ummu aisyah***

Dan ketahuilah wahai sahabat..

Saya sentiasa berada disampingmu

walaupun kita jauh terpisah dek jarak.

Kerana ALLAH yang mempertemukan kita

dan semestinya DIA punya rancangan yang besar akan setiap pertemuan itu.




Labels: 2 bicara |
ummu aisyah***

Nikmatnya hidup bila insan di sekililing kita sayangkan kita. Mendidik jiwa untk memahami kehidupan sebenar. Kadang-kadang aku rasa hina bila berhadapan dengan mereka, insan yang sering membuat aku berfikir.

"apa sumbangan aku pada masyarakat dan keluarga"
-aku masih tidak mampu melakukan sesuatu untuk aku taburkan hatta secebis untuk mereka-

aku punya saudara yang begitu prihatin dengan aku sedangkan aku langsung tidak mencuba membahagiakan mereka. apa yag aku berikan cuma kekecewaan. bukan sekali dua aku lakukan malah aku sendiri tidak mampu menghitung banyaknya tapi mereka tetap hadir dalam senang dan susah hidupku.

"aku tanyakan pada diri, apa yang aku lakukan untuk diri sendiri agar mereka gembira melihat aku berdiri tanpa goyah"
-rupanya aku masih si anak kecil belajar bertatih-

Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan cahaya Yang menerangi kepada kamu? maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan Bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

dan di antara rahmat pemberianNya, ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

(Surah Al-Qasas: Ayat 71-73)