ummu aisyah***
assalamualaikum wbt..

Hari ni saya bangun lewat untuk ke sekolah. Saya tidak perasankan jam yang saya kunci pada jam 4.30 pagi berbunyi. Bangun lewat itu satu hal. Satu hal lagi saya belum gosok baju untuk hari ni. Maknanya saya terpaksa kejar masa pagi-pagi lagi. ohh saya tidak suka keadaan yang menyerabutkan kepala diawal pagi hari.


Sarapan pun tidak sempat dan terpaksalah bawa bekal air untuk di minum dalam kereta. Nasib baik jugalah pintu pagar sekolah belum ditutup untuk pelajar masuk. Kalau tidak kena demerit lagi lah. Kalau sempat sarapan lagi tadi maknanya memang sempat juga nama cik zue masuk buku kehadiran lewat hari ni.

Bila keadaan terburu-buru macam ni berlaku pasti akan hilangkan mood saya. Masuk saja kelas terus buat muka tiada perasaan (pinjam ayat keron ni). Kawan sebelah pun naik hairan. Apa hal ko zue, hari ni diam ja. Tiada mood sayang. Pagi-pagi lagi suram, muram dan mendung. hihi..


Kelas pertama setiap hari khamis dengan cikgu Roslee. Hari ni kita buat kira-kira sikit sambil layan perasaan geram terpaksa kejar masa. Orang lain sibuk selesaikan situasi yang diberi tapi saya sempat lagi buat kerja sendiri. Tahu saya buat apa??




haa ini lah hasil kerja kira-kira saya.



Semalam saya sempat menonton satu video yang mengajar penonton untuk melakar potret secara tidak langsung. Saya terbayang cara-cara melukis potret wajah tu dalam kelas dan hasilnya boleh tahan jugaklah bagi orang yang tidak tahu melukis macam saya ni. Peribahasa ada mengatakan kalau tidak tahu bermain bola maka kita gelarkan dia kaki bangku. Kalau tidak tahu melukis kita gelarkan apa? hanya tangan orang yang lembut saja boleh melukis tapi tangan saya liat maka sesuai lah jika kita gunakan peribahasa tangan liat. Pihak DBP sila pertimbangkan ya. ngehehe...


Mari kita tinjau pendapat juri kita. Juri pertama kita Cik Zura dan yang kedua Cik Idah.


JURI PERTAMA : Saya lihat kamu sudah boleh melukis menggunakan kerangka untuk membentuk wajah tetapi kenapa kenapa encik itu tiada lubang hidung pada bahagian sebelah kanan. cacat ya.





JURI KEDUA: Lakaran ini tidak seimbang pada bahagian sebelah kanan dan kiri. Saya lihat mata sebelah kiri sedikit bulat manakala mata sebelah kanan menunjukkan ketegasan. Pipi sebelah kanan sedikit cengkung berbanding sebelah kiri yang tampak berisi. saya juga dapat melihat sebelah kanan wajah seperti seorang lelaki dan sebelah kiri seperti seorang wanita.


Secara realitinya rupa fizikal kita memang berbeza pada bahagian sebelah kanan dan kiri. Tidak akan ada yang sempuna. Cuba tutupkan bahagian muka sebelah kanan dan lihat muka kita sebelah kiri, kemudian tutupkan pula bahagian sebelah kiri. Pasti ada bezanya. Tidak banyak, sedikit pasti berbeza. Tangan kita juga begitu, kadang-kadang ada yang mempunyai lengan yang sedikit besar pada bahagian kiri ataupun kanan. Mata kiri saya sedikit sepet daripada sebelah kanan. Itu fakta berkenaan diri saya.


Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tidak perlulah mengeluh dengan apa jua kekurangan kita. Kita tidak berhak untuk menuntut dan meminta kesempurnaan kerana kita tidak berhak. Tubuh badan kita ini bukan hak kita. Ia nya cuma pinjaman maka barang yang dipinjam harus dijaga sebaiknya. Tidak perlu mengubah dan jangan cuba mencederakan anggota badan kita, kelak nanti kita dipertanggungjawabkan atas perbuatan kita. Ingat tu zue. Saya anjurkan pada diri saya sendiri.

Nota susupan:
Juri pertama cik zura, perkataan cacat tidak perlukan perkataan tidak dihadapanya.

Nota sisipan:
1) Saya tidak suka melukis dan tidak tahu menilai lukisan tapi bila sudah khayal pada lukisan saya akan hilang di dalamnya. Berfantasi.
2) Kenapa mesti cubaan untuk melukis menggunakan objek encik itu ya?? Itu yang kita tidak tau.. huhu..


0 Responses