Assalamualaikum whb..
Semalam
saya baru sampai Kolej Kayangan tercinta daripada bercuti-cuti Malaysia. Dari
perkarangan pintu masuk Kolej Kayangan menunjukkan
hari ini adalah hari pertama adik2 ini melangkah ke alam baru, fasa kehidupan
baru bergelar sebagai warga kampus. Meriah dengan kehadiran ibu bapa yang sibuk
menguruskan pendaftaran anak-anak mereka. Semuanya nampak meriah, dengan beg
yang besar, baldi, bantal besar (bantal busuk tu =p) dan macam2 lagi barang. Maklum
lah budak baru mendatar, mesti terfikir mahu bawa semua ke kolej. Kalau boleh
semua barangan kesayangan yang ada di rumah tu di bawa ke kolej. Saya juga
pernah menjadi seperti mereka. (Mungkin anda
juga?)
Mengimbas
kembali detik saya mula2 melangkahkan kaki ke alam kampus. Sebak, gembira,
teruja pun ada. Macam2 perasaan bercampur baur masa tu. Seronok sebab ini
impian saya (pada masa tu, insya Allah sehingga kini) ingin bergelar pelajar kampus.
Teruja sebab kakak2 yang menyambut kami ramah sambil menerangkan beberapa
pperkara tentang pendaftaran pada hari tu sehingga seminggu minggu suai kenal
tu berlangsung. Kebetulan berjumpa sahabat lama yang juga mendaftar di kolej
yang sama. Keterujaan tu lagi lah tidak mampu dibayangkan. Bayangkanlah kami
boleh melompat kegembiraan di tempat letak kereta semasa berjumpa buat pertama
kali setelah bertahun tidak bertemu. Sebahagian
memori yang indah. Sungguh saya rasa mahu menangis sekarang ni. Sedar tidak
sedar tahun hadapan saya akan menjadi pelajar tahun akhir. Tahun akhir… Ya..
Mungkin
ini pengalaman pertama saya melihat proses kemasukan pelajar baru sejak
beberapa tahun bergelar pelajar kampus. Rasa seronok seperti saya pon baru
mendaftarkan diri seperti adik2 kita ni. Heehee.. nampaknya saya ni boeh
digelar tua jugak lah sebab yang mendaftar tu semuanya fresh daripada lepasan spm.
Saya?? Hee.. (malu lah, saya lebih tua
tapi perangai macam budak2 lagi. Muda remaja okai~)
Tadi
sempat melihat beberapa gambar yang di post oleh pengetua Kolej Kayangan ni. Rasa
sebak pon ada bila baca post pengetua kolej tadi. Maklum balas daripada ibu bapa yang berterima kasih dengan layanan
yang diberikan amat memuaskan hati mereka. (Tersentuh kejap *_~) Rasa seperti
itu adalah komen daripada keluarga saya sendiri. (Ahhh sentimental lah pula
kan). Saya rindu masa lalu, semasa mula2 kaki ini melangkah ke alam kampus. Tahu2
tahun depan saya akan menjadi pelajar tahun akhir. Maknanya tahun depan saya
akan tamat pengajian. Selepas tu?? Mungin tiada lagi pengalaman mula2 dihantar
ke kampus oleh keluarga. Tiada lagi perasaan teruja seperti adik2 kita ni. Mungkin
masa tu kalau saya mahu menyambung ke peringkat sarjana, mungkin di iringi
suami pula ( gatal kamu ni =p), siapa tahu.. hee…
nota kaki : selamat menempuh minggu2 terakhir. exam mood switch on~!