ummu aisyah***

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ada cikgu baru (baru pun tidak lah baru sangat) masuk kelas. Nama dia cikgu Alauddin. Bila tengok pada wajah cikgu ni dah boleh agak lah umur dia mesti dalam lingkungan 40-an ni. Cikgu ni sangat lah bergaya (baca segak ya) masuk kelas, dengan tie yang diikat kemas pada leher dan berkot masuk kelas. Sebelum ni masa mula-mula nampak dia dekat laluan ke pejabat am. Masa tu ingatkan cikgu ni nazir dari jabatan pendidikan atau pun mungkin penyelia guru-guru praktikal. Tapi bila sudah selalu sangat nampak cikgu ni, sah andaian saya meleset sama sekali. Rupanya cikgu ni baru pindah dari kelantan dan berhijrah ke sini mengikut isterinya. Info ni cikgu ni sendiri yang beritahu ya.

Cikgu ni ganti cikgu Delilah yang ajar subjek bahasa melayu. Sebelum tu ada juga Tatik bagi tahu yang cikgu Delilah bukan lagi guru yang akan mengajar subjek ni. Maknanya, mereka-mereka yang lain terselamat lah agaknya dari pembentangan kerja mereka.

Apa pula kaitannya tajuk entry ni dengan cikgu ni? Ha ini yang mau kasik khabar ni. Cikgu ni sangat lah suka pandang mata pelajar lama-lama. Dia pandang bukan dengan pandangan kosong ya, tapi…sebagai isyarat yang dia akan bagi se das soalan yang akan buat kita pun rasa hilang keyakinan jawab soalan cikgu ni.

Saya sendiri tidak terlepas ya. Cikgu ni pandang kita rasa macam mahu ja tembus mata kena panahan mata cikgu tu. Adeh lah.. bila cikgu bagi soalan, apalagi kita yang sudah terpana dengan pandangan cikgu pasti lah tergagap-gagap kan. Suara saya pun tidak mahu keluar. Tapi sebenarnya tidak tahu jawapan tu. Haha…

Sebelum cikgu ni bagi se das soalan yang akan buat saya tergagap lagi baik saya pindah tempat duduk. Saya pun bagi isyarat dengan keron unutk balik ke tempat duduk asal kami. Bila pindah tempat duduk ingatkan sudah lepas dari pandangnan. Kali ni keron pulak sasarannya. “ha budak cina yang bercermin mata ni” (cikgu, dia bukan budak cina ya!!) Cikgu ni siap buat gaya macam sumo tengah bersiap mahu berlawan ja sebab tunggu jawapan keluar dari mulut Keron..adeh lah..

Cikgu ni juga sangat sensitive dengan pergerakan pelajar dia. Bila dia rasa ada pelajar tidak bagi tumpuan atau hilang focus dia akan cakap “ha apa lagi tu..”. Awal-awal lagi cikgu sudah bagi tahu yang dia akan gredkan (baca: bandingkan) kami semua dengan pelajar kelas lain.

Saya sangat lah takut untuk pandang mata orang apabila berbicara. Ya ini salah satu kelemahan saya. Kalau ada yang perasan, kalau saya berbual dengan orang lain saya akan cuba untuk kurangkan memandang wajah orang. Saya lebih banyak memandang kearah lain dan seolah-olah saya berbual dengan dinding. Mungkin ada juga yang akan terasa dengan sikap saya ni. Dan mungkin sikap saya ni seolah-olah tidak mengendahkan apa yang orang cuba untuk sampaikan. tapi inilah sebenarnya saya. Sangat takut dengan pandangan
mata.

nota kaki:
dari mata mampu sampai ke hati kan??

p/s: sangat rindu dengan papa rock. bila mahu ajar kami lagi..?? terima kasih papa rock benarkan saya panggil papa rock macam ni..hikhik
0 Responses