Showing posts with label .:puisi:.. Show all posts
Showing posts with label .:puisi:.. Show all posts
ummu aisyah***

by Si Pendosa / Ust k.a.i
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Pada dada langit,
aku dan kau persis khalifah bumi,
pada garisan mata ligat diperhati,
pada titisan pujangga bebas dimanipulasi,
pada cetusan monolog diri makin dihalusi,
bersama sorotan resah di jiwa dan akal.

Kita yang bernama insani,
ingatlah..
bahawa yang terselindung,
bahawa yang tertulis,
segalanya di dalam coretan,
tiada yang tercicir mahupun tertinggal,
walau sebesar hama usah diabaikan.

Kita..
yang bernama makhluk sementara,
pada persinggahan sementara,
pada olengan masa,
bahas tidak mampu mengubah fakta,
timbangan neraca menentu mengorak langkah,
pada landasan keaiban dunia.

Maka..
rentangkann dua kalimah shadah dibibir kemuliaan,
usungkan langkah ke pintu kebenaran,
gerbangkan solat pada ufuk kerohanian,
dalam sinaran alam sebelum kegelapan menyelimuti diri.

Kita..
adalah semulia-mulia ciptaan,
kejutkan diri, gentarkan lamunan,
olah semula halaman hidup,
selagi nadi bernafas, bernafas irama,
selagi jasad berlari rentak,
pada realiti kehidupan,
ke syurga firdausi..
Labels: 0 bicara |
ummu aisyah***

by Si Pendosa
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


saat ini aku memberanikan diri,
mula mencoret di lembaran sepi,
melancarkan bicara dari hati,
aku lakarkan bukan untuk sorakan,
sekadar untuk ingatan buat aku hamba bertuhan.

namun, dikedewasaan, 
bila diri mula disibukkan dengan perihal keduniaan, 
al-quran mula dilupakan... 

hari ini, bila ayat suci al-quran itu dialunkan, 
mata terasa kehangatan... dek airmata yang lahir kerana penyesalan... 

Maha Suci Allah,
yang pernah menganugerahkan kelancaran suatu ketika dulu..
namun kini, bacaan aku tidak lagi seperti itu...
kini, bacaan itu tersangkut-sangkut...
dengan keraguan hukum tajwid, makhraj... 
tiada lagi lagu yang boleh dimainkan ketika ayat al-quran dialunkan... 

innalillah... suatu anugerah itu telah ditarik kembali...
dan sudah pasti, masa lalu takkan kembali...
bukan mudah memupuk, mempelajari, 
tapi untuk ditarik pergi, satu saat sudah boleh pergi... 

itulah anugerah... itulah sinar... yang telah ditarik pergi... 

Ya Rahman, Ya Rahim... 
ampuni aku...
berkatilah aku... ilmuku...
pinjamkan aku kekuatan, agar mampu aku bertahan...

:naz: 

Ramadhan kian menjengah, 
aku perlu tabah terus hayunkan langkah,
sepayah mana butir bicara aku tahu Dia ada,
yang penting niat kita untuk apa..?

hari ini aku sedar, 
tanpa kesedaran diwaktu dulu,
maka aku bukan siapa aku hari ini,
hampir..hampir jatuh namun sempat berpaut pada dahan itu,
tidak kukuh namun aku harus bertahan sehingga benar tempat berteduh.

laluan tidak semudah bicara..
pahit buruk busuk sebati di jiwa..

bagaimana harus digambarkan agar kau mampu rasa,
mungkin cukup dengan tahu aku siapa,
insan bukan apa-apa,
banyak silap banyak cela..

aku insan seorang khalifah..
hidup memegang amanah..
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik, (Luqman 31:14)
namun sering goyah pada tuntutan dunia..

mahu segera kembali kepada fitrah..
mahu segera berbakti pada mereka..
mahu berjuang dengan satu cinta..
Lillahi Ta'ala..

moga mereka redha..
moga Allah redha..
Labels: 0 bicara |
ummu aisyah***
Maafkan aku teman
kerana selepas ini
tiada lagi madah puitis
melodi indah daripadaku.

Memadailah sejauh ini langkah kita
aku tidak sanggup meneruskannya lagi
kerana semakin jauh kita melangkah bersama
semakin terjarak kita
daripada Yang Maha Esa.

Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibarat jarak kita dengan ILAHI
umpama panah terlepas dari busurnya
jauh mengembara sejauh-jauhnya.

Teman
takwilkan ia.
Mudah-mudahan engkau turut insafi
kesilapan kita.
Aku tidak mahu kita tersilap memilih cinta.
Cinta hakiki hanya ada di sisi-NYA.

Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibarat jarak kita dengan ILAHI
umpama panah terlepas dari busurnya
jauh mengembara sejauh-jauhnya.

Aku berundur
usah kau kecewa
relakanlah...
Aku ingin kita tidak tersilap memilih cita.
Cinta hakiki hanya ada di sisi-NYA.


-Hamba Allah-
.:Kerana-Mu Aku Berubah:.
ummu aisyah***
assalamualaikum whb..

saat ini,
air mata mengalir lagi,
teringat bonda terasa berada dihadapan,
sambil memicit sendi-sendi yang keletihan,
tidak terdengar sepatah keluhan,
tiada sebarang bantahan terhadap tanggungjawab yang dilakukan,
sekilas ku lihat timbul kasihan,
aku tunduk memuji kebesaran tuhan,
rupanya itu cuma memori semalam,
bayangan bonda menjelma dikotak ingatan.


mengimbau fasa kehidupan seorang anak,
tika masih dibuaian dan disusukan,
menangis merengek meminta perhatian,
rupanya itu kisah semalam,
cukup meninggalkan kesan.


dalam sibuk aku mencari haluan,
tertulis sebuah kisah kerinduan,
entah rindu tidak dikhabarkan,
sakit pening disimpan dalam diam,
bonda kuat lalui setiap kepayahan.


aku cuba mencari bekalan,
moga ia membantu di akhir kehidupan,
buat bonda aku sedekahkan,
biar sedikit itu aku hadiahkan,
moga usaha ku mendapat keberkatan.

nota kaki:
1) apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara, antaranya doa anak yang soleh. (HR muslim)
2) "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan
berbuat baiklah kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya", ( An-Nisa: 36)
ummu aisyah***
kadang-kadang rasa tu hadir tapi sukar untuk ditafsir..
aku sedaya upaya selami hati sendiri..
tapi aku tak pernah fahami..
jalan yang aku lalui jalan yang aku pilih sendiri..
tak pernah aku mohon padaNYA..
agar hati ini jangan diletakkan pada tanganku sendiri..


hari ini aku sedar..aku tanpa cintaNYA..
umpama tin kosong yang bisa dicampak kemana saja..
bunyi menyerlah tapi dalamannya kosong tak punya apa..
bersuara apabila ia melibatkan dunia..
tapi bila disebutkan hakNYA..
aku diam kelu tanpa bahasa..


aku hilang dalam pencarian..
mencari dalam kesamaran tanpa ada yang menggengam..
terduduk dalam dunia penipuan..
rupanya itu bukan kebahagiaan..
kerana hari ini aku rasa kekosongan..
dalam keseronokkan permainan ciptaan tangan-tangan..


disini aku mulakan..
bila hati aku fokuskan..
biar aku diam agar jelas kelihatan..
rupanya ada tangan-tangan yang meminta pada tuhan..
rupanya ada hati yang menyinar di keheningan malam..
rupanya ada yang menangis mencari tuhan..
rupanya ada yang menghulurkan tanpa meminta balasan..
rupanya banyak lagi yang aku terlepas pandang..


disini bentuk dunia kelihatan..
tidak banyak tapi cukup menakutkan..
aku memikirkan usia yang bakal aku gunakan..
sepanjang perjalanan akan aku terus dalam kepura-puraan..?
apa amalan yang bakal aku persembahkan..?
bagaimana akhir usiaku digunakan..?
menangisi masa silam agar boleh diperbetulkan..
atau aku mampu bersyukur Dia masih mahu menggenggam hatiku..



Labels: 0 bicara |
ummu aisyah***
Apabila kau ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandaimenceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan pada sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna
Tiada manusia yang sempurna
Ingatlah…….
Ikhlaskan hati
Bersahabatlah kerana Allah
Insya Allah….dan

TeRUSkan pERjuaNgan
dalam meNUntut Ilmu
semoga pERjuaNgan kita sentiasa
mndpt reDha NYA..

p/s: entry dari blog friendster pada 13 oktober 2008
ummu aisyah***
Biar hidup sendiri
dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang
dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia,
daripada hidup berdua
dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri
dan masih kekal serinya
daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh
tetapi tinggi peribadi
daripada cepat jodohnya
tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama
dengan sayapnya yang terang dan indah
daripada sang kelkatu yang menerjah api.


assalamualaikum..

Setelah lama diam membisu kerana keegoan dan kekerasan hati sendiri akhirnya hari ini saya buat posting terbaru. Hilang semua keraguan kerana saya makin sedar akan erti sebenar kehidupan. Ya saya makin matang dalam satu hal ini. apa dia. biarlah ia menjadi rahsia saya. Tidak semua perkara mampu untuk kita ucapkan dan khabarkan, apatah lagi kalau apa yang kita sampaikan mampu memberi persepsi atau tanggapan yang kita tidak jangka. Atau dengan erti kata lain tidak semua mampu membaca di sudut yang sama seperti kita, kerana masing-masing daripada kita mempunyai sudut kehidupan yang berbeza.

Ruangan ini akan saya gunakan untuk meluah rasa dan memang tidak sesuai untuk tatapan umum. Setelah rakan-rakan yang lain pergi menjauh mengejar matlamat dan mpian masing-masing, saya terpaksa menyesuaikan diri dalam satu situasi yang baru. Tidak ada lagi yang mampu untuk menjadi tempat untuk saya berkongsi setelah dia, dia, dan dia pergi. Memang tidak saya nafikan saya seorang yang senang bergaul dengan siapa sahaja tetapi tidak mudah mesra. Keadaan ini yang membuatkan saya terpaksa belajar untuk mengenali orang disekeliling saya. supaya nanti saya tidak kekok bila sudah di lepaskan keluar di dunia yang sebenar.

nota kaki:
dia adalah sahabat-sabahat saya yang begitu dekat a.k.a kawan karib lah.