Assalamualaikum whb..
Cerita segelas kopi.
Nilai sendiri cerita ini. Mungkin nampak ringkas dan kosong tanpa pengisian tapi cukup meninggalkan kesan pada saya. Pada saya cerita ni sungguh comel, sangat comel okai. Sangat. Bila teringat semula bagaimana incik suami cuba untuk meminta bantuan puan isteri dalam gurauan. Bahagianya.
Cerita ni bermula pada suatu petang apabila si anak dan ummi yang tercinta sedang mengangkat pakaian dari ampaian sambil berbual kosong dan tiba-tiba incik suami datang dari arah dapur dengan senyuman.
Anak : mi, bapa panggil tu.
Ummi: ya.
Bapa : ada buatkan kopi?
Ummi: tiada. Mahu minum?
Anak : kenapa mi?
Ummi: bapa mu minta kopi segelas.
Anak : oh..
Bapa : kalau tiada, ndak apa lah. Minum air kosong ja lah.
Ummi : hmm..
Bapa : buat apa?
Ummi: buat kopi.
Bapa : ndak pa lah, minum air kosong ja ni. (sambil tersengih-sengih)
Ummi: sekejap.
Anak : (monolog) comel lah incik suami dan puan isteri ni..
Budak comel
Selepas mengemas ruang tamu hadapan petang tu, saya sibuk membersihkan diri. Dalam pada sibuk buat hal sendiri, saya dengar budak-budak comel ni buat bising. Dalam hati memang geram. Ruang tamu yang saya kemas tadi budak-budak comel ni lah yang sepahkan. Dah lah sepahkan ruang tamu tadi lepas tu buat bising pula. Memang mahu kena ni. Tunggu lah.
Saya yang geram ni pun pergi lah cari budak-budak comel ni. Mula-mula tu memang mahu marah tapi bila tengok mereka tu. Ya Allah. Jahatnya aku ni. Tahu budak-budak ni buat apa? Cuba teka..
Yaasin..
Wal qur’anil hakim…
Sambil main kejar-kejar mereka baca yaasin. Ya Allah sucinya hati budak comel ini. Semoga mereka membesar dengan baik dengan kalam Mu ya Allah. Tiba-tiba sejuk hati ni bila dengar budak-budak ni baca yaasin biarpun sambil berlari. Ya.. mereka sedang menghafal surah yaasin. Baru berumur dalam lingkungan 4 hingga ke 5 tahun tapi berlagu kalam Allah.
Malu rasanya bila merujuk pada diri sendiri. Sampai ke hari ini saya tidak hafal surah yaasin. : Malu :
Kalau hati sedang gembira, jarang sangat saya lagukan kalamNya. Tu hah lagu jenis lagha tu yang dilayan. : malu :
Kelahiran yang dinanti
Beberapa hari yang lepas sepupu saya selamat melahirkan seorang puteri yang sudah lama dinantikan kehadirannya. Akhirnya anak yang ke 4 ni anak perempuan juga. 3 orang anak dia semuanya lelaki, hero-hero belaka.
Dalam pada gembira tu ada juga terselit kesedihan tetapi saya pasti dia mampu menghadapi semua tu. Hati seorang ibu pasti kuat melawan itu semua. Seungguhnya hanya Dia maha mengetahui segalanya.
Sesungguhnya Allah menguji seorang hamba sesuai dengan kemampuannya dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
Semoga anak-anak ini mampu menjadi pejuang buat kedua-dua ibu bapa mereka. Allah sudah berjanji dalam kepayahan ada kemudahan. Yakin pada janjiNya.
Alhamduillah. Saya dikurniakan seorang wanita yang cukup penyayang dan sabar. Tabah dalam apa jua yang beliau lalui. Saya tidak mampu untuk menipu diri sendiri bahwa saya cukup kagum dengan beliau. Beliau yang dalam diamnya banya mengajar saya erti hidup. Berkorban sehinga ke hari ini masih lagi digagahkan diri menjaga anak dan cucunya. Beliau ialah seorang mak, ibu, bonda, ummi bagi saya.
Tidak pernah sekali saya lihat beliau mengeluh dan meninggalkan tanggungjawabnya biarpun dalam penat, lemah dan demam. Kagum.
“mahu roti? Nanti minta bapa mu belikan.”
“Buat apa mi?”
“Buat sarapan mu la”
“eh ndak pa lah mi, ni ada air pun cukup.”
Sekecil-kecil perkara macam ni pun tetap beliau jaga biarpun jika di ikutkan saya sudah cukup matang dan mampu berusaha untuk mencari dan menyediakan makanan buat santapan diri sendiri.
Ini cukup buat saya membantah? Mengabaikan permintaan? Mengabaikan tanggungjawab sebagai seoarang anak? Jika masih tidak punya rasa syukur dalam diri ini untuk berterima kasih punya seorang wanita begini yang menjaga dari dalam rahim sehingga bernafas saat ini, jangan pernah kau meminta petunjuk dariNYA kerana Dia tidak redha pada mu.
………………….
Sekecil-kecil perkara jika dilihat dari sudut yang positif pasti mampu membahagiakan kita. Apatah lagi ujian yang berat, insya Allah pasti ringan jika sifat positif kita amalkan.