ummu aisyah***
Biar hidup sendiri
dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang
dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia,
daripada hidup berdua
dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri
dan masih kekal serinya
daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh
tetapi tinggi peribadi
daripada cepat jodohnya
tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama
dengan sayapnya yang terang dan indah
daripada sang kelkatu yang menerjah api.


assalamualaikum..

Setelah lama diam membisu kerana keegoan dan kekerasan hati sendiri akhirnya hari ini saya buat posting terbaru. Hilang semua keraguan kerana saya makin sedar akan erti sebenar kehidupan. Ya saya makin matang dalam satu hal ini. apa dia. biarlah ia menjadi rahsia saya. Tidak semua perkara mampu untuk kita ucapkan dan khabarkan, apatah lagi kalau apa yang kita sampaikan mampu memberi persepsi atau tanggapan yang kita tidak jangka. Atau dengan erti kata lain tidak semua mampu membaca di sudut yang sama seperti kita, kerana masing-masing daripada kita mempunyai sudut kehidupan yang berbeza.

Ruangan ini akan saya gunakan untuk meluah rasa dan memang tidak sesuai untuk tatapan umum. Setelah rakan-rakan yang lain pergi menjauh mengejar matlamat dan mpian masing-masing, saya terpaksa menyesuaikan diri dalam satu situasi yang baru. Tidak ada lagi yang mampu untuk menjadi tempat untuk saya berkongsi setelah dia, dia, dan dia pergi. Memang tidak saya nafikan saya seorang yang senang bergaul dengan siapa sahaja tetapi tidak mudah mesra. Keadaan ini yang membuatkan saya terpaksa belajar untuk mengenali orang disekeliling saya. supaya nanti saya tidak kekok bila sudah di lepaskan keluar di dunia yang sebenar.

nota kaki:
dia adalah sahabat-sabahat saya yang begitu dekat a.k.a kawan karib lah.