ummu aisyah***
Maafkan aku teman
kerana selepas ini
tiada lagi madah puitis
melodi indah daripadaku.

Memadailah sejauh ini langkah kita
aku tidak sanggup meneruskannya lagi
kerana semakin jauh kita melangkah bersama
semakin terjarak kita
daripada Yang Maha Esa.

Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibarat jarak kita dengan ILAHI
umpama panah terlepas dari busurnya
jauh mengembara sejauh-jauhnya.

Teman
takwilkan ia.
Mudah-mudahan engkau turut insafi
kesilapan kita.
Aku tidak mahu kita tersilap memilih cinta.
Cinta hakiki hanya ada di sisi-NYA.

Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibarat jarak kita dengan ILAHI
umpama panah terlepas dari busurnya
jauh mengembara sejauh-jauhnya.

Aku berundur
usah kau kecewa
relakanlah...
Aku ingin kita tidak tersilap memilih cita.
Cinta hakiki hanya ada di sisi-NYA.


-Hamba Allah-
.:Kerana-Mu Aku Berubah:.