ummu aisyah***
Assalamualaikum whb..

Semalam saya baru sampai Kolej Kayangan tercinta daripada bercuti-cuti Malaysia. Dari perkarangan  pintu masuk Kolej Kayangan menunjukkan hari ini adalah hari pertama adik2 ini melangkah ke alam baru, fasa kehidupan baru bergelar sebagai warga kampus. Meriah dengan kehadiran ibu bapa yang sibuk menguruskan pendaftaran anak-anak mereka. Semuanya nampak meriah, dengan beg yang besar, baldi, bantal besar (bantal busuk tu =p) dan macam2 lagi barang. Maklum lah budak baru mendatar, mesti terfikir mahu bawa semua ke kolej. Kalau boleh semua barangan kesayangan yang ada di rumah tu di bawa ke kolej. Saya juga pernah menjadi seperti  mereka. (Mungkin anda juga?)
Mengimbas kembali detik saya mula2 melangkahkan kaki ke alam kampus. Sebak, gembira, teruja pun ada. Macam2 perasaan bercampur baur masa tu. Seronok sebab ini impian saya (pada masa tu, insya Allah sehingga kini) ingin bergelar pelajar kampus. Teruja sebab kakak2 yang menyambut kami ramah sambil menerangkan beberapa pperkara tentang pendaftaran pada hari tu sehingga seminggu minggu suai kenal tu berlangsung. Kebetulan berjumpa sahabat lama yang juga mendaftar di kolej yang sama. Keterujaan tu lagi lah tidak mampu dibayangkan. Bayangkanlah kami boleh melompat kegembiraan di tempat letak kereta semasa berjumpa buat pertama kali setelah bertahun tidak bertemu.  Sebahagian memori yang indah. Sungguh saya rasa mahu menangis sekarang ni. Sedar tidak sedar tahun hadapan saya akan menjadi pelajar tahun akhir. Tahun akhir… Ya..

Mungkin ini pengalaman pertama saya melihat proses kemasukan pelajar baru sejak beberapa tahun bergelar pelajar kampus. Rasa seronok seperti saya pon baru mendaftarkan diri seperti adik2 kita ni. Heehee.. nampaknya saya ni boeh digelar tua jugak lah sebab yang mendaftar tu semuanya fresh daripada lepasan spm. Saya?? Hee..  (malu lah, saya lebih tua tapi perangai macam budak2 lagi. Muda remaja okai~)

Tadi sempat melihat beberapa gambar yang di post oleh pengetua Kolej Kayangan ni. Rasa sebak pon ada bila baca post pengetua kolej tadi. Maklum balas daripada  ibu bapa yang berterima kasih dengan layanan yang diberikan amat memuaskan hati mereka. (Tersentuh kejap *_~) Rasa seperti itu adalah komen daripada keluarga saya sendiri. (Ahhh sentimental lah pula kan). Saya rindu masa lalu, semasa mula2 kaki ini melangkah ke alam kampus. Tahu2 tahun depan saya akan menjadi pelajar tahun akhir. Maknanya tahun depan saya akan tamat pengajian. Selepas tu?? Mungin tiada lagi pengalaman mula2 dihantar ke kampus oleh keluarga. Tiada lagi perasaan teruja seperti adik2 kita ni. Mungkin masa tu kalau saya mahu menyambung ke peringkat sarjana, mungkin di iringi suami pula ( gatal kamu ni =p), siapa tahu.. hee… 
nota kaki : selamat menempuh minggu2 terakhir. exam mood switch on~!