Showing posts with label .:ummu:.. Show all posts
Showing posts with label .:ummu:.. Show all posts
ummu aisyah***
assalamualaikum whb..

Lama rasanya tidak menulis disitu. Terasa kaku bila jari ini kembali menari-nari menulis cerita disini. Sebelum saya mulakan, saya ingin sangat memohon maaf pada semua pembaca yang mengenali saya secara langsung kerana saya tidak mampu jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya. Tidak kira saya sebagai watak apa pun dalam drama kehidupan kalian. Saya minta maaf sangat. Banyak sangat buat salah, tanpa sedar hampir 21 tahun usia diberikanNYA buat saya.

Tadi saya menonton sebuah drama kehidupan tentang bagaimanan kita harus menerima kehidupan ini. Apa yang diberikan dalam hidup kita dan bagaimana kita merencanakannya. Bila muhasabah balik kehidupan saya sebagai hambaNYA di dunia ini, rasanya banyak yang salah, tidak betul, dan kurang dalam pengisian hidup. Banyak sangat kesilapan sehingga saya mampu bayangkan saya sedang dipertontonkan semula watak yang saya lakonkan di dunia dalam drama tadi.

Persoalannya disini bukan tidak mengaku bahawa kehidupan manusia ini penuh kekurangannya. Tidak sama sekali. Saya sedar manusia serba tidak sempurna dan tanggungjawab kita untuk memperlengkapkan diri kita dengan ilmu agar kita boleh menjadi "seseorang" yang mampu menjawab padaNYA 'disana' nanti.

Dalam diamnya saya, saya sedang memerhati watak dunia dan masih dalam proses mencari identiti diri. Mungkin lebih tepat cuba untuk mengambil ruang buat diri sendiri melihat dengan mata hati. Saya tidak salahkan orang lain yang ingin menganggap saya sebagai apa pun dalam diam saya kerana setiap manusia punya rencana buat diri masing-masing.

Kadang-kadang saya tersedak kerana Dia mempunyai cara yang tersendiri menegur kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar. Kiranya saya masih bernasib baik Dia tidak dedahkan aib dan kekurangan diri ini di hadapan manusia lain. Alhamdulillah..

Kalian..tolong doakan saya ya..
semoga saya temui apa yang saya cari..
mungkin juga pencarian kita sama cuma cara kita berbeza.

owh ya..
terima kasih pada sisipan doa kalian.. :)
ummu aisyah***
Assalamualaikum whb..

Baru kejap tadi saya sampai rumah. Sampai ja Ija terus sambut "bungsu"... "yaaa.. Assalamualaikum. Buat apa siiituu?" Sambil-sambil berbual dengan budak peramah ni saya buka kasut saya. Banyak celotehnya budak ni. "bungsu mai naik bilik, mau ikut".. "bungsu bawu balik".. "bungsu...blablabla..."





Haish penat woo..balik rumah tengah hari. Kalau dapat minum air kordial sarsi ni sodap ooo.. huhu.. Tapi yang itulah saya lupa beli kelmarin tu. adeh macam mana boeh lupa ni. Sudah set dalam kepala ni awal-awal sebelum keluar pergi kedai. Haa itu lah, orang suruh buat list sebelum keluar beli barang keperluan.
Haish apa yang membebel tengah hari ni.. okai mari sambung bab buka kasut tadi.. boleh buat bab pulak ya.. haha.. masa buka kasut tu saya dengar ada bunyi macam benda jatuh yang hampir dengan saya tapi buat-buat macam ndak dengar apa. Saya pun melangkah lah kedepan sikit untuk letak kasut kan.
"krekK..." erk apa tu?? tunduk sikit tengok benda apa yang berbunyi tu.
mak aih.. Allahu akhbar!! warghhhhh..... "macam mana boleh jadi macam ni"... "kak cermin pecah".... "pecah? ha pecah. hehe kesian"



Ya.. spek saya pecah. Selalu kalau ndak pakai spek tu saya sangkutkan ja pada leher baju. ntah macam mana kali ni dia boleh jatuh pula. Tunduk sangat tu masa buka kasut. wargghhh.. macam mana ni, kejap lagi ada kelas. adeh..(mengeluh lagi)
Sudah pecah maknanya kena ganti baru lah kan? Tapi ganti tu kena ada duit juga.. kalau boleh pergi hospital kerajaan lepas tu mengadu dengan MA di sana lepas tu mintak dia gantikan macam bagi panadol percuma tu ndak apa juga. Nampak ndak tu dia pecah di bahagian bawah dan retak sikit. Kena cari jalan ni.

Kita mintak derma siswa lah kalau macam ni..hahaha.. "zue siapa mok
kasik derma?".. sekarang ni tengah musim 'kemarau'. Kocek sendiri pun rasanya ndak cukup kalau buat frameless. Buat frameless lah murah sikit kan? Tapi ada frame pun boleh retak juga sebelum ni. Baik buat fully frame lagi baik tapi mahal tuh.. Korek duit biasiswa ndak boleh.. itu langgar janji namanya. Kena cari jalan tuk dapatkan spek baru lah weh..

mari mintak derma..
kita lancarkan tabung..
siapa mangsa..
haha..ni kita ndak tau.
baik siap sedia..
off hp..
sebelum berita ni saya sampaikan dalam nada sedih sampai ada yang terus terpedaya bagi saya duit untuk buat baru.lalala~~~....
Akhir bicara..
Tahan pening kepala dan sakit mata..
p/s: spek ni akan ganggu tidur mu sampai ada pengganti baru..hhuhu..
Apakah??<<<<

ummu aisyah***
assalamualaikum wbt..

Hari ni saya bangun lewat untuk ke sekolah. Saya tidak perasankan jam yang saya kunci pada jam 4.30 pagi berbunyi. Bangun lewat itu satu hal. Satu hal lagi saya belum gosok baju untuk hari ni. Maknanya saya terpaksa kejar masa pagi-pagi lagi. ohh saya tidak suka keadaan yang menyerabutkan kepala diawal pagi hari.


Sarapan pun tidak sempat dan terpaksalah bawa bekal air untuk di minum dalam kereta. Nasib baik jugalah pintu pagar sekolah belum ditutup untuk pelajar masuk. Kalau tidak kena demerit lagi lah. Kalau sempat sarapan lagi tadi maknanya memang sempat juga nama cik zue masuk buku kehadiran lewat hari ni.

Bila keadaan terburu-buru macam ni berlaku pasti akan hilangkan mood saya. Masuk saja kelas terus buat muka tiada perasaan (pinjam ayat keron ni). Kawan sebelah pun naik hairan. Apa hal ko zue, hari ni diam ja. Tiada mood sayang. Pagi-pagi lagi suram, muram dan mendung. hihi..


Kelas pertama setiap hari khamis dengan cikgu Roslee. Hari ni kita buat kira-kira sikit sambil layan perasaan geram terpaksa kejar masa. Orang lain sibuk selesaikan situasi yang diberi tapi saya sempat lagi buat kerja sendiri. Tahu saya buat apa??




haa ini lah hasil kerja kira-kira saya.



Semalam saya sempat menonton satu video yang mengajar penonton untuk melakar potret secara tidak langsung. Saya terbayang cara-cara melukis potret wajah tu dalam kelas dan hasilnya boleh tahan jugaklah bagi orang yang tidak tahu melukis macam saya ni. Peribahasa ada mengatakan kalau tidak tahu bermain bola maka kita gelarkan dia kaki bangku. Kalau tidak tahu melukis kita gelarkan apa? hanya tangan orang yang lembut saja boleh melukis tapi tangan saya liat maka sesuai lah jika kita gunakan peribahasa tangan liat. Pihak DBP sila pertimbangkan ya. ngehehe...


Mari kita tinjau pendapat juri kita. Juri pertama kita Cik Zura dan yang kedua Cik Idah.


JURI PERTAMA : Saya lihat kamu sudah boleh melukis menggunakan kerangka untuk membentuk wajah tetapi kenapa kenapa encik itu tiada lubang hidung pada bahagian sebelah kanan. cacat ya.





JURI KEDUA: Lakaran ini tidak seimbang pada bahagian sebelah kanan dan kiri. Saya lihat mata sebelah kiri sedikit bulat manakala mata sebelah kanan menunjukkan ketegasan. Pipi sebelah kanan sedikit cengkung berbanding sebelah kiri yang tampak berisi. saya juga dapat melihat sebelah kanan wajah seperti seorang lelaki dan sebelah kiri seperti seorang wanita.


Secara realitinya rupa fizikal kita memang berbeza pada bahagian sebelah kanan dan kiri. Tidak akan ada yang sempuna. Cuba tutupkan bahagian muka sebelah kanan dan lihat muka kita sebelah kiri, kemudian tutupkan pula bahagian sebelah kiri. Pasti ada bezanya. Tidak banyak, sedikit pasti berbeza. Tangan kita juga begitu, kadang-kadang ada yang mempunyai lengan yang sedikit besar pada bahagian kiri ataupun kanan. Mata kiri saya sedikit sepet daripada sebelah kanan. Itu fakta berkenaan diri saya.


Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tidak perlulah mengeluh dengan apa jua kekurangan kita. Kita tidak berhak untuk menuntut dan meminta kesempurnaan kerana kita tidak berhak. Tubuh badan kita ini bukan hak kita. Ia nya cuma pinjaman maka barang yang dipinjam harus dijaga sebaiknya. Tidak perlu mengubah dan jangan cuba mencederakan anggota badan kita, kelak nanti kita dipertanggungjawabkan atas perbuatan kita. Ingat tu zue. Saya anjurkan pada diri saya sendiri.

Nota susupan:
Juri pertama cik zura, perkataan cacat tidak perlukan perkataan tidak dihadapanya.

Nota sisipan:
1) Saya tidak suka melukis dan tidak tahu menilai lukisan tapi bila sudah khayal pada lukisan saya akan hilang di dalamnya. Berfantasi.
2) Kenapa mesti cubaan untuk melukis menggunakan objek encik itu ya?? Itu yang kita tidak tau.. huhu..