ummu aisyah***

Salam Maal Hijrah 1433H buat semua muslimin dan muslimat~
Salam awal Muharam..

sedikit perkongsian buat anda pada lembaran baru kehidupan yang bermula hari ini.

"buat diri yang rindu akan kebaikan, apakah saat Allah mendatangkan penyesalan dihatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini?
apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh dariada-NYA..
WALAUPUN..
tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekekliling??
ATAU..
merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan??"

cubalah untuk mencuba~
fikirkan sejenak wahai hati..
kerana kita ingin menggapai destinasi yang sama.

.:salam daripada Kelana & ummu aisyah:.
ummu aisyah***
Hati sedang berbunga riang,
Entah ini jawapan atau mainan,
adakah mimpi semalam jawapan,
Atau sekali lagi mainan lonjakan perasaan,
entah-entah ini memang kerja syaitan,
saja menidakan sebuah jawapan.

sabar~
syarat dan janji sudah dikata,
tunggu masa semua akan ternoktah.
.....

ummu aisyah***
Assalamualaikum whb..

Bila aku jauh dari rahmat mu aku cuba mencari jalan yang mudah untuk mengisi kekosongan hati (kononnya) dengan menyesakkan hati, mata dan telinga dengan dunia. Aku sorokkan perasaan hati aku yang tenggelam dengan kesayuaan. Aku cuba ketepikan Engkau dalam kesedihan ku. Aku lupa Engkau yang hadirkan rasa ini dan selayaknya padaMu aku memohon ubat hati ini. Aku hamba Mu yang lalai yang seringkali melangkah dalam kepayahan. Tersengguk-sengguk mencari sinarMU. Engkau hadir memberikan kekuatan, memujuk hati ini dan memberi ikhtibar bagi setiap sesuatu yang engkau hadirkan dalam kehidupan ku.

kau rasa jauh sangat dariNYA? Kau jangan lupa ujian ini datang dariNYA juga. Tiap-tiap sesuatu ujian itu dia hadirkan untuk membina kekuatan luaran dan dalaman kita. Kau kata kau kuat, kau mampu mendepani masalah ini seorang diri. Masa ni lah Dia mahu uji kau. Dia mahu lihat sejauh mana kekuatan yang kau nyatakan tu. Kau sedar tak semua tu? “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.(Al-baqarah:286)

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Pergilah padaNYA, Dia ingin mendengar ritihan hambaNYA. Jangan pernah kau lupa baca QalamNYA dan jadikan itu sebagai ubat hatimu. Di dalamnya adalah bicara yang benar dan tidak pernah mendustakanmu.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Dia akan bukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah S.W.T telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (at-talaq:2-3)

Sabarlah wahai seketul daging, kerinduanmu akan terubat. Insya Allah. Yakin lah pada janjiNYA. Ambil lah masa untuk bersendirian dan muhasabah semula apa yang telah engkau lakukan pada dirimu. Adilkah kau buat begitu? Wajarkah mempersoalkan setiap ketentuanNYA padamu? Mohonlah padaNYA wahai seketul daging. Kerana DIA adalah pemilik seketul daging itu. DIA akan perkenankan doa mu dari arah yang tidak engkau sangka. PerancanganNYA tetap perancangan yang terbaik.

“dan rahsiakanlah perkataan mu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha mengetahui segala isi hati.” (al-mulk:13)

ummu aisyah***
assalamualaikum whb..

saat ini,
air mata mengalir lagi,
teringat bonda terasa berada dihadapan,
sambil memicit sendi-sendi yang keletihan,
tidak terdengar sepatah keluhan,
tiada sebarang bantahan terhadap tanggungjawab yang dilakukan,
sekilas ku lihat timbul kasihan,
aku tunduk memuji kebesaran tuhan,
rupanya itu cuma memori semalam,
bayangan bonda menjelma dikotak ingatan.


mengimbau fasa kehidupan seorang anak,
tika masih dibuaian dan disusukan,
menangis merengek meminta perhatian,
rupanya itu kisah semalam,
cukup meninggalkan kesan.


dalam sibuk aku mencari haluan,
tertulis sebuah kisah kerinduan,
entah rindu tidak dikhabarkan,
sakit pening disimpan dalam diam,
bonda kuat lalui setiap kepayahan.


aku cuba mencari bekalan,
moga ia membantu di akhir kehidupan,
buat bonda aku sedekahkan,
biar sedikit itu aku hadiahkan,
moga usaha ku mendapat keberkatan.

nota kaki:
1) apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara, antaranya doa anak yang soleh. (HR muslim)
2) "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan
berbuat baiklah kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya", ( An-Nisa: 36)
ummu aisyah***

Assalamualaikum whb..

Cerita segelas kopi.

Nilai sendiri cerita ini. Mungkin nampak ringkas dan kosong tanpa pengisian tapi cukup meninggalkan kesan pada saya. Pada saya cerita ni sungguh comel, sangat comel okai. Sangat. Bila teringat semula bagaimana incik suami cuba untuk meminta bantuan puan isteri dalam gurauan. Bahagianya.

Cerita ni bermula pada suatu petang apabila si anak dan ummi yang tercinta sedang mengangkat pakaian dari ampaian sambil berbual kosong dan tiba-tiba incik suami datang dari arah dapur dengan senyuman.

Anak : mi, bapa panggil tu.

Ummi: ya.

Bapa : ada buatkan kopi?

Ummi: tiada. Mahu minum?

Anak : kenapa mi?

Ummi: bapa mu minta kopi segelas.

Anak : oh..

Bapa : kalau tiada, ndak apa lah. Minum air kosong ja lah.

Ummi : hmm..

Bapa : buat apa?

Ummi: buat kopi.

Bapa : ndak pa lah, minum air kosong ja ni. (sambil tersengih-sengih)

Ummi: sekejap.

Anak : (monolog) comel lah incik suami dan puan isteri ni..

Budak comel

Selepas mengemas ruang tamu hadapan petang tu, saya sibuk membersihkan diri. Dalam pada sibuk buat hal sendiri, saya dengar budak-budak comel ni buat bising. Dalam hati memang geram. Ruang tamu yang saya kemas tadi budak-budak comel ni lah yang sepahkan. Dah lah sepahkan ruang tamu tadi lepas tu buat bising pula. Memang mahu kena ni. Tunggu lah.

Saya yang geram ni pun pergi lah cari budak-budak comel ni. Mula-mula tu memang mahu marah tapi bila tengok mereka tu. Ya Allah. Jahatnya aku ni. Tahu budak-budak ni buat apa? Cuba teka..

Yaasin..

Wal qur’anil hakim…

Sambil main kejar-kejar mereka baca yaasin. Ya Allah sucinya hati budak comel ini. Semoga mereka membesar dengan baik dengan kalam Mu ya Allah. Tiba-tiba sejuk hati ni bila dengar budak-budak ni baca yaasin biarpun sambil berlari. Ya.. mereka sedang menghafal surah yaasin. Baru berumur dalam lingkungan 4 hingga ke 5 tahun tapi berlagu kalam Allah.

Malu rasanya bila merujuk pada diri sendiri. Sampai ke hari ini saya tidak hafal surah yaasin. : Malu :

Kalau hati sedang gembira, jarang sangat saya lagukan kalamNya. Tu hah lagu jenis lagha tu yang dilayan. : malu :

Kelahiran yang dinanti

Beberapa hari yang lepas sepupu saya selamat melahirkan seorang puteri yang sudah lama dinantikan kehadirannya. Akhirnya anak yang ke 4 ni anak perempuan juga. 3 orang anak dia semuanya lelaki, hero-hero belaka.

Dalam pada gembira tu ada juga terselit kesedihan tetapi saya pasti dia mampu menghadapi semua tu. Hati seorang ibu pasti kuat melawan itu semua. Seungguhnya hanya Dia maha mengetahui segalanya.

Sesungguhnya Allah menguji seorang hamba sesuai dengan kemampuannya dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Semoga anak-anak ini mampu menjadi pejuang buat kedua-dua ibu bapa mereka. Allah sudah berjanji dalam kepayahan ada kemudahan. Yakin pada janjiNya.

Alhamduillah. Saya dikurniakan seorang wanita yang cukup penyayang dan sabar. Tabah dalam apa jua yang beliau lalui. Saya tidak mampu untuk menipu diri sendiri bahwa saya cukup kagum dengan beliau. Beliau yang dalam diamnya banya mengajar saya erti hidup. Berkorban sehinga ke hari ini masih lagi digagahkan diri menjaga anak dan cucunya. Beliau ialah seorang mak, ibu, bonda, ummi bagi saya.

Tidak pernah sekali saya lihat beliau mengeluh dan meninggalkan tanggungjawabnya biarpun dalam penat, lemah dan demam. Kagum.

“mahu roti? Nanti minta bapa mu belikan.”

“Buat apa mi?”

“Buat sarapan mu la”

“eh ndak pa lah mi, ni ada air pun cukup.”

Sekecil-kecil perkara macam ni pun tetap beliau jaga biarpun jika di ikutkan saya sudah cukup matang dan mampu berusaha untuk mencari dan menyediakan makanan buat santapan diri sendiri.

Ini cukup buat saya membantah? Mengabaikan permintaan? Mengabaikan tanggungjawab sebagai seoarang anak? Jika masih tidak punya rasa syukur dalam diri ini untuk berterima kasih punya seorang wanita begini yang menjaga dari dalam rahim sehingga bernafas saat ini, jangan pernah kau meminta petunjuk dariNYA kerana Dia tidak redha pada mu.

………………….

Sekecil-kecil perkara jika dilihat dari sudut yang positif pasti mampu membahagiakan kita. Apatah lagi ujian yang berat, insya Allah pasti ringan jika sifat positif kita amalkan.

ummu aisyah***
assalamualaikum whb..

Lama rasanya tidak menulis disitu. Terasa kaku bila jari ini kembali menari-nari menulis cerita disini. Sebelum saya mulakan, saya ingin sangat memohon maaf pada semua pembaca yang mengenali saya secara langsung kerana saya tidak mampu jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya. Tidak kira saya sebagai watak apa pun dalam drama kehidupan kalian. Saya minta maaf sangat. Banyak sangat buat salah, tanpa sedar hampir 21 tahun usia diberikanNYA buat saya.

Tadi saya menonton sebuah drama kehidupan tentang bagaimanan kita harus menerima kehidupan ini. Apa yang diberikan dalam hidup kita dan bagaimana kita merencanakannya. Bila muhasabah balik kehidupan saya sebagai hambaNYA di dunia ini, rasanya banyak yang salah, tidak betul, dan kurang dalam pengisian hidup. Banyak sangat kesilapan sehingga saya mampu bayangkan saya sedang dipertontonkan semula watak yang saya lakonkan di dunia dalam drama tadi.

Persoalannya disini bukan tidak mengaku bahawa kehidupan manusia ini penuh kekurangannya. Tidak sama sekali. Saya sedar manusia serba tidak sempurna dan tanggungjawab kita untuk memperlengkapkan diri kita dengan ilmu agar kita boleh menjadi "seseorang" yang mampu menjawab padaNYA 'disana' nanti.

Dalam diamnya saya, saya sedang memerhati watak dunia dan masih dalam proses mencari identiti diri. Mungkin lebih tepat cuba untuk mengambil ruang buat diri sendiri melihat dengan mata hati. Saya tidak salahkan orang lain yang ingin menganggap saya sebagai apa pun dalam diam saya kerana setiap manusia punya rencana buat diri masing-masing.

Kadang-kadang saya tersedak kerana Dia mempunyai cara yang tersendiri menegur kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar. Kiranya saya masih bernasib baik Dia tidak dedahkan aib dan kekurangan diri ini di hadapan manusia lain. Alhamdulillah..

Kalian..tolong doakan saya ya..
semoga saya temui apa yang saya cari..
mungkin juga pencarian kita sama cuma cara kita berbeza.

owh ya..
terima kasih pada sisipan doa kalian.. :)
Adi Saad

RAJA vs RAJA SEGALA RAJA

Eloklah kita beradab dengan raja tapi kenapa kita biadap sangat dengan Raja segala Raja? Ni bukan sembah derhaka tp dah sah-sah masok neraka. Korang rasa korang tu sapa? King kong ka??

Kita beradab dgn raja,

bila dijemput ke istana happy tak terkata..

tp dgn Raja segala Raja,

jemput ke masjid pon kita blh buat derk aja..

Kita beradab dgn raja,

pakai smart habis, tempah special lg tu..

tp dpn Raja segala Raja,

solat pakai pelekat je, kdg2 x b’baju kdg2 b’singlet saja..

Kita beradab dgn raja,

nak ke istana esok, malam ni dah bersiap sedia..

tp dgn Raja segala Raja,

nak ke masjid pon liat, malam nak tahajud jgn hrp laa..

Kita beradab dgn raja,

dia suruh apa pon kita buat tnp bnyk bicara..

tp dgn Raja segala Raja,

Dia suruh solat pon tak buat,

kalau buat pon cincai, ala kadar ja..

Kita beradab dgn raja,

apa dia tak suka, kita tak buat, takut dikata derhaka..

tp dgn Raja segala Raja,

kita buat apa kita suka, tak takot pon masok neraka.

Kita beradab dgn raja,

tak kira siapa kita depan dia semua rakyat biasa..

tp dgn Raja segala Raja,

kita kira siapa kita, orang besar saf depan tu biasa.

Kita beradab dgn raja,

bila dia ada kita rasa hina, rasa rendah diri..

tp dgn Raja segala Raja,

mana pernah Dia takda, masih jugak tak sedar diri.

Kita beradab dgn Raja,

nak mengadap punyalah takut, rasa longgar sendi lutut..

tp dgn Raja segala Raja,

mana ada takut, tu yg bila solat otak melalut.

Kita beradab dgn raja,

dipanggil mengadap pon rasa bertuah..

tp dgn Raja segala Raja,

dengar azan pon kita rasa menyampah.

Kita beradab dgn raja,

sanggup menunggu berjam-jam lama sebab nak jumpa..

tp dgn raja segala Raja,

solat lima minit pon dah kira lama.


[diadaptasi dr UJANG]

Apa sebenarnya masalah kita ni??

Renung-renungkan.. fikir-fikirkan.. ubahlah yg mana patut diubah..

[sy di sini menyindir diri sendiri]

Adi Saad

PERLU NIAT. PERLU PENGORBANAN. PERLU MASA.



gambar hiasan
[hak milik: Mohd Sobrye Paimin]

Dalam dunia ni, macam-macam benda dah berubah. Toleh kanan, toleh kiri, tgk atas, tgk bawah, tgk depan, tgk belakang, di utara, di selatan, timur dan barat, semuanya kian berubah mengikut peredaran masa. Semua dalam aturan Tuhan yg Maha Esa. Kalau tak larat nak tgk dari semua arah tu, try tgk diri sendiri. Dr segumpal darah, lalu bertukar menjadi seketul daging. Allah memerintahkan malaikat agar meniupkan roh ke dalamnya, menjadikannya bernyawa. Kemudian setelah dilahirkan, kita dibesar dan dididik sesempurna mungkin oleh ibu dan ayah agar dapat menjadi insan yg berguna. Itulah kita. Berubah mengikut peringkat demi peringkat..

Sayangnya, kadang kita terlupa. Kadang kita terleka. Rupa2nya, ada perubahan yg x sepatutnya kita biarkan ia berlaku pd diri kita. Kita x sedar pun bahawa perubahan tu sedang memakan diri. Asalnya anak yg mendengar kata, tp bila dpt ramai kwn, yg happy go lucky, rasa nak enjoy sampai mati, kita lupa pada family. Mak ayah berbuih mulut nasihat, jgn ikutkan kawan sangat. Bkn semua kwn tu betul2 blh bt kwn. Ada kwn yg mkn kwn. But yet you still refused to listen to all that. Bila dah terkena, baru nak menyesal. Tp menyesal kemudian dah x berguna.. nak patah balik, ada yg boleh buat, ada yg tak dan bknnya kerja senang nak reverse apa yg dah terlajak buat.


Namun, betapa adil dan kasihnya Allah pd kita, stil jgk beri ruang, stil jgk bg peluang kat kita utk ubah blk diri kita. Perubahan, sesuatu yg harus dimulakan oleh diri sendiri. Mesti ramai yg nak berubah tu rasa, ”eh payah la nak berubah ni, surrounding tak membantu langsung!”, or “kawan-kawan bkn nak trust yg aku ni betol2 nak berubah.” and so on. Memang lazimnya bnd tu selalu berlaku pada diri org yg nak berubah. Lazimnya.. that’s why kita panggil tu suma ujian dan dugaan. Allah nak tgk sejauh mana tekad kita nak berubah tu. Hangat2 tahi ayam je ke ataupun nak genggam bara api biar sampai jdk arang. Perlukan masa. Ada yg betul2 dpt berubah dlm sekelip mata sbb tekad hati dia sangat kukuh. Ada pulak yg rasa nak bt one by one, sbb stil tak yakin pd diri. Dan ada jgk yg nak berubah sbb didorong oleh orang lain, sama ada ada org tegur, ataupun atas sbb rasa kasih dan cinta pd org tu sampai sanggup bt apa shj. Mcm2 ada, mcm iklan astro.

As long as you have the will, there’s a way.. Adik2, abang2, kakak2, dan terutamanya [penulis ini sendiri] mari. Usahalah sebetul-betul usaha. Cuba sebenar-benar cuba. Usaha dan cuba utk berubah kpd diri yg lebih baik [yg disukai Allah Taala]. Susahnya hanya dirasa ketika di dunia, tp di akhirat, yg menanti adalah bahagia. ^^. InshaAllah.. Barakallahulakuma.

ummu aisyah***
kadang-kadang rasa tu hadir tapi sukar untuk ditafsir..
aku sedaya upaya selami hati sendiri..
tapi aku tak pernah fahami..
jalan yang aku lalui jalan yang aku pilih sendiri..
tak pernah aku mohon padaNYA..
agar hati ini jangan diletakkan pada tanganku sendiri..


hari ini aku sedar..aku tanpa cintaNYA..
umpama tin kosong yang bisa dicampak kemana saja..
bunyi menyerlah tapi dalamannya kosong tak punya apa..
bersuara apabila ia melibatkan dunia..
tapi bila disebutkan hakNYA..
aku diam kelu tanpa bahasa..


aku hilang dalam pencarian..
mencari dalam kesamaran tanpa ada yang menggengam..
terduduk dalam dunia penipuan..
rupanya itu bukan kebahagiaan..
kerana hari ini aku rasa kekosongan..
dalam keseronokkan permainan ciptaan tangan-tangan..


disini aku mulakan..
bila hati aku fokuskan..
biar aku diam agar jelas kelihatan..
rupanya ada tangan-tangan yang meminta pada tuhan..
rupanya ada hati yang menyinar di keheningan malam..
rupanya ada yang menangis mencari tuhan..
rupanya ada yang menghulurkan tanpa meminta balasan..
rupanya banyak lagi yang aku terlepas pandang..


disini bentuk dunia kelihatan..
tidak banyak tapi cukup menakutkan..
aku memikirkan usia yang bakal aku gunakan..
sepanjang perjalanan akan aku terus dalam kepura-puraan..?
apa amalan yang bakal aku persembahkan..?
bagaimana akhir usiaku digunakan..?
menangisi masa silam agar boleh diperbetulkan..
atau aku mampu bersyukur Dia masih mahu menggenggam hatiku..



Labels: 0 bicara |