ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

Saya baru selesai membaca satu entry daripada seorang blogger yang saya rasa sebaya saya tetapi mempunyai satu daya tarikan yang cukup menarik. Setiap kali entry ditulis dia menyusun kemas setiap ayat dengan begitu menarik untuk minda saya menerima setiap apa yang diutarakan. Apa yang saya suka dengan penulisan beliau ialah olahan yang dibuat begitu matang. Kadang-kadang saya terfikir bahawa saya tidak akan menulis seperti itu di sini atau lebih tepat saya tidak mampu menulis sebaik itu. Kreatif, santai dan berangkai. Cukup.

Ini saya petik sedikit kata-kata beliau. Cikgu Juining juga pernah nyatakan beberapa minggu lepas bahawa "tidak penting dimana kita bermula yang penting dimana kita berakhir". Jika waktu itu saya nafikan pernyataan ini atas sebab titik permulaan lah yang penting bagi memacu sesuatu hingga mencapai titik yang yang disasarkan. Mungkin kadang-kadang kita tidak tahu dimana kita bermula dan apabila kita sedar mungkin kita berada pada kemuncak atau kejatuhan. Tapi bila difikirkan semula pengakhiran yang perlu dicapai iaitu matlamat kita lebih penting cuma bagaimana cara kita untuk mencapai dan memulakan itu bergantung pada diri kita sendiri.
Satu pernyataan yang buat saya berfikir panjang. Terasa seperti terkena batang hidung sendiri. Kisahnya pasal apa. Cinta.. Tidak. Tiada kaitan langsung dengan itu cuma ada peristiwa yang buat hati ni bagai disiat-siat saja. Satu lagi persoalan yang saya perlu fikirkan. Apa yang saya lakukan hari ini dan hari lepas? Adakah ia cukup untuk bekalan masa depan seperti apa yang saya cuba corakkan? Adakah saya hanya menunggu jatuh. Macam yang Flor katakan, macam mana kalau dia tidur sambil bergayut?
Kalau dia terjaga mungkin dia boleh terus berusaha naik semula dan bertahan pada dahan yang kukuh tapi kalau dia tidur sambil bergayut mungkin mahu bertahan untuk bergayut pada dahan pun belum tentu lagi dia dapat lakukan. Apa pun saya berbalik pada diri saya sendiri dalam hal ini. Saya belum tertidur dan itu saya pasti. Cuma saya dalam keadaan mengantuk barangkali. Jadi saya masih belum selamat kerana saya masih perlu berusaha untuk bertaut pada dahan yang kukuh supaya saya boleh berasa selamat. Apabila suatu hari saya mampu berada pada dahan yang kukuh itu saya harap saya tidak leka. Saya harus memikirkan halangan pada peringkat itu lebih mencabar. Bukann begitu??
Terima kasih pada NYA menghadirkan ilham pada mereka buat peringatan diri ini.
Nota basuhan:
1) Bak kata nabil, lu pikir lah sendiri.
2) Bak kata mama ika, sekarang baru kau tahu baiknya benda yang dulu kau tidak mahu tidak suka sangat tu.
3) Saya penat..
0 Responses