Adi Saad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama menyepi.. sangat lama..
to Ummu Aisyah, mohon seinfiniti kemaafan, lama tidak bertamu ke sini..
sangat kekok utk memulakan semula.. niat menulis sering sahaja tertangguh disebabkan perkara2 yg tidak dpt dielakkan..

Kian menginjak usia. Bkn lg belasan tahun. Kini menjejak alam dewasa. Bnyk perkara berlaku. Bnyk juga pengalaman yg ditimba. Kita dewasa bersama2 pengalaman hidup yg telah kita lalui.
Adakalanya, kita seperti tidak menyedari apa yg sedang berlaku di sekeliling kita.
Menghitung usia - semenjak kecil, sehingga kini, terkenang segala macam memori.. Yg semakin kabur dimamah masa, yg masih jelas terakam di minda. Ada manis, ada pahit. Ada suka, ada duka..

Aku melihat perubahan.. Pelbagai bentuk perubahan, sebenarnya. Perkataan perubahan itu sendiri pny pelbagai tafsiran mengikut individu. Aku, melihat perubahan2 tersebut - ada yg membuat aku gembira, ada yg membuat aku terkilan kecewa.
Baik kpd yg lebih baik. Kurg baik kpd yg baik. Baik kpd yg kurg baik. Pelbagai perubahan..
Di situ, aku tersedar.. Mmg benar la bak kata pepatah yg sering kita dengar, kehidupan kita ini ibarat roda.. Kdg kita di atas. Kdg kita di bawah. Berubah2.. Tapi.. Itulah yg dinamakan ujian dan dugaan kehidupan. Allah menjadikan manusia bkn sia2. Kita belajar dari kehidupan ini. Kita memimpin diri, kita memimpin org lain bersama2 kita.. Jangan pergi terlalu jauh dari-Nya..

Berubah - demi Dia.. Usaha ke arah itu yg dinilai olehNya.. Siapa kita bkn persoalannya.. ^^ InshaAllah.. Tunjukkan kami jalan menujuMu, Ya Allah.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen..