ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

Saya baru selesai membaca satu entry daripada seorang blogger yang saya rasa sebaya saya tetapi mempunyai satu daya tarikan yang cukup menarik. Setiap kali entry ditulis dia menyusun kemas setiap ayat dengan begitu menarik untuk minda saya menerima setiap apa yang diutarakan. Apa yang saya suka dengan penulisan beliau ialah olahan yang dibuat begitu matang. Kadang-kadang saya terfikir bahawa saya tidak akan menulis seperti itu di sini atau lebih tepat saya tidak mampu menulis sebaik itu. Kreatif, santai dan berangkai. Cukup.

Ini saya petik sedikit kata-kata beliau. Cikgu Juining juga pernah nyatakan beberapa minggu lepas bahawa "tidak penting dimana kita bermula yang penting dimana kita berakhir". Jika waktu itu saya nafikan pernyataan ini atas sebab titik permulaan lah yang penting bagi memacu sesuatu hingga mencapai titik yang yang disasarkan. Mungkin kadang-kadang kita tidak tahu dimana kita bermula dan apabila kita sedar mungkin kita berada pada kemuncak atau kejatuhan. Tapi bila difikirkan semula pengakhiran yang perlu dicapai iaitu matlamat kita lebih penting cuma bagaimana cara kita untuk mencapai dan memulakan itu bergantung pada diri kita sendiri.
Satu pernyataan yang buat saya berfikir panjang. Terasa seperti terkena batang hidung sendiri. Kisahnya pasal apa. Cinta.. Tidak. Tiada kaitan langsung dengan itu cuma ada peristiwa yang buat hati ni bagai disiat-siat saja. Satu lagi persoalan yang saya perlu fikirkan. Apa yang saya lakukan hari ini dan hari lepas? Adakah ia cukup untuk bekalan masa depan seperti apa yang saya cuba corakkan? Adakah saya hanya menunggu jatuh. Macam yang Flor katakan, macam mana kalau dia tidur sambil bergayut?
Kalau dia terjaga mungkin dia boleh terus berusaha naik semula dan bertahan pada dahan yang kukuh tapi kalau dia tidur sambil bergayut mungkin mahu bertahan untuk bergayut pada dahan pun belum tentu lagi dia dapat lakukan. Apa pun saya berbalik pada diri saya sendiri dalam hal ini. Saya belum tertidur dan itu saya pasti. Cuma saya dalam keadaan mengantuk barangkali. Jadi saya masih belum selamat kerana saya masih perlu berusaha untuk bertaut pada dahan yang kukuh supaya saya boleh berasa selamat. Apabila suatu hari saya mampu berada pada dahan yang kukuh itu saya harap saya tidak leka. Saya harus memikirkan halangan pada peringkat itu lebih mencabar. Bukann begitu??
Terima kasih pada NYA menghadirkan ilham pada mereka buat peringatan diri ini.
Nota basuhan:
1) Bak kata nabil, lu pikir lah sendiri.
2) Bak kata mama ika, sekarang baru kau tahu baiknya benda yang dulu kau tidak mahu tidak suka sangat tu.
3) Saya penat..
ummu aisyah***
assalamualaikum wbt..

Sebelum anda baca sampai habis, saya mahu ingatkan yang entri ni cuma luahan hati saja yang banyak dan cerita-cerita pasal kenalan, rakan dan sahabat saya. Jadi kalau anda malas baca silalah pergi ja baris akhir yang berwarna merah ya. Disitu ada sesuatu buah tangan yang saya kongsikan. Kemudian boleh lah check out ya.Nampak sangat saya tidak mengalu-alukan anda yang jadi silent reader kan. Entry ni untuk tatapan mereka yang berkenaan ja.

Hari ni sampai ja di rumah kepala ni rasa berat ja. Macam ada tongkol batu atas kepala. Apa sangatlah yang saya buat di sekolah tadi. Cuaca panas dan ndak menentu ni buat kepala ni pening sangat-sangat. Lepas rehat sekejap tengah hari tadi terus koma sampai ke petang. Berat sangat kepala sampai anak buah baring sebelah pun saya buat ndak kisah. Makan tengah hari pun ndak sentuh sebab yang penting waktu tu ialah tidur!! Bila sudah terlebih tidur jawabnya saya kena berjaga lah malam ni.. ha bila waktu malam macam ni saya jadik burung hantu lah sendiri-sendiri. hihi..

Lepas habis waktu rehat saya ada kelas pengajian am pagi tadi tapi saya ndak masuk kelas. Saya lepak dalam studio seni visual siapkan model geo yang kena hantar sebelum waktu persekolahan tamat. Kami (saya dan kembar) siapkan juga model tu biarpun baru kelmarin buat perancangan. Kami buat model struktur bumi tapi nampak comot sikit. Ya lah kerja tergesa-gesa kan.

Nasib baiklah Keron tolong kemaskan buku-buku saya. Terima kasih ya Keron sebab sudah banyak kali tolong buat kerja kemas mengemas ni untuk aku. Keron ni buddy saya yang paling baik untuk di ajak melepak. Dia selalunya setuju ja kalau ajak dia lepak biarpun dia ndak bawa apa-apa persiapan tuk pi melepak. Destinasi yang paling baik tok lepak dekat belakang sekolah lah. Blok library lah kan yang paling selesa, lagi-lagi kalau waktu petang. Belajar dekat koridor tu memang nyaman rasanya, belajar sambil disapu angin sepoi-sepoi bahasa. hai.. best betullah sampai kadang-kadang tu bukannya belajar tapi tidur. huhu.. Pihak pentadbir library memang sangat memahami betullah fe'el pelajar.

Dalam beberapa bulan ni dia lah yang selalu dengan saya. Bukan sebab saya ni sudah ndak suka melepak lagi dengan kawan baik saya yang lain tapi lebih selesa dengan Keron. Bila duduk sebelah-sebelah ja memang lah rapat kan. Kawan yang lain asyik sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ya lah dorang semua tu kan berjawatan tinggi, bukan macam saya ni cuma pelajar biasa ja. Nampak macam saya jauh hati. Dingin ka, macam pelajaran yang saya belajar waktu kelas tcr Emmily tadi. Ndak, langsung ndak sebab saya sendiri yang salah dalam hal ni. Hish, okai lah bab ni sudah melalut jauh ni.

Bila cakap pasal jauh hati ni saya mau bagi pesanan sikit dengan sahabat saya yang satu ni. Siapa?? Siapa?? Khas untuk dia yang bernama MALA. Aku ndak tau lah ko baca atau ndak entry kali ni. Aku ndak marah pun dengan ko. Jangan risau lah. Perkara kecik ja tu aku ndak kisah sangat lah pasal tu. Aku ndak berkira sangat tapi aku akan berkira juga dengan ko kalau ko ndak pujuk aku, bawa aku keluar sebelum ko balik kk. Aku cakap aku ndak marah tapi ndak cakap pun TIDAK AKAN MERAJUK kan? Siapa suruh ko mau sangat bagi kejutan macam tu. Haa aku tunggu bila ko mau ajak aku kuar macam ko janji mau call tapi sampai sekarang .... hampa..Aku ndak kira, mau merajuk jugak.. Hmm..Aku masih lagi tunggu apa alasan ko buat gitu.okai..!!


Walau macam mana pun, kawan tu amat penting dalam hidup kita. Sebab tu kalau pilih kawan kita kena hati-hati. Bila dah dapat kawan yang baik dan faham kita janganlah sampai kita abaikan pulak. Luqman Al-Hakim juga pernah berpesan pada anak-anaknya pasal peranan sebagai sahabat ni.


"Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu."

Saya yang mana?? Saya selalu jadi sahabat yang suka bergantung pada sahabat. Suka mencedok apa yang patut dari sahabat saya secara diam-diam. Shtt.. Jangan sampai dia tahu. Nanti dikatanya kita tiada identiti. Saya pernah menjadi seperti seorang kenalan saya, saya ndak rapat dengan dia tapi dari jauh saya suka perhatikan dia. Dia jenis yang suka buat hal sendiri. Dia suka berdiam diri. Dia ndak suka ikut orang. Dia ndak suka tunggu orang. Dia selalu lebih cepat dari yang lain. Dia selalu tepat masa. Saya berjaya kutip sesuatu dari dia biarpun sedikit. Sorang kawan yang rapat dengan saya pernah tegur dulu, "zue kenapa tiba-tiba jadi pendiam ni. Ndak macam dulu". Sebab saya sudah belajar sesuatu dari dia. Jangan bergantung sangat pada orang lain. Itulah dia. Saya masih belajar untuk lebih berdikari macam dia tapi sangat susah tau dan kadang-kadang kecundang jugak. hikhik.. Saya rindu dia. Saya ndak tahu dia di mana sekarang dan saya terhutang budi dengan dia.

okai lah panjang pulak kerepek kali ni. Jadinya merapu raban pulak. huhu.. Maaf kalau ada yang baca entri ni, saya buang masa anda. Halalkan masa anda yang terbuang baca contengan saya ya. Hidangan Ilham Bicara kurang enak kali ini tapi saya puas. Anda?? hmm abaikan ja lah..

tiada nota kali ini..

salam jumpa lagi..

ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

Lamanya ndak buat kerepek di sini, maknanya bersawang jugalah blog ni. Cerita sepanjang bulan mac terlalu banyak untuk dibicarakan disini tapi masa untuk itu terhad. Lagi pula internet connection sekarang ndak berapa baik. Saya ringkaskan saja apa yang berlaku sepanjang bulan mac ni ya.

Tapi sebelum tu, selamat melangkah ke tahun yang baru bagi yang telah bertambah satu lagi angka pada usia mereka tahun ni. Hari sabtu ni, 4 april adalah hari lahir mama saya. Mama pada 10 orang anak (3 orang lelaki dan 7 orang perempuan), dan nenek pada 15 orang cucu.
Alhamdulillah.

ALONG DAN ANGAH

Ija: mama potong apa?
Mama: ????
Papa: potong lah, maksudnya bersunat. Orang islam kena buat.
Ija: ???

---------------------

Bongsu: along jagalah nanti dia potong guna kapak.
Along: eleh…ndak tu..
Bongsu: betul…Dia tarik panjang-panjang. Lepas tu dia hayun kapak tinggi..dam..hah potong begitu ja.
Along: ndak bngsu. Ndak sakit pun. Cuma rasa macam kena gigit semut.
(sambil cubit –cubit tangan saya)
Bongsu: sakit bah along. (sambil gosok tangan yang kena cubit.)
Along: jangan takut ngah. Ndak sakit jua tu.

--------------------

Angah: Long, ko buat ndak tau ja bah. Ndak jua tu terasa sakit sangat. Buat ndak tau ja.
Along: Sakit bah ngah.
Bongsu: Hai long, kenapa? Cakap semalam macam rasa kena gigit semut ja.
(along nangis-nangis sampai tertidur 2-3 kali. Angah buat ndak tau ja. Padahal sebelum ni dialah yang ndak sabar mau kena potong. Huhu..)
Along: manalah tau sakit begini. Ingatkan ndak sakit. (cakap sambil marah-marah)

Along memang cakap ja lebih masa tu, siap bagi nasihat lagi dengan angah. Jangan takut konon. Bila sudah kena dia dululah yang meraung. Angah cakap ”alah atok ni pecah rahsia pulak”. Haha.. malulah si Angah ni bila atok su bagi tau air mata tumpah kan. Kalau Along lain lah, suara ja lebih tapi dia dulu lah nangis-nangis sampai rumah kan. Angah relek ja.

SPM, STAM DAN STPM
Tahniah untuk semua yang ambil peperiksaan besar ni. Bangga dengan kamu semua ni.

Spm- Ucop a.k.a buci. Tahniah dapat keputusan cemerlang adikku. Biarpun meleset sikit dari sasaran. Sebelum ni kita main kejar-kejar tapi untuk spm ni terpaksa lah angkat tangan dengan ko kan. Selamat di rekrut di negeri orang, ambillah masa tu untuk buang sikit ndak banyak rasa kecewa tu kan. Nini- mama ko bangga dengan ko. Ko dah buktikan yang ko mampu.

Stam- Rahmah tahniah juga untuk ko ya. Lepas ni ko masuk universiti, tinggal aku setahun di belakang. Kalau dulu aku ikut ko sekali masuk Sma tu, mesti kita boleh belajar sama-sama kan. Tapi aku ndak kuat macam ko.hikhik…Azie a.k.a twins- tahniah biarpun saya ndak tahu keputusan azie dengan rasmi tapi saya yakin azie dapat mumtaz kan. Kuatkan semangat, teruskan saja dengan apa yang azie sudah rancang. Kalau Allah kasik laluan untuk belajar di sana, jangan lepaskan. Kan itu yang azie harapkan. Terima kasih sebab banyak mengajar saya.

Stpm- Iskandar a.k.a kanda. tahniah lah keputusan ko. Lepas ni pak ngah boleh lah bernafas lega sikit. Lepas penat berhempas pulas, sekarang ni pohon yang dibaja sudah nampak buahnya. Tinggal lagi kurang dari 5 tahun, senang duduk jugak lah mak ngah tu. Masa tu Hamsah pun sudah habis belajar tinggal lagi Buci. Lepas ni aku kena panggil ko cikgu lah kan. Haa.. cikgu jangan malu-malu tegurlah, kasik lah nasihat dengan saya ya.hikhik..
Azhar- jangan lupa tunggu aku di pintu kejayaan okay..!! “Sekarang baru boleh bagi nasihat”.
Terima kasih sebab banyak bergurau begitu dengan aku, nasihat-nasihat gurauan begitu banyak bagi aku peringatan sebenarnya.
Jai-aku ndak tahu keputusan stpm ko tapi teruskan usaha. Kita mampu mengubah sesuatu jika mahu. Kuat..kuat…kuat.. yeah…

Manisan dari Cikgu

Cikgu Loh- saya ingat kamu ni batch yang lebih baik dari yang sebelum ni. Saya ingat kamu berpotensi, tapi nampaknya saya terlalu cepat buat penilaian dengan kamu. Kalau tahun lepas kamu ada lagi standard six form student. Sekarang ini, kamu bukan lagi macam upper six punya style. Macam itu pelajar menengah rendah kamu tau. Tiada lagilah itu standard macam upper six. Itu tahun lepas punya lagi bagus dari kamu. Kamu tau kah apa itu adik-adik kamu form 4 form 5 cakap?? Itu ar, pelajar tingkatan enam tidak matang. Macam itu budak-budak saja. Saya tidak tau lah apa masalah kamu. Dengan guru lain ar, kamu okai saja. Boleh ikut sama guru lain, sama saya kenapa tidak. Kamu cakap sama saya, mau saya buat macam mana lagi sama kamu ini..”

Cikgu Alauddin- Saya suka bagi kamu refleksi supaya kamu ingat balik apa saya ajar. Kamu sebenarnya tidak tahu apa yang kamu tidak tahu. Ya, kamu tidak tahu apa yang kamu tidak tahu. Sebab itu saya bagi refleksi supaya kamu tahu apa yang kamu tidak tahu. -Saya terus terang dengan kamu ya. Saya akan rasa kecewa, serba salah dan tak de mood sepanjang hari bila pelajar tak dapat apa yang saya sampaikan. Saya mahu bila saya keluar dari kelas ni, saya rasa puas.”

Cikgu Juining- Tingkatan enam ini kamu kena usaha lebih. Dulu waktu saya, kena gantung kasut bola satu tahun juga. Kamu carilah apa yang kamu perlu gantung. -Dulu saya pernah kasik tau kamu supaya jangan ambil matapelajaran sejarah. Kalau kamu dapat tawaran belajar di luar, kamu teruskan. Sekarang kamu boleh pilih, kamu cakap saja kalau masih mau saya ajar. Kalau tidak saya boleh kasik kelas kamu sama cikgu Rozlan. Ndak pun cikgu Eliza, dia pun opsyen sejarah jugak tu.

.........................................,,,,,,,,,,,,,,,

okai lah..cukup sampai sini dulu.

Nota sisipan:
1) Ingatan buat diri sendiri yang selalu leka. Perkara yang sama asyik berulang. Carilah apa yang kamu tidak tahu.
2) Mac –dulu, sekarang dan kemudian..Dulu kabur dan suram, sekarang tenang dan bersuluh, kemudian akan datang…????
3) bila april. Bukan april fool tapi april flor menjengah..nanti kita buat ketupat april flor ya..ngehhehe..(ketawa macam hantu)

p/s: mala tahniah.. berjaya buat aku risau + geram = merajuk ≠ marah.