ummu aisyah***


KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah, menjadi sekolah luar bandar pertama ditutup sehingga 1 Julai, berikutan jangkitan selesema babi (H1N1) menyebabkan 42 guru dikuarantin di rumah.Ketiadaan tenaga pengajar yang dikuarantin sehingga 29 Jun depan menyebabkan pentadbiran sekolah menutup sekolah berkenaan walaupun Kementerian Kesihatan hanya mengarahkan dua kelas ditutup untuk kuarantin, Khamis lalu.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pihaknya memandang serius perkembangan yang berlaku di sekolah berkenaan dan akan meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa bagi menangani penularan virus H1N1 itu.


"Ini adalah sekolah luar bandar pertama disahkan positif H1N1. Kita mengambil langkah menutup sekolah walaupun kes membabitkan hanya seorang guru kerana guru lain dan kakitangan sekolah turut dikuarantin."Jawatankuasa Induk 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan) memandang serius perkara ini penyakit ini sudah menular ke kawasan pedalaman atau luar bandar," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, di sini, semalam.


Turut dikuarantin di rumah, 76 murid dari dua kelas dan 10 kakitangan kerana menjadi kontak dekat kepada kes H1N1 ke-97. Lima belas kontak terdekat dengan mangsa membabitkan ahli keluarga dan rakan juga dikuarantin di rumah.Sementara itu, sesi persekolahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini, bermula semalam seperti biasa. Hampir semua murid, termasuk kes pertama murid disahkan positif virus H1N1 di sekolah berkenaan memulakan persekolahan seperti biasa.



Wee berkata, semua murid yang hadir diambil suhu badan oleh guru kelas masing-masing, dibantu pegawai Kementerian Kesihatan selain diarahkan membersihkan tangan sebelum berhimpun di dewan untuk sesi penerangan dan kesedaran mengenai H1N1."Pelajar (yang disahkan H1N1 sebelum ini) itu hadir hari ini (semalam). Beliau keluar dari hospital, Rabu lalu dan bebas daripada wabak berkenaan," katanya. SJKC Jalan Davidson yang mempunyai 2,000 murid dan 100 kakitangan, ditutup seminggu bermula 19 Jun hingga 26 Jun berikutan tiga pelajarnya disahkan dijangkiti wabak H1N1.



Selain itu, Wee menegaskan semua penyertaan membabitkan guru dan murid ke luar negara perlu ditangguh atau dibatalkan sehingga wabak ini reda bagi mengelak penularan H1N1 yang lebih serius.Katanya, guru atau murid yang baru pulang dari luar negara sama ada negara yang dijangkiti H1N1 atau tidak juga perlu memaklumkan kepada maka mereka perlu memastikan perintah kuarantin tujuh hari dipatuhi.



Assalamualaikum whb..

Petikan akhbar ni saya dapatkan dalam Berita Harian Online. Banyak-banyak tempat Kudat jadi salah satu tempat influenza ni menyerang. Ya tempat saya. Hari ni sekolah tu sudah dibuka kembali dan salah satu dari tenaga pengajar di sekolah tu adalah kakak saya. Hampir seminggu akak saya di kuarantinkan di rumah dan seminggu jugalah saya tidak bersua dengan dia.

Menurut kakak saya dia menjadi contak terdekat penghidap iaitu seorang guru wanita berbangsa India yang berasal dari Perak.(kalau tidak silap ingatan saya lah) Dengar cerita dari kaunselor sekolah saya cikgu ni pergi melancong ke turkey semasa cuti sekolah (2 minggu) tiga minggu yang sudah.

Sekarang ni keadaan dah reda sikit tapi jumlah suspek H1N1 semakin meningkat. Oh ya, ada seorang guru dari sekolah tu, guru kanan sudah disahkan positif penghidap H1N1. Terkena jangkitan dari cikgu yang melancong ke Turkey tu.

Bila ada gejala seperti demam dan batuk tu kenalah hati-hati ya sebab Influenza A (H1N1) ni tiada kesan fizikal yang mampu kita nampak.
Jangkitan awal influenza ni mirip selesema seperti demam, batuk , sakit kepala , sakit sendi, muntah dan cirit-birit.

hmm entri ni untuk simpanan saya supaya pada masa hadapan boleh ja rujuk dalam ni. Banyak benda lagi saya saya mahu coretkan tapi kepala saya sangatlah lambat untuk menyusun ayat . hmm penyakit malas datang lagi. Sehingga bertemu lagi.huhu..

Nota ingatan:
Cik zue baru baik dari demam sejak 2 minggu lepas. Sekarang ni abang man dan sis Flor kena cacar. Hampir seminggu kedua-dua mereka ambil cuti sakit. owh rindu mereka. rindu mau gaduh-gaduh dengan sis Flor dan rindu kena buli . ya dia suka buli saya tapi itu bukan satu masalah sebab buli itu buat kami mesra, buat kami dekat, buat hati senang, dan lebih kenal siapa dia. Abang man sudah ndak hensem, YB Dr. Ilham dah tarik banyak-bayak hensem muka dia.
Labels:
2 Responses
  1. Anem Arnamee Says:

    Salam dik..

    alolo. alhamdulillah adik da ciat:)

    p/s: akk ndak pandey klakar sarawak.. tapi mauk gilak blaja ;p


  2. salam kak nem..

    akak kena lah carik ong sawak kalu mau blaja klaka..
    sebab saya bukan ong sawak bah..
    kamek ong sabah..

    eh silap-silap..
    sia urang sabah bah..