Showing posts with label .:peringatan:.. Show all posts
Showing posts with label .:peringatan:.. Show all posts
ummu aisyah***
assalamualaikum whb..

saat ini,
air mata mengalir lagi,
teringat bonda terasa berada dihadapan,
sambil memicit sendi-sendi yang keletihan,
tidak terdengar sepatah keluhan,
tiada sebarang bantahan terhadap tanggungjawab yang dilakukan,
sekilas ku lihat timbul kasihan,
aku tunduk memuji kebesaran tuhan,
rupanya itu cuma memori semalam,
bayangan bonda menjelma dikotak ingatan.


mengimbau fasa kehidupan seorang anak,
tika masih dibuaian dan disusukan,
menangis merengek meminta perhatian,
rupanya itu kisah semalam,
cukup meninggalkan kesan.


dalam sibuk aku mencari haluan,
tertulis sebuah kisah kerinduan,
entah rindu tidak dikhabarkan,
sakit pening disimpan dalam diam,
bonda kuat lalui setiap kepayahan.


aku cuba mencari bekalan,
moga ia membantu di akhir kehidupan,
buat bonda aku sedekahkan,
biar sedikit itu aku hadiahkan,
moga usaha ku mendapat keberkatan.

nota kaki:
1) apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara, antaranya doa anak yang soleh. (HR muslim)
2) "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan
berbuat baiklah kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya", ( An-Nisa: 36)
Adi Saad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama menyepi.. sangat lama..
to Ummu Aisyah, mohon seinfiniti kemaafan, lama tidak bertamu ke sini..
sangat kekok utk memulakan semula.. niat menulis sering sahaja tertangguh disebabkan perkara2 yg tidak dpt dielakkan..

Kian menginjak usia. Bkn lg belasan tahun. Kini menjejak alam dewasa. Bnyk perkara berlaku. Bnyk juga pengalaman yg ditimba. Kita dewasa bersama2 pengalaman hidup yg telah kita lalui.
Adakalanya, kita seperti tidak menyedari apa yg sedang berlaku di sekeliling kita.
Menghitung usia - semenjak kecil, sehingga kini, terkenang segala macam memori.. Yg semakin kabur dimamah masa, yg masih jelas terakam di minda. Ada manis, ada pahit. Ada suka, ada duka..

Aku melihat perubahan.. Pelbagai bentuk perubahan, sebenarnya. Perkataan perubahan itu sendiri pny pelbagai tafsiran mengikut individu. Aku, melihat perubahan2 tersebut - ada yg membuat aku gembira, ada yg membuat aku terkilan kecewa.
Baik kpd yg lebih baik. Kurg baik kpd yg baik. Baik kpd yg kurg baik. Pelbagai perubahan..
Di situ, aku tersedar.. Mmg benar la bak kata pepatah yg sering kita dengar, kehidupan kita ini ibarat roda.. Kdg kita di atas. Kdg kita di bawah. Berubah2.. Tapi.. Itulah yg dinamakan ujian dan dugaan kehidupan. Allah menjadikan manusia bkn sia2. Kita belajar dari kehidupan ini. Kita memimpin diri, kita memimpin org lain bersama2 kita.. Jangan pergi terlalu jauh dari-Nya..

Berubah - demi Dia.. Usaha ke arah itu yg dinilai olehNya.. Siapa kita bkn persoalannya.. ^^ InshaAllah.. Tunjukkan kami jalan menujuMu, Ya Allah.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen..
Adi Saad
Hidup ni so unpredictable dude. Kdg tu kita blh survive. Kdg down smpi rasa nak lost hope. Tp ingat la, Allah takkan menguji dgn sesuatu yg tak dpt dipikul oleh hamba-Nya. Tiap sesuatu yg terjadi dlm hidup kita ni, sumanya ada hikmah. Sbb Allah Taala lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba2-Nya..

Manusia, sngt la pelupa.. sbb tu kena slalu beringat.. Jgn skali2 pergi jaoh dr jalan-Nya, takut tak sempat nak patah balik. Kalo tersesat lg laa masalah. Langsung xtau mana satu jln pulang. Kalo ada yg sudi nak tunjuk jln blk, xpa la gak. Allah stil jgk nak bg 2nd chance pd kita. Dibuatnya Allah x izin? Agak2 apa jadi nnt? Balasan-Nya x boleh nak bayang betapa dahsyat..
Means, even sejahat mana pon kita, atau sebaik mana pon kita, suma2 tu boleh berubah dlm sekelip mata kalo kita xtau nak hargai apa yg ada di sekeliling kita ni. Semuanya rahmat Allah.. Kasih sayang Allah.. Allah bg kita hidup, dpt mkn, dpt minum, dpt tidur, dpt buat apa yg kita suka.. x kira la muslim or non muslim. Allah bg apa yg kita perlukan utk hidup atas dunia ni..
Memang.. Life masing2 berbeza.. tp beza jaoh mana pon, kita tetap hamba-Nya. Ada tggjwb nak kena laksana. Xmo la Islam yg juz tertera atas myKad, or atas surat beranak je tp hidup xda rupa. Rupa seorang Islam.. Apa yg Allah suruh, jgn la buat endah x endah.. Apa yg Allah tegah, pandai2 la pikir nak terus buat atau nak tinggalkan.. Bak kata hlovate dlm hikayatnya, "to live well or live hell, we choose."
Aku ni menulis utk peringatan pd diri aku sendiri jugak, sbb xtau masa depan aku nnt akan jd mcm mana.. Akan diuji juga, sentiasa. x kira tem susah atau senang, akan ada ujiannya. Bkn aku saja, tp kita.. Nak senang tu, susah. Tp nak susah tu, senang. Hidup bila makin senang, lg laa tough dia pny ujian. Sediakan la payung sebelum hujan dude. Jadi diri sendiri.. Tp dlm masa jadi diri sendiri tu pikir la yg terbaik. Jgn pulak jd diri sendiri tp buat perkara yg merosakkan. Yg tu dah ikut acuan nafsu, bknnya iman.. Mana yg dah jln betul, teruskan sahaja melangkah.. tp mana yg tersalah, tukar la arah. masih sempat walaupun not much time left.. Sebelum dipanggil menghadap Raja segala Raja, better prepare siap2.. Tak salah utk bertanya drpd terus melangkah tnp arah membiarkan diri tersesat jauh.. Itu kerja yg so sia2..
Kita akan sentiasa dihadapkan dgn pilihan.. Bermacam2 pilihan dlm meneruskan hidup.. Pilih la mana yg berkenan di hati.. tp bila memilih tu biarlah berhati-hati..
Wishing all the best for all of us.. Hidup anda, anda yg tentukan. May Allah bless..
Ameen, Ya Rabb..
ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

Saya baru selesai membaca satu entry daripada seorang blogger yang saya rasa sebaya saya tetapi mempunyai satu daya tarikan yang cukup menarik. Setiap kali entry ditulis dia menyusun kemas setiap ayat dengan begitu menarik untuk minda saya menerima setiap apa yang diutarakan. Apa yang saya suka dengan penulisan beliau ialah olahan yang dibuat begitu matang. Kadang-kadang saya terfikir bahawa saya tidak akan menulis seperti itu di sini atau lebih tepat saya tidak mampu menulis sebaik itu. Kreatif, santai dan berangkai. Cukup.

Ini saya petik sedikit kata-kata beliau. Cikgu Juining juga pernah nyatakan beberapa minggu lepas bahawa "tidak penting dimana kita bermula yang penting dimana kita berakhir". Jika waktu itu saya nafikan pernyataan ini atas sebab titik permulaan lah yang penting bagi memacu sesuatu hingga mencapai titik yang yang disasarkan. Mungkin kadang-kadang kita tidak tahu dimana kita bermula dan apabila kita sedar mungkin kita berada pada kemuncak atau kejatuhan. Tapi bila difikirkan semula pengakhiran yang perlu dicapai iaitu matlamat kita lebih penting cuma bagaimana cara kita untuk mencapai dan memulakan itu bergantung pada diri kita sendiri.
Satu pernyataan yang buat saya berfikir panjang. Terasa seperti terkena batang hidung sendiri. Kisahnya pasal apa. Cinta.. Tidak. Tiada kaitan langsung dengan itu cuma ada peristiwa yang buat hati ni bagai disiat-siat saja. Satu lagi persoalan yang saya perlu fikirkan. Apa yang saya lakukan hari ini dan hari lepas? Adakah ia cukup untuk bekalan masa depan seperti apa yang saya cuba corakkan? Adakah saya hanya menunggu jatuh. Macam yang Flor katakan, macam mana kalau dia tidur sambil bergayut?
Kalau dia terjaga mungkin dia boleh terus berusaha naik semula dan bertahan pada dahan yang kukuh tapi kalau dia tidur sambil bergayut mungkin mahu bertahan untuk bergayut pada dahan pun belum tentu lagi dia dapat lakukan. Apa pun saya berbalik pada diri saya sendiri dalam hal ini. Saya belum tertidur dan itu saya pasti. Cuma saya dalam keadaan mengantuk barangkali. Jadi saya masih belum selamat kerana saya masih perlu berusaha untuk bertaut pada dahan yang kukuh supaya saya boleh berasa selamat. Apabila suatu hari saya mampu berada pada dahan yang kukuh itu saya harap saya tidak leka. Saya harus memikirkan halangan pada peringkat itu lebih mencabar. Bukann begitu??
Terima kasih pada NYA menghadirkan ilham pada mereka buat peringatan diri ini.
Nota basuhan:
1) Bak kata nabil, lu pikir lah sendiri.
2) Bak kata mama ika, sekarang baru kau tahu baiknya benda yang dulu kau tidak mahu tidak suka sangat tu.
3) Saya penat..