ummu aisyah***
assalamualaikuum wbt..

Kadang-kadang hati ni kuat sangat untuk memberontak tapi bila ingatkan balik yang tidak semua kemahuan hati mahupun nafsu manusia perlu diturutkan, maka saya tunduk juga meski hati ni tidak redha ataupun tidak mengikhlaskan perkara itu terjadi. Apalah daya saya juga manusia.. (kau sudah kecewa wahai hati??)

Hati kita dengan orang manakan sama zue. Biar kemesraan terpancar pada wajah saat bersama tpi pasti akan tercalit juga luka biarpun sedikit di hati. Orang sekeliling yang melihat pasti akan kata "mereka ada persamaan sebab itu mereka macam belangkas". Ya sesetengah perkara kita mampu untuk berkerjasama tapi cuma sesetengah tidak semua perkara. itu biasalah kan??

Tapi tolonglah wahai KAMU..ubahlah sikap KAMU yang satu ini. saya tahu kamu bijak pandai dan mampu untuk melaksanakan tugasan itu. Tapi tolonglah sekali lagi saya katakan saya mintak kamu pisahkan dan jangan campur adukkan hal peribadi dengan urusan kerja kita. Dua perkara ini amat berbeza. Tolonglah matangkan diri dalam hal ini.

Saya tahu dan sedar punca masalah ini berlaku. Pertama mungkin disebabkan masalah saya dan Dia yang menjarakkan persahabatan kita. ya itu salah saya sendiri kerana memilih untuk menjauhkan diri. tapi ini tidak membimbangkan saya sebab saya tahu pendirian kamu dalam hal ini.

Kalau masalah ini timbul sebab saya tidak hadir pejumpaan kelmarin. Saya minta maaf. Saya dapat tangkap nada-nada kecewa kamu. Mungkin saya kurang bertanggungjawab dengan amanah yang saya pikul. Saya hadir cuma tidak tahu dimana kamu berkumpul. ya salah saya tidak check betul-betul. saya cuba call kamu semua tapi satu pun panggilan tidak berjawab. Saya tidak larat untuk mengikut cara kamu, suka sangat tukar nombor. ya saya pun suka tukar-tukar nombor dan guna dua nombor buat masa sekarang. tapi saya tetap kasik no baru kan bila saya tukar.saya tidak menyorok macam kamu.

Nampaknya kerja yang kita rencanakan hari ni tidak berhasil. Hanya kerana masalah hati. ohoo bahaya sungguh virus hati ni. Kita tidak banyak masa lagi jadi mari kita lapangkan dada dan lupakan dulu masalah ni. Objektif kita sekarang untuk siapkan fakta-fakta kes ya. jadi mari zue lupakan dulu hal ini.

nota kaki:
KAMU memang tidak berubah dari dulu sampai sekarang. ya memang banyak berubah pun, kamu makin cantik dan bijak tapi satu hal ini memang buat saya tidak puas hati dengan kamu dari dulu.

p/s : belajar dari pengalaman ya zue..




3 Responses
  1. Anonymous Says:

    comel template~
    hikhik~
    nnt letak chat box taw zue~
    :)


  2. [azie]
    ya nanti saya buat..


  3. [azie]
    terima kasih..credit untuk FalconHive..