ummu aisyah***
Assalamualaikum whb..

Bila aku jauh dari rahmat mu aku cuba mencari jalan yang mudah untuk mengisi kekosongan hati (kononnya) dengan menyesakkan hati, mata dan telinga dengan dunia. Aku sorokkan perasaan hati aku yang tenggelam dengan kesayuaan. Aku cuba ketepikan Engkau dalam kesedihan ku. Aku lupa Engkau yang hadirkan rasa ini dan selayaknya padaMu aku memohon ubat hati ini. Aku hamba Mu yang lalai yang seringkali melangkah dalam kepayahan. Tersengguk-sengguk mencari sinarMU. Engkau hadir memberikan kekuatan, memujuk hati ini dan memberi ikhtibar bagi setiap sesuatu yang engkau hadirkan dalam kehidupan ku.

kau rasa jauh sangat dariNYA? Kau jangan lupa ujian ini datang dariNYA juga. Tiap-tiap sesuatu ujian itu dia hadirkan untuk membina kekuatan luaran dan dalaman kita. Kau kata kau kuat, kau mampu mendepani masalah ini seorang diri. Masa ni lah Dia mahu uji kau. Dia mahu lihat sejauh mana kekuatan yang kau nyatakan tu. Kau sedar tak semua tu? “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.(Al-baqarah:286)

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Pergilah padaNYA, Dia ingin mendengar ritihan hambaNYA. Jangan pernah kau lupa baca QalamNYA dan jadikan itu sebagai ubat hatimu. Di dalamnya adalah bicara yang benar dan tidak pernah mendustakanmu.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Dia akan bukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah S.W.T telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (at-talaq:2-3)

Sabarlah wahai seketul daging, kerinduanmu akan terubat. Insya Allah. Yakin lah pada janjiNYA. Ambil lah masa untuk bersendirian dan muhasabah semula apa yang telah engkau lakukan pada dirimu. Adilkah kau buat begitu? Wajarkah mempersoalkan setiap ketentuanNYA padamu? Mohonlah padaNYA wahai seketul daging. Kerana DIA adalah pemilik seketul daging itu. DIA akan perkenankan doa mu dari arah yang tidak engkau sangka. PerancanganNYA tetap perancangan yang terbaik.

“dan rahsiakanlah perkataan mu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha mengetahui segala isi hati.” (al-mulk:13)