aku yang lain akan pulang berhari raya di kampung halamannya. Mengambil penerbangan pada jam 2115. Aku pula terpaksa berkaoban untuk pulang bercuti selepas berhari raya kerana bakal menjalani latihan praktikal. Untuk menjimatkan perbelanjaan tiket kapal terbang dan sebagainya aku berkeputusan untuk hanya berhari raya di Sabah kerana akan pulang ke semenanjung sebulan selepas cuti Aidilfitri nanti.
Kulihat jam di meja. 330 pagi. Mungkin tika ini Hasan sedang membaca surat yang aku kirimkan melalui seorang sahabatku yang mengambil penerbangan yang sama dengan Hasan. Mungkin juga Hasan telah buangkan surat tersebut di airport lagi. Segalanya mungkin. Tapi aku redha kini. Redha dengan setiap ketentuan dari Allah SWT SWT.
Aku tahu kini hidup aku perlu di teruskan. Apa yang aku sudah usahakan sebelum ini tidak boleh di sia-siakan. Harus ada kesinambungan. Jika dulu persahabatan ini terbina kerana cinta kami kepada Allah SWT, maka cinta ini akan berterusan sekalipun persahabatan ini tiba di titik akhirnya. Kerana aku tahu dan sedar selagi Allah SWT aku letakkan di tingkat teratas dari yang selainnya, segalanya aku berada di landasan yang betul. Aku yakin dan pasti!
Aku pandang sejadah biru di katil. Aku capai dan bentangkan. Seketika keluar berwuduk dan kembali menunaikan solat sunat hajat, taubat dan istikharah. Aku mohon kepada Tuhanku agar di kurniakan ketetapan iman, di teguhkan dan di permudahkan urusan ke jalannya. Usai solat, aku lipat kembali sejadah biru tersebut. Dan aku letakkan di atas kerusi berhampiran meja bersebelahan katil. Aku rebahkan badan di katil. Memejamkan mata. Cuba memaksa untuk lelap biar lemas dalam pelbagai persoalan hidup.
{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}
Assalamualaikum…
Buat sahabat ku,
Aku pun tak tau nak mula surat ni macam mana. Sedar tak sedar dah setahun kita kenal, jadi kawan.. aku ingat lagi, mula awal dari Ramadhan lepas sampai Ramadhan tahun ni datang lagi. Aku sedar memang susah nak cakap face to face. Kita sama2 lelaki. Kadang2 ego tu tinggi. Jadi aku pilih cara ni. Dulu aku fikir diri aku cukup kuat, cukup semua. Aku tak perlu bergantung pada orang lain. Aku rasa aku dah bina cara hidup aku kat universiti ni dengan baik. Aku kenal ramai orang yg bleh bantu aku kat sini. Orang yg “berkuasa” konon2 nya..
Dulu aku tak pernah pandang orang di sekeliling aku. Aku leka dengan cara hidup aku. Sampai la aku diberi peluang untuk bentuk satu masyarakat baru. Kelab kita. Aku agak excited dgn tgjwb baru ni. Aku rasa aku dapat lakukan yang terbaik untuk “masyarakat” ni. Aku yakin dan aku amat pasti.
Aku tak tahu ada sesuatu yang tunggu aku. Aku tak tahu entah kenapa, dari 300 keahlian “masyarakat” ni aku bleh kenal kau. Tapi aku bersyukur. At first aku rasa semua berjalan lancar. Semua macam yang aku nak. Aku rasa aku berjaya bentuk smuanya. Termasuk kau yang jugak merupakan ahli baru “masyarakat” ni.
Aku tak tahu berapa lama masa dah lepas. Berapa lama aku mula sedar kekurangan diri aku. Semua bermula bila aku compare diri aku dengan diri kau, life aku dengan life kau. Aku rasa aku dah buat atau lead cara hidup yang salah. Mungkin cara hidup aku banyak lagi kekurangan berbanding dengan kau. Ye memang aku rasa kadang2 aku cukup hebat dan mahir dari kau dalam selok belok kt universiti ni. Tapi sebenarnya aku silap. Semua tu tak bawa kemana.
Aku bersyukur dengan kehendak tuhan. Kenalkan aku dengan sahabat macam kau. Yang bawak atau bagi influence utk ubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Semua ni memang susah aku nak buat. Kau pun tau latar belakang aku kan. Aku dah lama tinggalkan suma ni. Dulu aku pernah cuba berubah. Tapi tak lama. Lepas aku datang sini, aku mula lupa azam aku. Mujur kau ada utk sedarkan aku semula.
Sahabat, aku tak tahu kenapa kebelakangan ni aku rasa ukhwah kita makin jauh. Mungkin ada juga betulnya cakap kau hari tu. Kau dah bantu apa yang patut dan sekarang semua serah pada aku sdri. Msing2 dah dewasa, dah pandai berfikir, dah tahu buat keputusan sendiri. Kau pun perlu teruskan lagi cari ilmu utk diri sendiri. Macam tu jugak aku. Aku rasa memang betul suma ni. Cuma aku masih tak paham kenapa kita mesti jauhkan ukhuwah ini?
Kadang2 aku rasa aku macam terlampau penat cuba memperbetulkan semua ni, cuba anggap suma yang berlaku kebelakangan ni tak pernah berlaku. Tapi aku tak kesah demi sebuah persahabatan. Aku sggup buat n korban apa saja. Kadang2 aku cuba buat untuk lupa kn je semua ni. Aku macam dah penat asyik fikirkan macam mana nak selamatkan hubungan kawan ni. Aku pernah fikir nak lead hidup aku sdri dengan berbekalkan apa yang kau pnah bantu aku sblm ni. Tapi aku rasa susah. Setiap kali aku solat di Masjid Universiti, sembahyang di Masjid Bandaraya, setiap kali aku lalu di Masjid Negeri, setiap kali aku solat kat Masjid Bandaran, setiap kali aku singgah tergesa2 sembahyang di masjid di pasar philipines, surau kecil di Karamunsing, buat aku terpikir n teringat sape orang yang mula bawa aku ke semua tempat ni. Sape yang bawa aku pijak n jejak kan kaki ke semua tempat ni. Setiap kali jugak aku solat tarawikh lengkap 20 rakaat, setiap kali aku baca helaian demi helaian Al Quran aku sedar saper yang bawa aku ke jalan ni. Aku takkan lupa jasa kau as sahabat. Terlampau banyak yang kau dah bantu aku. Sebab tu aku xnak ukhuwah sahabat tu hlg perlahan2 macam tu je.
Aku tak kesah aku hilang kawan aku yang kononya “berkuasa”...yang mula cop aku budak masjid, yang mula kata aku haluan kiri. Yang kata aku islamikkan “masyarakat” baru warisan dorang. Aku tak kesah semua tu. Sampai aku di pulaukan. Semua kerana aku mula pergi masjid dan ikut jalan yg kau dah buka untuk aku. “Demi Allah SWT aku bersyukur dengan semua ni”...
Ntah la aku tak tau nak cakap macam mana lagi. Cuba kau byg kan after apa yang kau dah bg n buat kat aku selama ni, skg kau cuba jauhkan ukhwah tu sebab kita dah terlampau rapat? Haluan berbeza? Sampai kau terpaksa menipu..apa yang aku rasa bler semua ni berlaku? dan lbh sakit lagi bler aku tau benda tu dan aku terpaksa bpura2 tak tahu...seronok ke semua ni bagi kau?? Takper lah, macam yang aku pernah cakap kat kau. Aku doa kat Allah SWT supaya kawan2 aku tak tipu atau pergunakan aku. Kalau betul pun berlaku aku mintak Dia sorokkan dari aku even kalau dia terpaksa butakan mata aku. Sebab apa aku doa macam ni??sebab aku rasa betul2 sakit bler tau n terpaksa buat2 tak tau atas semua yang berlaku.
Demi Allah SWT dan demi tuhan, aku doa dan aku harap sangat ukhwah ni tak hbs macam ni jek. Selagi aku mampu aku akan cuba teruskan. Aku harap bukan aku sorang yang cuba buat semua ni. Aku harap kau pun lakukan benda yang sama.
Aku jugak mintak maap banyak2 kat kau sebab selalu susahkan kau. Aku banyak cerita benda yang kadang2 mungkin buat kau pun serabut. Mungkin kau pun nyesal bantu n bawa aku ke jalan ni.
Aku rasa Ramadhan aku kali ni kurang sempurna, mungkin aku terlampau serabut fikir benda bukan2. Mungkin jugak sebab aku mula buat or cuba ubah tumpuan aku berkawan dgn cosmate aku. Kau pn tau dorang macam mana kn. Tapi takpe la. Aku akan teruskan baki Ramadhan ni dengan amalan yang aku termampu. Mungkin pose kali ni kita kurang buke sama,kurang buat or tarawikh sama. Takper la. Kau mungkin sibuk teruskan aktiviti kau. Utk tambah ilmu utk bekalan kau sendri. Mgkn jugak kau tgh bentuk or buka “jalan baru” utk orang lain. Teruskan lah bantu semua orang. Jgn penah serik dgn apa yang kau dah buat. Banyak kesan positif kau buat macam tu pada orang yang kau bantu. Aku dah rasa.
Hasan aku doakan kau di lindungi Allah SWT, dunia dan akhirat atas apa yang kau dah buat dan bantu.
Bismillah..
Ya Allah, ya tuhanku,
Aku berdoa dan bermohon untuk sahabat ku ini,
Berikanlah dia kekuatan untuk terus berdakwah di jalan mu,
Untuk terus membantu orang yang memerlukan,
Berikan dia kesihatan, dan kemudahan dalam hidup,
Kurniakan kebahagian nya bersama keluarga, sahabat dan orang yang di sayangi nya..
Ya Allah, ya tuhanku,
Lindungi sahabatku ini dari bela bencana, kecelakaan, masalah dan belenggu hidup,
Permudahkan segala urusannya,
Permudahkan urusan menuntut ilmunya,
Kurniakan kejayaan buatnya di dunia dan akhirat,
Ya Allah, ya tuhanku,
Sahabat ku ini telah banyak membantu aku teruskan hidup ke jalan mu,
Jalan yang engkau redhai,
Hamba mu ini akan cuba pertahan apa yang telah di bekalkan,
Apa yang pernah di pelajari,
Ya Allah, ya tuhanku,
Aku bermohon ya Allah,
Dengan kehendakmu,
Sekiranya ukhuwah ni membawa ke satu jalan yang betul,
Jalan yang lurus dan di redhai mu ya Allah,
Kau pertahankan lah ukhuwah ni,
Suburkan dengan ikatan yang berpanjangan,
Ya Allah, ya tuhanku,
Seandainya ukhuwah ni membawa kepada sesuatu yang buruk,
Sesuatu yang engkau murkai,
Aku juga bermohon kepada mu ya Allah,
Bukan untuk putuskan ukhuwah ini,
Tapi untuk bantu kami,
Untuk kami saling ingat memperingati,
Memperbetulkan apa yang salah,
Meluruskan apa yang bengkauk,
Ya Allah kau tuhan sekalian Allah,
Maha pemurah lagi maha mengasihani
Hanya kepada mu aku bermohon,
Untuk kesejahteraan sahabat ku ini..
Amen...
Ya Allah, ya tuhanku,
Aku berdoa dan bermohon untuk sahabat ku ini,
Berikanlah dia kekuatan untuk terus berdakwah di jalan mu,
Untuk terus membantu orang yang memerlukan,
Berikan dia kesihatan, dan kemudahan dalam hidup,
Kurniakan kebahagian nya bersama keluarga, sahabat dan orang yang di sayangi nya..
Ya Allah, ya tuhanku,
Lindungi sahabatku ini dari bela bencana, kecelakaan, masalah dan belenggu hidup,
Permudahkan segala urusannya,
Permudahkan urusan menuntut ilmunya,
Kurniakan kejayaan buatnya di dunia dan akhirat,
Ya Allah, ya tuhanku,
Sahabat ku ini telah banyak membantu aku teruskan hidup ke jalan mu,
Jalan yang engkau redhai,
Hamba mu ini akan cuba pertahan apa yang telah di bekalkan,
Apa yang pernah di pelajari,
Ya Allah, ya tuhanku,
Aku bermohon ya Allah,
Dengan kehendakmu,
Sekiranya ukhuwah ni membawa ke satu jalan yang betul,
Jalan yang lurus dan di redhai mu ya Allah,
Kau pertahankan lah ukhuwah ni,
Suburkan dengan ikatan yang berpanjangan,
Ya Allah, ya tuhanku,
Seandainya ukhuwah ni membawa kepada sesuatu yang buruk,
Sesuatu yang engkau murkai,
Aku juga bermohon kepada mu ya Allah,
Bukan untuk putuskan ukhuwah ini,
Tapi untuk bantu kami,
Untuk kami saling ingat memperingati,
Memperbetulkan apa yang salah,
Meluruskan apa yang bengkauk,
Ya Allah kau tuhan sekalian Allah,
Maha pemurah lagi maha mengasihani
Hanya kepada mu aku bermohon,
Untuk kesejahteraan sahabat ku ini..
Amen...
0255am6september2007umskotakinabalu
{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}
robbanic generation
88999 kota kinabalu
sabah