ummu aisyah***
assalamualaikum wbt..

Pada ahad lepas kami (sekeluarga yang besar) buat makan-makan kecil di rumah. ya lah selepas segalanya selesai.. Alhamdulillah.. Majlis perkahwinan sebelah lelaki (bro saya lah tu) pada sabtu 6 jun yang lepas selesai. Oleh kerana semua ahli keluarga masih ada lagi dan masih berpeluang untuk berkumpul ramai-ramai juga sementara belum balik tempat masing-masing jadi masa macam ini lah kena ambil peluang bermesra dengan yang lain kan. Bukan selalu dapat berkumpul macam ni. Bila satu duduk di seberang sini, satu lagi seberang sana dan yang lain bertebaran menetap di seluruh sabah. hmm memang payahlah dapat duduk sekali untuk lengkapkan 10 orang adik beradik ni.

Bila berkumpul ramai-ramai macam ni memang semua tidak senang duduk. Kejap gelak ketawa kedengaran, kejap lagi kena marah-marah, kejap lagi duduk diam sendiri kepenatan dan lepas tu kecohlah semula seisi rumah. Suasana bising-bising macam ni hanya akan dirasa bila semua dapat berkumpul. Anak-anak buah memang ramai dan dorang-dorang ni lah yang buat rumah ni macam mahu pecah jadinya. Sebab itu lah tidak boleh duduk diam. Kejap ja kita yang dewasa ni diam, ha mulalah yang anak-anak ni buat kecoh. Rumah pun jadi macam bukan rumah lagi. ( kalau bukan macam rumah mahu panggil apa ya?? huhu..) Habis berselerak barang-barang dalam rumah. Bila makan main ikut suka buang sana-sini bekas plastik makanan tu. Bila minum habis basah kalau tidak dijaga. kalau nasib baik banjir jugalah rumah dibuatnya.

Benda-benda macam inilah juga yang akan dirindu sebenarnya. Marahlah macam mana pun dengan budak-budak tu. Kejap lagi dorang jugalah yang buat kau ketawa kering gusi. Ada saja yang boleh jadi bahan ketawa. Bila kumpul semua kerenah dorang ni main tangkap pukal memang buat hati rindu. Budak-budak memang seronok, ingat dunia dia yang punya. Bila main ikut suka, bila marah pun habis tangisan dengar jiran sebelah-sebelah. Mana mahu hirau apa benda janji dia seronok buat sudahlah. Itu sudah cukup buat hati dia senang. Budak yang besar sikit mulalah pandai melawan cakap. Ya lah dia pun macam kau juga dulu (dan sekarang) mahu dan suka cuba benda baru biarpun benda tu bila dia buat tidak menguntungkan pun. Kau jangan lupa proses melakukan kesalahan ni proses yang akan berlaku sepanjang hayat kita Cik Zue. Selagi tidak tahu natijahnya maka hati tidak akan senang selagi tidak buat dan mencuba perkara tu. hmm ada bantahan? Jika ya sila tepuk dahi dekat bawah fikir balik (ops… dahi di atas). hikhik… kak piping cakap “buat eksperimen bah ibu”.


Bila ingat dengan budak-budak yang baru belajar cakap pula lagi buat kau pening kepala. haishhh… budak baru umur jagung muda sudah bijak berkata-kata. hei dia mana tahu sangat pun makna perkataan yang dia cakap tu. Dia cakap ikut sedap intonasi dia saja tapi ada juga orang dewasa yang cakap ikut sedap rasa. ha yang ini mahu letak kategori baru belajar memahami makna juga ka?

tengok dia berendam. mau lah dia kembang. biar dia nanti berkulat.

hmm ni baru ayat Ija. Budak yang berumur baru mahu masuk angka tiga. Dia cakap macam tu sebab dia pun mahu ikut juga mandi kolam. Hari-hari mandi kolam lebih dari dua kali. Nasib baik sempat dengar dia cakap macam tu dan sempat pujuk dia dengan cara ajuk ja cakap dia.. “hmm biar dia berkulat, jom kita masuk”. Kalau tidak dia pun ikut sama berendam dan kain baju mahu lebih lima kali bertukar dalam sehari.

Penat tapi seronok sebab benda-benda macam ni tidak akan dapat rasa pada hari-hari biasa cuma hari cuti saja. Bila mak bapa budak-budak ni cuti dan bawa balik kampong dapatlah jumpa. Dorang semua sudah balik rumah masing-masing dan acara seterusnya ialah kemas rumah. Bila dorang ada mana ada masa sangat untuk mengemas sebab banyak masa kena habiskan untuk layan dorang ja. hmm itulah best jadi budak-budak ni kan.

nota susupan:

mari belajar cara mereka semula..

ummu aisyah***

alhamdulillah.. sudah seminggu bergelar suami isteri. Semoga bahagia bro.. kak ju sesuaikanlah diri dalam keluarga baru ni ya. Anggaplah keluarga baru ni sebagai madu dirimu dalam melayari bahtera rumahtangga. Bro.. jangan lupa bongsu yang satu ini biarpun sudah dapat bongsu baru (kak ju lah tu). huhu..