ummu aisyah***
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seora ng budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan muz: ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi..


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri me nggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, k edudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk nenggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
Labels: 2 bicara |
ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

cikgu: Tahniah untuk MPPK kelmarin!!

?? : Macam mana cikgu? Ada komen?

cikgu: MPPK ok. Berjaya. Tidak sempurna tapi itu biasalah.

?? : Lagi cikgu. Komen lain? (nada tidak puas hati)

cikgu : Kamu jadi ajk pelaksana dalam MPPK ni. Jadikan itu sebagai satu pengalaman. Cacat sana sini tu biasalah. Tiada benda yang kita buat dalam dunia ni akan sempurna seratus peratus. Kalau mahu cari kesempurnaan kita tidak akan jumpa. Kalau mahukan kesempurnaan carilah di syurga nanti.
?? : erk.. (sabar jak lah.sekali kena ketuk.padan muka… lalala…)

?? : ?? (tersentak jap)
?? : ………. ( tak terfikir untuk fikir sampai ke situ) Photobucket

cikgu : Kamu jadi pengacara mana tahu esok-esok kamu jadi juruhebah. Ha masa tu kerja kamu cakap ja. Jadi penyampai untuk menyampaikan. >>cikgu rujuk pada saya ka??<<
Tahniah semua!! Akhirnya majlis kita berjaya. Biar pun tangguh dua kali tapi kita buat dengan baik kan?? Kita mampulah kawan oii… Persiapan sebulan lebih itu banyak mengajar kita kan? Kira majlis ni adalah antara majlis yang besar kita pernah buat dan hasilnya kita mampu tersenyum lebar. Sekarang ndak payah lah fikir pasal masalah-masalah sebelum dan semasa majlis tu. Itu sudah tidak penting.
ummu aisyah***


KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah, menjadi sekolah luar bandar pertama ditutup sehingga 1 Julai, berikutan jangkitan selesema babi (H1N1) menyebabkan 42 guru dikuarantin di rumah.Ketiadaan tenaga pengajar yang dikuarantin sehingga 29 Jun depan menyebabkan pentadbiran sekolah menutup sekolah berkenaan walaupun Kementerian Kesihatan hanya mengarahkan dua kelas ditutup untuk kuarantin, Khamis lalu.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pihaknya memandang serius perkembangan yang berlaku di sekolah berkenaan dan akan meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa bagi menangani penularan virus H1N1 itu.


"Ini adalah sekolah luar bandar pertama disahkan positif H1N1. Kita mengambil langkah menutup sekolah walaupun kes membabitkan hanya seorang guru kerana guru lain dan kakitangan sekolah turut dikuarantin."Jawatankuasa Induk 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan) memandang serius perkara ini penyakit ini sudah menular ke kawasan pedalaman atau luar bandar," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, di sini, semalam.


Turut dikuarantin di rumah, 76 murid dari dua kelas dan 10 kakitangan kerana menjadi kontak dekat kepada kes H1N1 ke-97. Lima belas kontak terdekat dengan mangsa membabitkan ahli keluarga dan rakan juga dikuarantin di rumah.Sementara itu, sesi persekolahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini, bermula semalam seperti biasa. Hampir semua murid, termasuk kes pertama murid disahkan positif virus H1N1 di sekolah berkenaan memulakan persekolahan seperti biasa.



Wee berkata, semua murid yang hadir diambil suhu badan oleh guru kelas masing-masing, dibantu pegawai Kementerian Kesihatan selain diarahkan membersihkan tangan sebelum berhimpun di dewan untuk sesi penerangan dan kesedaran mengenai H1N1."Pelajar (yang disahkan H1N1 sebelum ini) itu hadir hari ini (semalam). Beliau keluar dari hospital, Rabu lalu dan bebas daripada wabak berkenaan," katanya. SJKC Jalan Davidson yang mempunyai 2,000 murid dan 100 kakitangan, ditutup seminggu bermula 19 Jun hingga 26 Jun berikutan tiga pelajarnya disahkan dijangkiti wabak H1N1.



Selain itu, Wee menegaskan semua penyertaan membabitkan guru dan murid ke luar negara perlu ditangguh atau dibatalkan sehingga wabak ini reda bagi mengelak penularan H1N1 yang lebih serius.Katanya, guru atau murid yang baru pulang dari luar negara sama ada negara yang dijangkiti H1N1 atau tidak juga perlu memaklumkan kepada maka mereka perlu memastikan perintah kuarantin tujuh hari dipatuhi.



Assalamualaikum whb..

Petikan akhbar ni saya dapatkan dalam Berita Harian Online. Banyak-banyak tempat Kudat jadi salah satu tempat influenza ni menyerang. Ya tempat saya. Hari ni sekolah tu sudah dibuka kembali dan salah satu dari tenaga pengajar di sekolah tu adalah kakak saya. Hampir seminggu akak saya di kuarantinkan di rumah dan seminggu jugalah saya tidak bersua dengan dia.

Menurut kakak saya dia menjadi contak terdekat penghidap iaitu seorang guru wanita berbangsa India yang berasal dari Perak.(kalau tidak silap ingatan saya lah) Dengar cerita dari kaunselor sekolah saya cikgu ni pergi melancong ke turkey semasa cuti sekolah (2 minggu) tiga minggu yang sudah.

Sekarang ni keadaan dah reda sikit tapi jumlah suspek H1N1 semakin meningkat. Oh ya, ada seorang guru dari sekolah tu, guru kanan sudah disahkan positif penghidap H1N1. Terkena jangkitan dari cikgu yang melancong ke Turkey tu.

Bila ada gejala seperti demam dan batuk tu kenalah hati-hati ya sebab Influenza A (H1N1) ni tiada kesan fizikal yang mampu kita nampak.
Jangkitan awal influenza ni mirip selesema seperti demam, batuk , sakit kepala , sakit sendi, muntah dan cirit-birit.

hmm entri ni untuk simpanan saya supaya pada masa hadapan boleh ja rujuk dalam ni. Banyak benda lagi saya saya mahu coretkan tapi kepala saya sangatlah lambat untuk menyusun ayat . hmm penyakit malas datang lagi. Sehingga bertemu lagi.huhu..

Nota ingatan:
Cik zue baru baik dari demam sejak 2 minggu lepas. Sekarang ni abang man dan sis Flor kena cacar. Hampir seminggu kedua-dua mereka ambil cuti sakit. owh rindu mereka. rindu mau gaduh-gaduh dengan sis Flor dan rindu kena buli . ya dia suka buli saya tapi itu bukan satu masalah sebab buli itu buat kami mesra, buat kami dekat, buat hati senang, dan lebih kenal siapa dia. Abang man sudah ndak hensem, YB Dr. Ilham dah tarik banyak-bayak hensem muka dia.