Showing posts with label .:smatim:.. Show all posts
Showing posts with label .:smatim:.. Show all posts
ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

cikgu: Tahniah untuk MPPK kelmarin!!

?? : Macam mana cikgu? Ada komen?

cikgu: MPPK ok. Berjaya. Tidak sempurna tapi itu biasalah.

?? : Lagi cikgu. Komen lain? (nada tidak puas hati)

cikgu : Kamu jadi ajk pelaksana dalam MPPK ni. Jadikan itu sebagai satu pengalaman. Cacat sana sini tu biasalah. Tiada benda yang kita buat dalam dunia ni akan sempurna seratus peratus. Kalau mahu cari kesempurnaan kita tidak akan jumpa. Kalau mahukan kesempurnaan carilah di syurga nanti.
?? : erk.. (sabar jak lah.sekali kena ketuk.padan muka… lalala…)

?? : ?? (tersentak jap)
?? : ………. ( tak terfikir untuk fikir sampai ke situ) Photobucket

cikgu : Kamu jadi pengacara mana tahu esok-esok kamu jadi juruhebah. Ha masa tu kerja kamu cakap ja. Jadi penyampai untuk menyampaikan. >>cikgu rujuk pada saya ka??<<
Tahniah semua!! Akhirnya majlis kita berjaya. Biar pun tangguh dua kali tapi kita buat dengan baik kan?? Kita mampulah kawan oii… Persiapan sebulan lebih itu banyak mengajar kita kan? Kira majlis ni adalah antara majlis yang besar kita pernah buat dan hasilnya kita mampu tersenyum lebar. Sekarang ndak payah lah fikir pasal masalah-masalah sebelum dan semasa majlis tu. Itu sudah tidak penting.
ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

Lamanya ndak buat kerepek di sini, maknanya bersawang jugalah blog ni. Cerita sepanjang bulan mac terlalu banyak untuk dibicarakan disini tapi masa untuk itu terhad. Lagi pula internet connection sekarang ndak berapa baik. Saya ringkaskan saja apa yang berlaku sepanjang bulan mac ni ya.

Tapi sebelum tu, selamat melangkah ke tahun yang baru bagi yang telah bertambah satu lagi angka pada usia mereka tahun ni. Hari sabtu ni, 4 april adalah hari lahir mama saya. Mama pada 10 orang anak (3 orang lelaki dan 7 orang perempuan), dan nenek pada 15 orang cucu.
Alhamdulillah.

ALONG DAN ANGAH

Ija: mama potong apa?
Mama: ????
Papa: potong lah, maksudnya bersunat. Orang islam kena buat.
Ija: ???

---------------------

Bongsu: along jagalah nanti dia potong guna kapak.
Along: eleh…ndak tu..
Bongsu: betul…Dia tarik panjang-panjang. Lepas tu dia hayun kapak tinggi..dam..hah potong begitu ja.
Along: ndak bngsu. Ndak sakit pun. Cuma rasa macam kena gigit semut.
(sambil cubit –cubit tangan saya)
Bongsu: sakit bah along. (sambil gosok tangan yang kena cubit.)
Along: jangan takut ngah. Ndak sakit jua tu.

--------------------

Angah: Long, ko buat ndak tau ja bah. Ndak jua tu terasa sakit sangat. Buat ndak tau ja.
Along: Sakit bah ngah.
Bongsu: Hai long, kenapa? Cakap semalam macam rasa kena gigit semut ja.
(along nangis-nangis sampai tertidur 2-3 kali. Angah buat ndak tau ja. Padahal sebelum ni dialah yang ndak sabar mau kena potong. Huhu..)
Along: manalah tau sakit begini. Ingatkan ndak sakit. (cakap sambil marah-marah)

Along memang cakap ja lebih masa tu, siap bagi nasihat lagi dengan angah. Jangan takut konon. Bila sudah kena dia dululah yang meraung. Angah cakap ”alah atok ni pecah rahsia pulak”. Haha.. malulah si Angah ni bila atok su bagi tau air mata tumpah kan. Kalau Along lain lah, suara ja lebih tapi dia dulu lah nangis-nangis sampai rumah kan. Angah relek ja.

SPM, STAM DAN STPM
Tahniah untuk semua yang ambil peperiksaan besar ni. Bangga dengan kamu semua ni.

Spm- Ucop a.k.a buci. Tahniah dapat keputusan cemerlang adikku. Biarpun meleset sikit dari sasaran. Sebelum ni kita main kejar-kejar tapi untuk spm ni terpaksa lah angkat tangan dengan ko kan. Selamat di rekrut di negeri orang, ambillah masa tu untuk buang sikit ndak banyak rasa kecewa tu kan. Nini- mama ko bangga dengan ko. Ko dah buktikan yang ko mampu.

Stam- Rahmah tahniah juga untuk ko ya. Lepas ni ko masuk universiti, tinggal aku setahun di belakang. Kalau dulu aku ikut ko sekali masuk Sma tu, mesti kita boleh belajar sama-sama kan. Tapi aku ndak kuat macam ko.hikhik…Azie a.k.a twins- tahniah biarpun saya ndak tahu keputusan azie dengan rasmi tapi saya yakin azie dapat mumtaz kan. Kuatkan semangat, teruskan saja dengan apa yang azie sudah rancang. Kalau Allah kasik laluan untuk belajar di sana, jangan lepaskan. Kan itu yang azie harapkan. Terima kasih sebab banyak mengajar saya.

Stpm- Iskandar a.k.a kanda. tahniah lah keputusan ko. Lepas ni pak ngah boleh lah bernafas lega sikit. Lepas penat berhempas pulas, sekarang ni pohon yang dibaja sudah nampak buahnya. Tinggal lagi kurang dari 5 tahun, senang duduk jugak lah mak ngah tu. Masa tu Hamsah pun sudah habis belajar tinggal lagi Buci. Lepas ni aku kena panggil ko cikgu lah kan. Haa.. cikgu jangan malu-malu tegurlah, kasik lah nasihat dengan saya ya.hikhik..
Azhar- jangan lupa tunggu aku di pintu kejayaan okay..!! “Sekarang baru boleh bagi nasihat”.
Terima kasih sebab banyak bergurau begitu dengan aku, nasihat-nasihat gurauan begitu banyak bagi aku peringatan sebenarnya.
Jai-aku ndak tahu keputusan stpm ko tapi teruskan usaha. Kita mampu mengubah sesuatu jika mahu. Kuat..kuat…kuat.. yeah…

Manisan dari Cikgu

Cikgu Loh- “saya ingat kamu ni batch yang lebih baik dari yang sebelum ni. Saya ingat kamu berpotensi, tapi nampaknya saya terlalu cepat buat penilaian dengan kamu. Kalau tahun lepas kamu ada lagi standard six form student. Sekarang ini, kamu bukan lagi macam upper six punya style. Macam itu pelajar menengah rendah kamu tau. Tiada lagilah itu standard macam upper six. Itu tahun lepas punya lagi bagus dari kamu. Kamu tau kah apa itu adik-adik kamu form 4 form 5 cakap?? Itu ar, pelajar tingkatan enam tidak matang. Macam itu budak-budak saja. Saya tidak tau lah apa masalah kamu. Dengan guru lain ar, kamu okai saja. Boleh ikut sama guru lain, sama saya kenapa tidak. Kamu cakap sama saya, mau saya buat macam mana lagi sama kamu ini..”

Cikgu Alauddin- “Saya suka bagi kamu refleksi supaya kamu ingat balik apa saya ajar. Kamu sebenarnya tidak tahu apa yang kamu tidak tahu. Ya, kamu tidak tahu apa yang kamu tidak tahu. Sebab itu saya bagi refleksi supaya kamu tahu apa yang kamu tidak tahu. -Saya terus terang dengan kamu ya. Saya akan rasa kecewa, serba salah dan tak de mood sepanjang hari bila pelajar tak dapat apa yang saya sampaikan. Saya mahu bila saya keluar dari kelas ni, saya rasa puas.”

Cikgu Juining- “Tingkatan enam ini kamu kena usaha lebih. Dulu waktu saya, kena gantung kasut bola satu tahun juga. Kamu carilah apa yang kamu perlu gantung. -Dulu saya pernah kasik tau kamu supaya jangan ambil matapelajaran sejarah. Kalau kamu dapat tawaran belajar di luar, kamu teruskan. Sekarang kamu boleh pilih, kamu cakap saja kalau masih mau saya ajar. Kalau tidak saya boleh kasik kelas kamu sama cikgu Rozlan. Ndak pun cikgu Eliza, dia pun opsyen sejarah jugak tu.”

.........................................,,,,,,,,,,,,,,,

okai lah..cukup sampai sini dulu.

Nota sisipan:
1) Ingatan buat diri sendiri yang selalu leka. Perkara yang sama asyik berulang. Carilah apa yang kamu tidak tahu.
2) Mac –dulu, sekarang dan kemudian..Dulu kabur dan suram, sekarang tenang dan bersuluh, kemudian akan datang…????
3) bila april. Bukan april fool tapi april flor menjengah..nanti kita buat ketupat april flor ya..ngehhehe..(ketawa macam hantu)

p/s: mala tahniah.. berjaya buat aku risau + geram = merajuk ≠ marah.
ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..
Pertandingan bahas ala parlimen hari rabu sudah pun lepas. Banyak benda mahu di lontarkan. Biar nanti bila teringat pasal bahas nanti saya boleh ja rujuk pada entry ni. Kira kenangan ni nanti bila teringat rasa macam masih segar lagi.

Minggu lepas, hari khamis cikgu Delilah panggil saya, fyda, ida, baby dan Cecilia. Cikgu cakap ada pertandingan pidato dan bahas, “mau ikut ka tidak?”. Mestilah mau ikut cikgu. Sudah lama ndak buat kerepek (merepek) ni. Ha ini lah masanya. Tapi masa yang ada cuma kurang dari seminggu. okai ndak pa kita sahut cabaran itu cikgu. Tapi ada masalah, kami kan budak tingkatan 6? Boleh ka ndak? Bincang punya bincang dengan pihak penganjur, boleh tiada masalah.

Tajuk bahas Dasar PPSMI wajar Diteruskan. Pada mula masa dapat tajuk ni terdetik juga tajuk ni macam susah ja. Boleh ka atau tidak buat nanti. Oleh kerana isnin tu cuti untuk sambutan maulidur rasul saw. kami terpaksa lah tinggalkan kelas hari selasa untuk buat persediaan terakhir. Siapkan hujah-hujah untuk persediaan samaada dapat jadi deligasi kerajaan ataupun pembangkang. Dalam hati kami memang terdetik untuk dapat sebelah deligasi kerajaan.

Bila sampai ja di SMK sikuati II, kita pi minum dulu lepas tu baru cabut undi. Ida cakap “kita dapat sebelah kerajaan”, huu gembira bukan main lagi. Ayat pertama yang terkeluar dari mulut ni “Alhamdulillah”. Gerak hati kami betul. Segalanya sudah sedia, apalagi kita gerak lah. Untuk bahas ni pihak penganjur sediakan dua tempat, satu dekat dewan besar dan satu lagi dalam bilik gerakan. Agak tertutup lah dan kami dapat bilik gerakan. Kumpulan kedua yang bertanding.

Sampai ja waktu kami mahu bertanding, ada masalah pula. Juri-juri kurang senang dengan kami sebab budak-budak tingkatan 6. Aik juri ni lebih-lebih pula, penganjur cakap boleh lah. Jadi apa masalah lagi. Siap buat meeting luar bilik gerakan lagi dan buang masa dekat setengah jam pula tu.

Ida dan Fyda rasa tiada semangat sudah waktu tu. Dalam nada sederhana kami bertiga cakap-cakap lah kalau ia pun mahu singkirkan kami sebab kami tingkatan 6. Okai kami terima tapi biarlah bagi peluang untuk pusingan pertama dan lepas tu kami ndak kisah lah. Sudahnya kami penat-penat cari bahan untuk berhujah ndak kan balik macam tu ja. Rasanya juri-juri tu dengar lah juga, tapi memang niat bagi juri tu dengar perbualan kami. manalah tahu simpati ka apa kan.

Akhirnya kami diberi peluang juga untuk bertanding. Lontarkan segala hujah untuk pengaruhi juri terima usul yang kami bawa. Isu PPSMI ni kalau dikira memang pihak pembangkang boleh ja menang tapi hujah dorang tidak kukuh. Senang ja kami serang balas balik. Yang paling ketara sangat bila dorang cakap pihak kami tidak nyatakan statistic sebelum dan selepas PPSMI dilaksanakan. Ha sudah terperangkap.

Waktu izin laluan untuk mencelah pula rasa macam mahu ketawa ja. Adakah pembangkang pertama bangun tegakkan benang yang basah bila kami psiko yang dorang tu kerja asyik termenung sebab tu gagal mencerap hujah yang kami sampaikan. Markah terbuang sia-sia ja untuk dorang di situ. Kalau diikutkan hujah kami banyak ja lompong sini sana tapi nasib baik buat pendekatan. Pertama, bahasa Inggeris tu lebih spesifik penggunaannya. Contohnya , alat pengukur suhu. Klau BI alat pengukur suhu tu banyak, maka kalau guna BM ia lebih bersifat umum. Kedua, penciptaan kereta Proton yang dulu ditentang banyak pihak dan hari ni ia diterima baik Cuma ianya memerlukan masa. Samalah juga dengan dasar PPSMI ni.

Bidasan-bidasan deligasi pembangkang mudah ja kami ranapkan semasa sesi penggulungan. Tapi masa sesi penggulungan ni “ketidak adilan” berlaku, waktu penggulungan pembangkang sampai 8 minit sedangkan masa yang diperuntukkan untuk sesi ni cuma 4 minit. Bukannya penjaga masa tidak sedar, kami pun sempat lagi pandang-pandang yang dipertua dewan dan penjaga masa yang dorang lebihkan masa. Tapi mungkin dorang sudah di ingatkan supaya bagi ja masa lebih-lebih untuk deligasi pembangkang, dan kami tepat 4 minit loceng dibunyikan. Mungkin cakap macam serkap jarang tapi masa kami sampai separuh akhir pun penjaga masa lebihkan pihak pembangkang. Bila sedar kami pun jaga masa juga, penjaga masa nampak macam serba salah dan bunyikan loceng dalam minit ke 6.

Keputusannya, usul Dasar PPSMI Diteruskan diterima dan kami berjaya mara ke separuh akhir. Tajuk separuh akhir “lambakan IPT menyebabkan kualiti graduan rendah”. Masa separuh akhir ni lagi lah sedih. Saya ingatkan kami kalah sebab saya tergagap masa berhujah. Bila tengok markah yang juri beri, kurang 2 markah untuk strategi datang dari saya dan kurang lagi 2 markah untuk gaya juga datang dari saya. Markah untuk isi pula, hmm yang ni sedih sikit bila ingatkan balik. Nampak sangat juri tidak mahu kami mara ke peringkat akhir. Sedangkan jelas deligasi pembangkang sudah jauhh tersasar bila bercerita tentang IPT luar Negara sedangkan masalah yang dibincangkan adalah masalah dalam Negara. Bukan mahu kata kami hebat dan mereka salah. Tidak..Cuma kesal bila alasan yang digemburkan kami budak tingkatan 6 jadi tidak layak untuk menang. Dan akhirnya kami tidak berjaya ke peringkat akhir.

Mati-mati saya ingatkan kami gagal ke peringkat akhir disebabkan saya tergagap masa berhujah. Masa naik dalam bas pun saya masih lagi persoalkan kenapa kami tidak berjaya. Bila cikgu terangkan sendiri sebabnya barulah hilang sikit demi sedikit perasaan serba salah tu. Pengetua ada ingatkan, kalau bertanding tidak kira menang atau kalah jangan sampai rasa rendah diri. Kalaulah ada perasaan rendah diri bila kalah, baik tidak payah ja pergi bertanding. Itu lebih baik. Bila selesai ja penerangan dari cikgu hal duduk perkara sebenar, Ida Tanya “rasa rendah diri ka?”.. Kalau sebelum tu dia tanya maka jawapanya YA.

Nota sisipan:
1) Soalnya bukan menang atau kalah tapi tahap keyakinan diri sendiri yang akan mempengaruhi hidup jika tidak dibetukan.
2) Cerita bukan sekadar kisah bahas semata-mata tapi lebih dari itu.
3) Kali ini rasanya sudah cukuplah, lengkap satu lagi kisah yang buat saya lebih mengenali KAMU dalam hal yang satu itu.
4) Alhamdulillah rahmat disebaliknya saya dan DIA kembali jernih akhirnya. Entah bila perselisihan faham bermula dan entah dimana titik noktahnya.
ummu aisyah***
assalamualaikum wbt..

ohoo....
Ketika dan saat ini masih lagi berjaga..
Berjaga menyiapkan fakta-fakta kes PPSMI ni..
Sakit bahu ni..
Adeh lah..(ayat yang rasa macam mengada-ngada ja)

Agaknya peguam-peguam di luar sana tu lagi lah teruk kan?
Patutlah ada saja yang mempunyai mata yang cantik..
huuhuu..okai..okai..
sudah mengarut nampaknya..

Ini ada satu permintaan dari YB Cik Faridah,
"kalau boleh, ko tolong jangan masuk kelas esok ya".
Jawapannya : Kena tunggu esok lah. Kalau Cikgu Alauddin lepaskan aku keluar awal.

p/s :
1) kuat-kuat zue..yeah
2) harapnya kegagapan tidak akan terserlah lah ya.
3) dan jangan lupa zue baiki penyebutan ya..
0423 am
ummu aisyah***

Assalamualaikum wbt..

Hari ni ada cikgu baru (baru pun tidak lah baru sangat) masuk kelas. Nama dia cikgu Alauddin. Bila tengok pada wajah cikgu ni dah boleh agak lah umur dia mesti dalam lingkungan 40-an ni. Cikgu ni sangat lah bergaya (baca segak ya) masuk kelas, dengan tie yang diikat kemas pada leher dan berkot masuk kelas. Sebelum ni masa mula-mula nampak dia dekat laluan ke pejabat am. Masa tu ingatkan cikgu ni nazir dari jabatan pendidikan atau pun mungkin penyelia guru-guru praktikal. Tapi bila sudah selalu sangat nampak cikgu ni, sah andaian saya meleset sama sekali. Rupanya cikgu ni baru pindah dari kelantan dan berhijrah ke sini mengikut isterinya. Info ni cikgu ni sendiri yang beritahu ya.

Cikgu ni ganti cikgu Delilah yang ajar subjek bahasa melayu. Sebelum tu ada juga Tatik bagi tahu yang cikgu Delilah bukan lagi guru yang akan mengajar subjek ni. Maknanya, mereka-mereka yang lain terselamat lah agaknya dari pembentangan kerja mereka.

Apa pula kaitannya tajuk entry ni dengan cikgu ni? Ha ini yang mau kasik khabar ni. Cikgu ni sangat lah suka pandang mata pelajar lama-lama. Dia pandang bukan dengan pandangan kosong ya, tapi…sebagai isyarat yang dia akan bagi se das soalan yang akan buat kita pun rasa hilang keyakinan jawab soalan cikgu ni.

Saya sendiri tidak terlepas ya. Cikgu ni pandang kita rasa macam mahu ja tembus mata kena panahan mata cikgu tu. Adeh lah.. bila cikgu bagi soalan, apalagi kita yang sudah terpana dengan pandangan cikgu pasti lah tergagap-gagap kan. Suara saya pun tidak mahu keluar. Tapi sebenarnya tidak tahu jawapan tu. Haha…

Sebelum cikgu ni bagi se das soalan yang akan buat saya tergagap lagi baik saya pindah tempat duduk. Saya pun bagi isyarat dengan keron unutk balik ke tempat duduk asal kami. Bila pindah tempat duduk ingatkan sudah lepas dari pandangnan. Kali ni keron pulak sasarannya. “ha budak cina yang bercermin mata ni” (cikgu, dia bukan budak cina ya!!) Cikgu ni siap buat gaya macam sumo tengah bersiap mahu berlawan ja sebab tunggu jawapan keluar dari mulut Keron..adeh lah..

Cikgu ni juga sangat sensitive dengan pergerakan pelajar dia. Bila dia rasa ada pelajar tidak bagi tumpuan atau hilang focus dia akan cakap “ha apa lagi tu..”. Awal-awal lagi cikgu sudah bagi tahu yang dia akan gredkan (baca: bandingkan) kami semua dengan pelajar kelas lain.

Saya sangat lah takut untuk pandang mata orang apabila berbicara. Ya ini salah satu kelemahan saya. Kalau ada yang perasan, kalau saya berbual dengan orang lain saya akan cuba untuk kurangkan memandang wajah orang. Saya lebih banyak memandang kearah lain dan seolah-olah saya berbual dengan dinding. Mungkin ada juga yang akan terasa dengan sikap saya ni. Dan mungkin sikap saya ni seolah-olah tidak mengendahkan apa yang orang cuba untuk sampaikan. tapi inilah sebenarnya saya. Sangat takut dengan pandangan
mata.

nota kaki:
dari mata mampu sampai ke hati kan??

p/s: sangat rindu dengan papa rock. bila mahu ajar kami lagi..?? terima kasih papa rock benarkan saya panggil papa rock macam ni..hikhik