miss bunga : Oit! Hype.. Jom kita leting ali senin..
cik flower : Leh jg.. U cuti ka?
miss bunga : Yupy.. Until xm is pinis la. Ko kc kawan aku berurus diri d berjabat swasta. Haha..
cik flower : Ala..what hppn 2 ur bhsa?haha.. sa pn bru mau antar boring bswsa yysn sbh 2 mgu dpn.
miss bunga : Knapa bahas ala parlimen ku weird ka? :p owh ko ody isi itu borang? Banjir!! (bah) Kita pjumpaan ali senin. **Wink..
cik flower : Haha..morng la kn..me ada kls jm 2.
miss bunga : Wokiss.. Kita bebaris d kedai 2lingit lah owk.. Jam tgan brapa kita jumpaan?
cik flower : Jm dinding 9 g2..haha
miss bunga : Banjir.. 999 sharp! Polisi nen0 nen0 sampai.. owk! Jaga kau!!(taking care op u) haha.. Bype
cik flower : Haha..mcm ada virus la u.whre u get it?hehe..c u then.
miss bunga : I lembu eat from google translator.. Google only understanding and very caring this kind o language.. Haha.. So I cant stop thinking bot laju this worse lagu. Haha.. Can u get wat I mean? Haha
cik flower : I think my head is spinng..not get it at all.
cik flower : Ei..u ikt me 2syn? 1 month left b4 we finish exam totally la.
miss bunga : Me got 2weeks ja cuti. 25 april me blk sana. Then kija for a week bru minta cuti lg utk last paper. Tp ok jg tu. 2week pun 2weeks lah.
cik flower : Oh..u uda dpt 2 slip exam?
miss bunga : Sdh kmrin ma sis bg. Dpt angka giliran 13. Ko?
cik flower : Mine lum ambl lg..me guna allmt buaya. Nanti 2mrow bru minta dr dia.
miss bunga : Bah! Nanti kita jumpa isnin ni. Jaga kau! Haha..
cik flower : Enjoy ur holidy la k..haha..c u senin than.
miss bunga : pls use”then” not ‘than’. Haha.. Wee~~
Kamu berasal daripada Sabah?? Pernah menetap di Sabah?? nah! Mungkin anda faham gaya bahasa ini. Cuma gaya bahasa ini hanya budak berdua ni saja yang faham. pelik kan. Bila saya baca saya pun ndak berapa faham isi perbualan ni. Baca banyak kali baru dapat tangkap apa cerita yang saya dan rakan saya ni bualkan. ya lah kan kadang-kadang kepala otak ni suka mengarut tah apa-apa. Maka, jadilah perbualan macam orang ndak berapa betul ni. (Memang hard disc dorang ni kena serang virus..haha..)
Perasan atau pun tidak inilah bahasa yang kita biasa gunakan tapi ini bukan bahasa kita. Bercampur dengan bahasa asing dengan telor bahasa mengikut kebiasaan kita. Penggunaan singkatan dan gaya bahasa budak zaman sekarang. Perkara ni kita biasa jumpa dalam perbualan seharian kita samaada secara berdepan ataupun melalui sms, email, forum dan laman sembang.
Saya teringat dulu, guru Bahasa Melayu saya pernah membebel di dalam kelas sebab ada seorang rakan saya sms dia menggunakan gaya bahasa dan penulisan macam ni. Habis jugak lah separuh masa pengajaran masa tu dengan cucian minda sikit. Beliau ni boleh dikatakan pencinta bahasa. Aktif dalam bidang penulisan dan laras bahasanya tinggi. Ala-ala laras sastera tinggi lah. Kadang-kadang saya sendiri tidak faham apa beliau sampaikan. ya lah kadang tu kalau dah naik sheikh keluar lah segala falsafah dia. hee…
Kadang-kadang bila dapat sms dari rakan-rakan yang lagi ekstrem gaya bahasanya, mula lah saya garu kepala ndak faham apa yang dia merepek tu. Bila tanya balik apa yang diorang cakap tu, saya pulak yang kena. Kalau boleh setiap patah perkataan tu dipendekkan . Biar jimat masa menulis dan bercakap. Ndak lah jadik satu kesalahan bagi saya (saya ulang: bagi saya, saya ndak kisah. orang lain saya ndak tau) kalau mau text singkat tapi biarlah dari kata dasar yang betul.Ini tidak kata ‘sebab’ tiba-tiba boleh tukar jadik ‘cebaf’(cbf). Mana belajar ni? Bagi salam pulak lagi baik punya bunyinya. smackkowm. Apa benda ni??
ha bendasing macam ini lah yang buat otak saya huru-hara bila baca. Macam cerita di atas tu lah. Tu pok cik Google yag ajar tu. Ndak percaya? ha cuba lah sendiri.
Lah apa lagi tu..pergi lah jumpa pok cik Google. kita buang masa. jom… ha macam ni caranya. Type google translator. lepas tu pilih lah mana-mana pages yang berkenan di hati. haha..ok ndak payah susah-susah.Mari ke sini.
Sometimes, when can sms from friends that the extreme style of language, began to improvise my head is nope understand what he merepek tu. When asked for what I say uniforms, to be me pulak. If I can shorten words. Let save time writing and speaking. Nope jadik is an offense to me (I repeat: for me, nope my story. Nope people I know) if they want a short text, but let the word betul.Ini policy is not the word 'reason' can suddenly change jadik 'cebaf '(cbf). Where to learn this? In order to have peace and good sound pulak. smackkowm. My thing?
ha, this kind of impurity is that my brain was chaos when read. I like the story was. Google Pok cik tu tu proceedings of teaching. Nope believe? ha try to be yourself.
Okaylah. saya gerak dulu. Banyak sangat merepek ya. Seperti biasa halalkan lah masa anda melepak di sini melayan cerita saya sambil menjamu kerepek tengik saya. ha itu lah, siapa suruh lepak lama-lama. Kan dah buang masa dan tenaga. tiada apa pun. dah.. boleh balik sekarang.Tiada apa-apa buah tangan untuk anda kali ni. Lain kali anda datang saya hidang makanan yang lebih baik ya. terima kasih tau datang sini. J
Sebelum anda baca sampai habis, saya mahu ingatkan yang entri ni cuma luahan hati saja yang banyak dan cerita-cerita pasal kenalan, rakan dan sahabat saya. Jadi kalau anda malas baca silalah pergi ja baris akhir yang berwarna merah ya. Disitu ada sesuatu buah tangan yang saya kongsikan. Kemudian boleh lah check out ya.Nampak sangat saya tidak mengalu-alukan anda yang jadi silent reader kan. Entry ni untuk tatapan mereka yang berkenaan ja.
Hari ni sampai ja di rumah kepala ni rasa berat ja. Macam ada tongkol batu atas kepala. Apa sangatlah yang saya buat di sekolah tadi. Cuaca panas dan ndak menentu ni buat kepala ni pening sangat-sangat. Lepas rehat sekejap tengah hari tadi terus koma sampai ke petang. Berat sangat kepala sampai anak buah baring sebelah pun saya buat ndak kisah. Makan tengah hari pun ndak sentuh sebab yang penting waktu tu ialah tidur!! Bila sudah terlebih tidur jawabnya saya kena berjaga lah malam ni.. ha bila waktu malam macam ni saya jadik burung hantu lah sendiri-sendiri. hihi..
Lepas habis waktu rehat saya ada kelas pengajian am pagi tadi tapi saya ndak masuk kelas. Saya lepak dalam studio seni visual siapkan model geo yang kena hantar sebelum waktu persekolahan tamat. Kami (saya dan kembar) siapkan juga model tu biarpun baru kelmarin buat perancangan. Kami buat model struktur bumi tapi nampak comot sikit. Ya lah kerja tergesa-gesa kan.
Nasib baiklah Keron tolong kemaskan buku-buku saya. Terima kasih ya Keron sebab sudah banyak kali tolong buat kerja kemas mengemas ni untuk aku. Keron ni buddy saya yang paling baik untuk di ajak melepak. Dia selalunya setuju ja kalau ajak dia lepak biarpun dia ndak bawa apa-apa persiapan tuk pi melepak. Destinasi yang paling baik tok lepak dekat belakang sekolah lah. Blok library lah kan yang paling selesa, lagi-lagi kalau waktu petang. Belajar dekat koridor tu memang nyaman rasanya, belajar sambil disapu angin sepoi-sepoi bahasa. hai.. best betullah sampai kadang-kadang tu bukannya belajar tapi tidur. huhu.. Pihak pentadbir library memang sangat memahami betullah fe'el pelajar.
Dalam beberapa bulan ni dia lah yang selalu dengan saya. Bukan sebab saya ni sudah ndak suka melepak lagi dengan kawan baik saya yang lain tapi lebih selesa dengan Keron. Bila duduk sebelah-sebelah ja memang lah rapat kan. Kawan yang lain asyik sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ya lah dorang semua tu kan berjawatan tinggi, bukan macam saya ni cuma pelajar biasa ja. Nampak macam saya jauh hati. Dingin ka, macam pelajaran yang saya belajar waktu kelas tcr Emmily tadi. Ndak, langsung ndak sebab saya sendiri yang salah dalam hal ni. Hish, okai lah bab ni sudah melalut jauh ni.
Bila cakap pasal jauh hati ni saya mau bagi pesanan sikit dengan sahabat saya yang satu ni. Siapa?? Siapa?? Khas untuk dia yang bernama MALA. Aku ndak tau lah ko baca atau ndak entry kali ni. Aku ndak marah pun dengan ko. Jangan risau lah. Perkara kecik ja tu aku ndak kisah sangat lah pasal tu. Aku ndak berkira sangat tapi aku akan berkira juga dengan ko kalau ko ndak pujuk aku, bawa aku keluar sebelum ko balik kk. Aku cakap aku ndak marah tapi ndak cakap pun TIDAK AKAN MERAJUK kan? Siapa suruh ko mau sangat bagi kejutan macam tu. Haa aku tunggu bila ko mau ajak aku kuar macam ko janji mau call tapi sampai sekarang .... hampa..Aku ndak kira, mau merajuk jugak.. Hmm..Aku masih lagi tunggu apa alasan ko buat gitu.okai..!!
Walau macam mana pun, kawan tu amat penting dalam hidup kita. Sebab tu kalau pilih kawan kita kena hati-hati. Bila dah dapat kawan yang baik dan faham kita janganlah sampai kita abaikan pulak. Luqman Al-Hakim juga pernah berpesan pada anak-anaknya pasal peranan sebagai sahabat ni.
"Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu."
Saya yang mana?? Saya selalu jadi sahabat yang suka bergantung pada sahabat. Suka mencedok apa yang patut dari sahabat saya secara diam-diam. Shtt.. Jangan sampai dia tahu. Nanti dikatanya kita tiada identiti. Saya pernah menjadi seperti seorang kenalan saya, saya ndak rapat dengan dia tapi dari jauh saya suka perhatikan dia. Dia jenis yang suka buat hal sendiri. Dia suka berdiam diri. Dia ndak suka ikut orang. Dia ndak suka tunggu orang. Dia selalu lebih cepat dari yang lain. Dia selalu tepat masa. Saya berjaya kutip sesuatu dari dia biarpun sedikit. Sorang kawan yang rapat dengan saya pernah tegur dulu, "zue kenapa tiba-tiba jadi pendiam ni. Ndak macam dulu". Sebab saya sudah belajar sesuatu dari dia. Jangan bergantung sangat pada orang lain. Itulah dia. Saya masih belajar untuk lebih berdikari macam dia tapi sangat susah tau dan kadang-kadang kecundang jugak. hikhik.. Saya rindu dia. Saya ndak tahu dia di mana sekarang dan saya terhutang budi dengan dia.
okai lah panjang pulak kerepek kali ni. Jadinya merapu raban pulak. huhu.. Maaf kalau ada yang baca entri ni, saya buang masa anda. Halalkan masa anda yang terbuang baca contengan saya ya. Hidangan Ilham Bicara kurang enak kali ini tapi saya puas. Anda?? hmm abaikan ja lah..
tiada nota kali ini..
salam jumpa lagi..






