ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..
Pertandingan bahas ala parlimen hari rabu sudah pun lepas. Banyak benda mahu di lontarkan. Biar nanti bila teringat pasal bahas nanti saya boleh ja rujuk pada entry ni. Kira kenangan ni nanti bila teringat rasa macam masih segar lagi.

Minggu lepas, hari khamis cikgu Delilah panggil saya, fyda, ida, baby dan Cecilia. Cikgu cakap ada pertandingan pidato dan bahas, “mau ikut ka tidak?”. Mestilah mau ikut cikgu. Sudah lama ndak buat kerepek (merepek) ni. Ha ini lah masanya. Tapi masa yang ada cuma kurang dari seminggu. okai ndak pa kita sahut cabaran itu cikgu. Tapi ada masalah, kami kan budak tingkatan 6? Boleh ka ndak? Bincang punya bincang dengan pihak penganjur, boleh tiada masalah.

Tajuk bahas Dasar PPSMI wajar Diteruskan. Pada mula masa dapat tajuk ni terdetik juga tajuk ni macam susah ja. Boleh ka atau tidak buat nanti. Oleh kerana isnin tu cuti untuk sambutan maulidur rasul saw. kami terpaksa lah tinggalkan kelas hari selasa untuk buat persediaan terakhir. Siapkan hujah-hujah untuk persediaan samaada dapat jadi deligasi kerajaan ataupun pembangkang. Dalam hati kami memang terdetik untuk dapat sebelah deligasi kerajaan.

Bila sampai ja di SMK sikuati II, kita pi minum dulu lepas tu baru cabut undi. Ida cakap “kita dapat sebelah kerajaan”, huu gembira bukan main lagi. Ayat pertama yang terkeluar dari mulut ni “Alhamdulillah”. Gerak hati kami betul. Segalanya sudah sedia, apalagi kita gerak lah. Untuk bahas ni pihak penganjur sediakan dua tempat, satu dekat dewan besar dan satu lagi dalam bilik gerakan. Agak tertutup lah dan kami dapat bilik gerakan. Kumpulan kedua yang bertanding.

Sampai ja waktu kami mahu bertanding, ada masalah pula. Juri-juri kurang senang dengan kami sebab budak-budak tingkatan 6. Aik juri ni lebih-lebih pula, penganjur cakap boleh lah. Jadi apa masalah lagi. Siap buat meeting luar bilik gerakan lagi dan buang masa dekat setengah jam pula tu.

Ida dan Fyda rasa tiada semangat sudah waktu tu. Dalam nada sederhana kami bertiga cakap-cakap lah kalau ia pun mahu singkirkan kami sebab kami tingkatan 6. Okai kami terima tapi biarlah bagi peluang untuk pusingan pertama dan lepas tu kami ndak kisah lah. Sudahnya kami penat-penat cari bahan untuk berhujah ndak kan balik macam tu ja. Rasanya juri-juri tu dengar lah juga, tapi memang niat bagi juri tu dengar perbualan kami. manalah tahu simpati ka apa kan.

Akhirnya kami diberi peluang juga untuk bertanding. Lontarkan segala hujah untuk pengaruhi juri terima usul yang kami bawa. Isu PPSMI ni kalau dikira memang pihak pembangkang boleh ja menang tapi hujah dorang tidak kukuh. Senang ja kami serang balas balik. Yang paling ketara sangat bila dorang cakap pihak kami tidak nyatakan statistic sebelum dan selepas PPSMI dilaksanakan. Ha sudah terperangkap.

Waktu izin laluan untuk mencelah pula rasa macam mahu ketawa ja. Adakah pembangkang pertama bangun tegakkan benang yang basah bila kami psiko yang dorang tu kerja asyik termenung sebab tu gagal mencerap hujah yang kami sampaikan. Markah terbuang sia-sia ja untuk dorang di situ. Kalau diikutkan hujah kami banyak ja lompong sini sana tapi nasib baik buat pendekatan. Pertama, bahasa Inggeris tu lebih spesifik penggunaannya. Contohnya , alat pengukur suhu. Klau BI alat pengukur suhu tu banyak, maka kalau guna BM ia lebih bersifat umum. Kedua, penciptaan kereta Proton yang dulu ditentang banyak pihak dan hari ni ia diterima baik Cuma ianya memerlukan masa. Samalah juga dengan dasar PPSMI ni.

Bidasan-bidasan deligasi pembangkang mudah ja kami ranapkan semasa sesi penggulungan. Tapi masa sesi penggulungan ni “ketidak adilan” berlaku, waktu penggulungan pembangkang sampai 8 minit sedangkan masa yang diperuntukkan untuk sesi ni cuma 4 minit. Bukannya penjaga masa tidak sedar, kami pun sempat lagi pandang-pandang yang dipertua dewan dan penjaga masa yang dorang lebihkan masa. Tapi mungkin dorang sudah di ingatkan supaya bagi ja masa lebih-lebih untuk deligasi pembangkang, dan kami tepat 4 minit loceng dibunyikan. Mungkin cakap macam serkap jarang tapi masa kami sampai separuh akhir pun penjaga masa lebihkan pihak pembangkang. Bila sedar kami pun jaga masa juga, penjaga masa nampak macam serba salah dan bunyikan loceng dalam minit ke 6.

Keputusannya, usul Dasar PPSMI Diteruskan diterima dan kami berjaya mara ke separuh akhir. Tajuk separuh akhir “lambakan IPT menyebabkan kualiti graduan rendah”. Masa separuh akhir ni lagi lah sedih. Saya ingatkan kami kalah sebab saya tergagap masa berhujah. Bila tengok markah yang juri beri, kurang 2 markah untuk strategi datang dari saya dan kurang lagi 2 markah untuk gaya juga datang dari saya. Markah untuk isi pula, hmm yang ni sedih sikit bila ingatkan balik. Nampak sangat juri tidak mahu kami mara ke peringkat akhir. Sedangkan jelas deligasi pembangkang sudah jauhh tersasar bila bercerita tentang IPT luar Negara sedangkan masalah yang dibincangkan adalah masalah dalam Negara. Bukan mahu kata kami hebat dan mereka salah. Tidak..Cuma kesal bila alasan yang digemburkan kami budak tingkatan 6 jadi tidak layak untuk menang. Dan akhirnya kami tidak berjaya ke peringkat akhir.

Mati-mati saya ingatkan kami gagal ke peringkat akhir disebabkan saya tergagap masa berhujah. Masa naik dalam bas pun saya masih lagi persoalkan kenapa kami tidak berjaya. Bila cikgu terangkan sendiri sebabnya barulah hilang sikit demi sedikit perasaan serba salah tu. Pengetua ada ingatkan, kalau bertanding tidak kira menang atau kalah jangan sampai rasa rendah diri. Kalaulah ada perasaan rendah diri bila kalah, baik tidak payah ja pergi bertanding. Itu lebih baik. Bila selesai ja penerangan dari cikgu hal duduk perkara sebenar, Ida Tanya “rasa rendah diri ka?”.. Kalau sebelum tu dia tanya maka jawapanya YA.

Nota sisipan:
1) Soalnya bukan menang atau kalah tapi tahap keyakinan diri sendiri yang akan mempengaruhi hidup jika tidak dibetukan.
2) Cerita bukan sekadar kisah bahas semata-mata tapi lebih dari itu.
3) Kali ini rasanya sudah cukuplah, lengkap satu lagi kisah yang buat saya lebih mengenali KAMU dalam hal yang satu itu.
4) Alhamdulillah rahmat disebaliknya saya dan DIA kembali jernih akhirnya. Entah bila perselisihan faham bermula dan entah dimana titik noktahnya.
1 Response
  1. NA. Says:

    Assalamu'alaikum kak ummu aisyah =D

    hehehe ..Salam ziarah =D
    Wah, akak masuk perbahasan!=D
    saya tahun ni ganti tempat kawan saya untuk masuk perbahasan sebab dia x nak msk..mslh skrg..saya rasa mcm x yakin je nak stay dlm perbahasan ni..saya dah la kurang pengetahuan am..nak berckp pun x berani klu di hdpn umum