ummu aisyah***
assalamualaikum whb..

Lama rasanya tidak menulis disitu. Terasa kaku bila jari ini kembali menari-nari menulis cerita disini. Sebelum saya mulakan, saya ingin sangat memohon maaf pada semua pembaca yang mengenali saya secara langsung kerana saya tidak mampu jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya. Tidak kira saya sebagai watak apa pun dalam drama kehidupan kalian. Saya minta maaf sangat. Banyak sangat buat salah, tanpa sedar hampir 21 tahun usia diberikanNYA buat saya.

Tadi saya menonton sebuah drama kehidupan tentang bagaimanan kita harus menerima kehidupan ini. Apa yang diberikan dalam hidup kita dan bagaimana kita merencanakannya. Bila muhasabah balik kehidupan saya sebagai hambaNYA di dunia ini, rasanya banyak yang salah, tidak betul, dan kurang dalam pengisian hidup. Banyak sangat kesilapan sehingga saya mampu bayangkan saya sedang dipertontonkan semula watak yang saya lakonkan di dunia dalam drama tadi.

Persoalannya disini bukan tidak mengaku bahawa kehidupan manusia ini penuh kekurangannya. Tidak sama sekali. Saya sedar manusia serba tidak sempurna dan tanggungjawab kita untuk memperlengkapkan diri kita dengan ilmu agar kita boleh menjadi "seseorang" yang mampu menjawab padaNYA 'disana' nanti.

Dalam diamnya saya, saya sedang memerhati watak dunia dan masih dalam proses mencari identiti diri. Mungkin lebih tepat cuba untuk mengambil ruang buat diri sendiri melihat dengan mata hati. Saya tidak salahkan orang lain yang ingin menganggap saya sebagai apa pun dalam diam saya kerana setiap manusia punya rencana buat diri masing-masing.

Kadang-kadang saya tersedak kerana Dia mempunyai cara yang tersendiri menegur kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar. Kiranya saya masih bernasib baik Dia tidak dedahkan aib dan kekurangan diri ini di hadapan manusia lain. Alhamdulillah..

Kalian..tolong doakan saya ya..
semoga saya temui apa yang saya cari..
mungkin juga pencarian kita sama cuma cara kita berbeza.

owh ya..
terima kasih pada sisipan doa kalian.. :)