ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..
Pertandingan bahas ala parlimen hari rabu sudah pun lepas. Banyak benda mahu di lontarkan. Biar nanti bila teringat pasal bahas nanti saya boleh ja rujuk pada entry ni. Kira kenangan ni nanti bila teringat rasa macam masih segar lagi.

Minggu lepas, hari khamis cikgu Delilah panggil saya, fyda, ida, baby dan Cecilia. Cikgu cakap ada pertandingan pidato dan bahas, “mau ikut ka tidak?”. Mestilah mau ikut cikgu. Sudah lama ndak buat kerepek (merepek) ni. Ha ini lah masanya. Tapi masa yang ada cuma kurang dari seminggu. okai ndak pa kita sahut cabaran itu cikgu. Tapi ada masalah, kami kan budak tingkatan 6? Boleh ka ndak? Bincang punya bincang dengan pihak penganjur, boleh tiada masalah.

Tajuk bahas Dasar PPSMI wajar Diteruskan. Pada mula masa dapat tajuk ni terdetik juga tajuk ni macam susah ja. Boleh ka atau tidak buat nanti. Oleh kerana isnin tu cuti untuk sambutan maulidur rasul saw. kami terpaksa lah tinggalkan kelas hari selasa untuk buat persediaan terakhir. Siapkan hujah-hujah untuk persediaan samaada dapat jadi deligasi kerajaan ataupun pembangkang. Dalam hati kami memang terdetik untuk dapat sebelah deligasi kerajaan.

Bila sampai ja di SMK sikuati II, kita pi minum dulu lepas tu baru cabut undi. Ida cakap “kita dapat sebelah kerajaan”, huu gembira bukan main lagi. Ayat pertama yang terkeluar dari mulut ni “Alhamdulillah”. Gerak hati kami betul. Segalanya sudah sedia, apalagi kita gerak lah. Untuk bahas ni pihak penganjur sediakan dua tempat, satu dekat dewan besar dan satu lagi dalam bilik gerakan. Agak tertutup lah dan kami dapat bilik gerakan. Kumpulan kedua yang bertanding.

Sampai ja waktu kami mahu bertanding, ada masalah pula. Juri-juri kurang senang dengan kami sebab budak-budak tingkatan 6. Aik juri ni lebih-lebih pula, penganjur cakap boleh lah. Jadi apa masalah lagi. Siap buat meeting luar bilik gerakan lagi dan buang masa dekat setengah jam pula tu.

Ida dan Fyda rasa tiada semangat sudah waktu tu. Dalam nada sederhana kami bertiga cakap-cakap lah kalau ia pun mahu singkirkan kami sebab kami tingkatan 6. Okai kami terima tapi biarlah bagi peluang untuk pusingan pertama dan lepas tu kami ndak kisah lah. Sudahnya kami penat-penat cari bahan untuk berhujah ndak kan balik macam tu ja. Rasanya juri-juri tu dengar lah juga, tapi memang niat bagi juri tu dengar perbualan kami. manalah tahu simpati ka apa kan.

Akhirnya kami diberi peluang juga untuk bertanding. Lontarkan segala hujah untuk pengaruhi juri terima usul yang kami bawa. Isu PPSMI ni kalau dikira memang pihak pembangkang boleh ja menang tapi hujah dorang tidak kukuh. Senang ja kami serang balas balik. Yang paling ketara sangat bila dorang cakap pihak kami tidak nyatakan statistic sebelum dan selepas PPSMI dilaksanakan. Ha sudah terperangkap.

Waktu izin laluan untuk mencelah pula rasa macam mahu ketawa ja. Adakah pembangkang pertama bangun tegakkan benang yang basah bila kami psiko yang dorang tu kerja asyik termenung sebab tu gagal mencerap hujah yang kami sampaikan. Markah terbuang sia-sia ja untuk dorang di situ. Kalau diikutkan hujah kami banyak ja lompong sini sana tapi nasib baik buat pendekatan. Pertama, bahasa Inggeris tu lebih spesifik penggunaannya. Contohnya , alat pengukur suhu. Klau BI alat pengukur suhu tu banyak, maka kalau guna BM ia lebih bersifat umum. Kedua, penciptaan kereta Proton yang dulu ditentang banyak pihak dan hari ni ia diterima baik Cuma ianya memerlukan masa. Samalah juga dengan dasar PPSMI ni.

Bidasan-bidasan deligasi pembangkang mudah ja kami ranapkan semasa sesi penggulungan. Tapi masa sesi penggulungan ni “ketidak adilan” berlaku, waktu penggulungan pembangkang sampai 8 minit sedangkan masa yang diperuntukkan untuk sesi ni cuma 4 minit. Bukannya penjaga masa tidak sedar, kami pun sempat lagi pandang-pandang yang dipertua dewan dan penjaga masa yang dorang lebihkan masa. Tapi mungkin dorang sudah di ingatkan supaya bagi ja masa lebih-lebih untuk deligasi pembangkang, dan kami tepat 4 minit loceng dibunyikan. Mungkin cakap macam serkap jarang tapi masa kami sampai separuh akhir pun penjaga masa lebihkan pihak pembangkang. Bila sedar kami pun jaga masa juga, penjaga masa nampak macam serba salah dan bunyikan loceng dalam minit ke 6.

Keputusannya, usul Dasar PPSMI Diteruskan diterima dan kami berjaya mara ke separuh akhir. Tajuk separuh akhir “lambakan IPT menyebabkan kualiti graduan rendah”. Masa separuh akhir ni lagi lah sedih. Saya ingatkan kami kalah sebab saya tergagap masa berhujah. Bila tengok markah yang juri beri, kurang 2 markah untuk strategi datang dari saya dan kurang lagi 2 markah untuk gaya juga datang dari saya. Markah untuk isi pula, hmm yang ni sedih sikit bila ingatkan balik. Nampak sangat juri tidak mahu kami mara ke peringkat akhir. Sedangkan jelas deligasi pembangkang sudah jauhh tersasar bila bercerita tentang IPT luar Negara sedangkan masalah yang dibincangkan adalah masalah dalam Negara. Bukan mahu kata kami hebat dan mereka salah. Tidak..Cuma kesal bila alasan yang digemburkan kami budak tingkatan 6 jadi tidak layak untuk menang. Dan akhirnya kami tidak berjaya ke peringkat akhir.

Mati-mati saya ingatkan kami gagal ke peringkat akhir disebabkan saya tergagap masa berhujah. Masa naik dalam bas pun saya masih lagi persoalkan kenapa kami tidak berjaya. Bila cikgu terangkan sendiri sebabnya barulah hilang sikit demi sedikit perasaan serba salah tu. Pengetua ada ingatkan, kalau bertanding tidak kira menang atau kalah jangan sampai rasa rendah diri. Kalaulah ada perasaan rendah diri bila kalah, baik tidak payah ja pergi bertanding. Itu lebih baik. Bila selesai ja penerangan dari cikgu hal duduk perkara sebenar, Ida Tanya “rasa rendah diri ka?”.. Kalau sebelum tu dia tanya maka jawapanya YA.

Nota sisipan:
1) Soalnya bukan menang atau kalah tapi tahap keyakinan diri sendiri yang akan mempengaruhi hidup jika tidak dibetukan.
2) Cerita bukan sekadar kisah bahas semata-mata tapi lebih dari itu.
3) Kali ini rasanya sudah cukuplah, lengkap satu lagi kisah yang buat saya lebih mengenali KAMU dalam hal yang satu itu.
4) Alhamdulillah rahmat disebaliknya saya dan DIA kembali jernih akhirnya. Entah bila perselisihan faham bermula dan entah dimana titik noktahnya.
ummu aisyah***
assalamualaikum wbt..

ohoo....
Ketika dan saat ini masih lagi berjaga..
Berjaga menyiapkan fakta-fakta kes PPSMI ni..
Sakit bahu ni..
Adeh lah..(ayat yang rasa macam mengada-ngada ja)

Agaknya peguam-peguam di luar sana tu lagi lah teruk kan?
Patutlah ada saja yang mempunyai mata yang cantik..
huuhuu..okai..okai..
sudah mengarut nampaknya..

Ini ada satu permintaan dari YB Cik Faridah,
"kalau boleh, ko tolong jangan masuk kelas esok ya".
Jawapannya : Kena tunggu esok lah. Kalau Cikgu Alauddin lepaskan aku keluar awal.

p/s :
1) kuat-kuat zue..yeah
2) harapnya kegagapan tidak akan terserlah lah ya.
3) dan jangan lupa zue baiki penyebutan ya..
0423 am
ummu aisyah***
assalamualaikuum wbt..

Kadang-kadang hati ni kuat sangat untuk memberontak tapi bila ingatkan balik yang tidak semua kemahuan hati mahupun nafsu manusia perlu diturutkan, maka saya tunduk juga meski hati ni tidak redha ataupun tidak mengikhlaskan perkara itu terjadi. Apalah daya saya juga manusia.. (kau sudah kecewa wahai hati??)

Hati kita dengan orang manakan sama zue. Biar kemesraan terpancar pada wajah saat bersama tpi pasti akan tercalit juga luka biarpun sedikit di hati. Orang sekeliling yang melihat pasti akan kata "mereka ada persamaan sebab itu mereka macam belangkas". Ya sesetengah perkara kita mampu untuk berkerjasama tapi cuma sesetengah tidak semua perkara. itu biasalah kan??

Tapi tolonglah wahai KAMU..ubahlah sikap KAMU yang satu ini. saya tahu kamu bijak pandai dan mampu untuk melaksanakan tugasan itu. Tapi tolonglah sekali lagi saya katakan saya mintak kamu pisahkan dan jangan campur adukkan hal peribadi dengan urusan kerja kita. Dua perkara ini amat berbeza. Tolonglah matangkan diri dalam hal ini.

Saya tahu dan sedar punca masalah ini berlaku. Pertama mungkin disebabkan masalah saya dan Dia yang menjarakkan persahabatan kita. ya itu salah saya sendiri kerana memilih untuk menjauhkan diri. tapi ini tidak membimbangkan saya sebab saya tahu pendirian kamu dalam hal ini.

Kalau masalah ini timbul sebab saya tidak hadir pejumpaan kelmarin. Saya minta maaf. Saya dapat tangkap nada-nada kecewa kamu. Mungkin saya kurang bertanggungjawab dengan amanah yang saya pikul. Saya hadir cuma tidak tahu dimana kamu berkumpul. ya salah saya tidak check betul-betul. saya cuba call kamu semua tapi satu pun panggilan tidak berjawab. Saya tidak larat untuk mengikut cara kamu, suka sangat tukar nombor. ya saya pun suka tukar-tukar nombor dan guna dua nombor buat masa sekarang. tapi saya tetap kasik no baru kan bila saya tukar.saya tidak menyorok macam kamu.

Nampaknya kerja yang kita rencanakan hari ni tidak berhasil. Hanya kerana masalah hati. ohoo bahaya sungguh virus hati ni. Kita tidak banyak masa lagi jadi mari kita lapangkan dada dan lupakan dulu masalah ni. Objektif kita sekarang untuk siapkan fakta-fakta kes ya. jadi mari zue lupakan dulu hal ini.

nota kaki:
KAMU memang tidak berubah dari dulu sampai sekarang. ya memang banyak berubah pun, kamu makin cantik dan bijak tapi satu hal ini memang buat saya tidak puas hati dengan kamu dari dulu.

p/s : belajar dari pengalaman ya zue..




ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

Bosan..
Bosan..
Bosan..

Apa maksud bosan ya..hmm saya pon tidak tahu maksud bosan tapi saya ada cerita yang mungkin membosankan anda..dan mungkin selepas anda baca hati anda akan kata penulis ni memang bosan agaknya..kalau tidak pun anda akan kata saya sungguh membosankan..

Semuanya bermula dengan bosan~~~

Kak piping: bosan kan duduk disini..
Baby: hmm bosan betul duduk dikampung ni..
Kak piping: kalau di kampong ndak best, di kudat ni lah bosan kan..
Baby: bagus laggi di kk, mesti ndak bosan betul kan..
Kak piping: kalau di pulau pinang pun best juga bah..
Baby: di kk lagi best..jalan-jalan ja bukan macam disini..
Kak piping: di pahang pun best..
Baby: kalau di kk kami selalu mandi kolam..nah disini mana ada begitu..
Kak piping: kalau di tempat aunty pon bosan juga. Tapi kita selalu jalan-jalan kan kalau tempat aunty tapi bosan di sana.
Baby: di atas feri lagi bagus..nah..
Kak piping: di airport pon bagus juga. Banyak kapal terbang..
Bongsu: apa maksud bosan tu??
Kak piping: hmm bosan tu..kalau kita tengok, tengok ja, nah di situ ja kita asyik dengan benda itu ja.. lama-lama bosan lah tu.. nah itu lah bosan..
Bongsu: contohnya..
Kak piping: kalau satu kan, lepas tu satu lagi, satu lagi, nah asyik satu ja.. bosan lah kita..
Bongsu: kalau dua ja..lepas tu dua..dua lagi..

Saya saja ingin menguji..

Kak piping: bosan lah juga sebab itu saja..tiada lah lain..kalau tiga, tiga lagi, nah tiga ja… semua pun bosan..

Saya berfikir sejenak..dari mana lagi budak berdua ni dapat perkataan bosan ni..saya pun berfikir dua jenak, tiga jenak, dan berjenak-jenak..dalam saya berfikir sendiri, saya sudah tidak sedar apa yang dorang bualkan..asyik sangat dengan perkataa bosan tu..saya pula tidak puas hati dengan jawapan tadi dan bertanya soalan yang sama..yalah selalu nya kita kalau asyik menyebut perkataan itu ja mesti ada kaitan dengan sesuatu..maksud saya mungkin ada kisah atau peristiwa yang berkait dengan bosan tu..

Bongsu: ping apa maksud bosan tu..
Kak piping: ai tadi kan sudah di kasik tau
Baby: ish tadi sudah di kasik tau tanya lagi balik..
Mummy: kalau bahasa mummy bosan tu boring..
Kak piping: bosan ni..macam…

Baby memotong sebelum sempat piping habis menjelaskan..sambil menarik piping rapat dengna dia..baby pun bebrbisik..entah apalah yang dibisikkan..saya pun eager mahu tahu tapi..biarlah…

Kak piping: bungsu mau tau apa itu bosan…

sambil senyum2..baby pulak ketawa macam kambing..apa pulak idea nakal dorang ni..habis lah zue..siap sedia dengna perisai..

kak piping: kalau mau tahu apa itu bosan minum lah anmum essential lepas tu tengoklah tom-tom bak..nah ndak lah tu jadi bosan..kan baby kan..

sambil gelak2 macam kambing..ish jahat kan saya ni..boleh lagi panggil macam tu..hmm memang bertuah lah siapa dapat bongsu macam saya ni..dah lah macho..bla..bla…

kak piping: lepas tu panggil uncle aznil pg rumah..mesti hilang bosan kan baby.
Baby: tengok lah tom-tom bak..
Bongsu: ****(dlm hati= apa kaitan uncle aznil dengan bosan dorang ni..)

Hmm ni mesti kes tom-tom bak lah ni..tapi saya pun masih lagi bingung apa lah kaitan semua ni..hmm tiada apa sebenarnya..Cuma cerita kosong..lepas baca halalkan lah masa and abaca entry ni ya..kalau anda sorang kanak-kanak ribena minumlah anmum bila dilanda kebosanan tapi kalau bosan saya xgalakkkan tengok tom-tom bak..
Akhir kata jangan rasa bosan pulak lepas baca ni..

*kak piping= 5tahun
*baby= 6tahun
*bongsu= budak 2 tahun( ngehngeh)



p/s: entry dari blog friendster pada 3 disember 2008
ummu aisyah***

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ada cikgu baru (baru pun tidak lah baru sangat) masuk kelas. Nama dia cikgu Alauddin. Bila tengok pada wajah cikgu ni dah boleh agak lah umur dia mesti dalam lingkungan 40-an ni. Cikgu ni sangat lah bergaya (baca segak ya) masuk kelas, dengan tie yang diikat kemas pada leher dan berkot masuk kelas. Sebelum ni masa mula-mula nampak dia dekat laluan ke pejabat am. Masa tu ingatkan cikgu ni nazir dari jabatan pendidikan atau pun mungkin penyelia guru-guru praktikal. Tapi bila sudah selalu sangat nampak cikgu ni, sah andaian saya meleset sama sekali. Rupanya cikgu ni baru pindah dari kelantan dan berhijrah ke sini mengikut isterinya. Info ni cikgu ni sendiri yang beritahu ya.

Cikgu ni ganti cikgu Delilah yang ajar subjek bahasa melayu. Sebelum tu ada juga Tatik bagi tahu yang cikgu Delilah bukan lagi guru yang akan mengajar subjek ni. Maknanya, mereka-mereka yang lain terselamat lah agaknya dari pembentangan kerja mereka.

Apa pula kaitannya tajuk entry ni dengan cikgu ni? Ha ini yang mau kasik khabar ni. Cikgu ni sangat lah suka pandang mata pelajar lama-lama. Dia pandang bukan dengan pandangan kosong ya, tapi…sebagai isyarat yang dia akan bagi se das soalan yang akan buat kita pun rasa hilang keyakinan jawab soalan cikgu ni.

Saya sendiri tidak terlepas ya. Cikgu ni pandang kita rasa macam mahu ja tembus mata kena panahan mata cikgu tu. Adeh lah.. bila cikgu bagi soalan, apalagi kita yang sudah terpana dengan pandangan cikgu pasti lah tergagap-gagap kan. Suara saya pun tidak mahu keluar. Tapi sebenarnya tidak tahu jawapan tu. Haha…

Sebelum cikgu ni bagi se das soalan yang akan buat saya tergagap lagi baik saya pindah tempat duduk. Saya pun bagi isyarat dengan keron unutk balik ke tempat duduk asal kami. Bila pindah tempat duduk ingatkan sudah lepas dari pandangnan. Kali ni keron pulak sasarannya. “ha budak cina yang bercermin mata ni” (cikgu, dia bukan budak cina ya!!) Cikgu ni siap buat gaya macam sumo tengah bersiap mahu berlawan ja sebab tunggu jawapan keluar dari mulut Keron..adeh lah..

Cikgu ni juga sangat sensitive dengan pergerakan pelajar dia. Bila dia rasa ada pelajar tidak bagi tumpuan atau hilang focus dia akan cakap “ha apa lagi tu..”. Awal-awal lagi cikgu sudah bagi tahu yang dia akan gredkan (baca: bandingkan) kami semua dengan pelajar kelas lain.

Saya sangat lah takut untuk pandang mata orang apabila berbicara. Ya ini salah satu kelemahan saya. Kalau ada yang perasan, kalau saya berbual dengan orang lain saya akan cuba untuk kurangkan memandang wajah orang. Saya lebih banyak memandang kearah lain dan seolah-olah saya berbual dengan dinding. Mungkin ada juga yang akan terasa dengan sikap saya ni. Dan mungkin sikap saya ni seolah-olah tidak mengendahkan apa yang orang cuba untuk sampaikan. tapi inilah sebenarnya saya. Sangat takut dengan pandangan
mata.

nota kaki:
dari mata mampu sampai ke hati kan??

p/s: sangat rindu dengan papa rock. bila mahu ajar kami lagi..?? terima kasih papa rock benarkan saya panggil papa rock macam ni..hikhik
ummu aisyah***
“HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita … Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembalikepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang … lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa … di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Aminn…

Sumber : jie-mutiarahati~~

p/s: entry dari blog friendster pada 6 november 2008
ummu aisyah***
salam ukhuwah..
biar renggang difana dunia,
biar hina dimata manusia,
biar semangat semakin tua,
biar harta semakin tiada,
biar akal semakin berusia,
biar jauh kedudukan kita,
jangan tergadai silaturrahim antara kita… (”,)

sender:
A…]
+6013xxxxx36

sent:
19-oct-2008
00:04:15

{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{{}{}{}

sejak akhir2 ni mmg aku mudah terasa dgn perlakuannya..
tp aku xnafikan dlm ramai2 sahabat yg aku miliki..
dia yang paling aku sayang..
namanya yang selalu terbit mendahului yang lain..
entah kenapa..mungkin kerana tidak seperti dulu..
kalau aku diberi pilihan..
aku akan pilih waktu dahulu..
objektif kami sama..
mungkin.. permainan kami sama..
tp masa tidak boleh di putar kembali..
dan perkara yang amat2 jauh dr kita adalah masa..
mana mungkin kan???
sebab tu permainan emosi amat penting..
dan aku berjaya menyembunyikan..
kau tahu lagu SAHABAT SEJATI..
lagu tu ku tujukan KHAs buatmu..

{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{{}{

take care..!!

p/s: entry dari blog friendster pada 20 oktober 2008
ummu aisyah***
Apabila kau ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandaimenceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan pada sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna
Tiada manusia yang sempurna
Ingatlah…….
Ikhlaskan hati
Bersahabatlah kerana Allah
Insya Allah….dan

TeRUSkan pERjuaNgan
dalam meNUntut Ilmu
semoga pERjuaNgan kita sentiasa
mndpt reDha NYA..

p/s: entry dari blog friendster pada 13 oktober 2008
ummu aisyah***
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ….
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

p/s: entry dari blog friendster pada 9 oktober 2008