ummu aisyah***
Assalamualaikum wbt..

Saya baru selesai membaca satu entry daripada seorang blogger yang saya rasa sebaya saya tetapi mempunyai satu daya tarikan yang cukup menarik. Setiap kali entry ditulis dia menyusun kemas setiap ayat dengan begitu menarik untuk minda saya menerima setiap apa yang diutarakan. Apa yang saya suka dengan penulisan beliau ialah olahan yang dibuat begitu matang. Kadang-kadang saya terfikir bahawa saya tidak akan menulis seperti itu di sini atau lebih tepat saya tidak mampu menulis sebaik itu. Kreatif, santai dan berangkai. Cukup.

Ini saya petik sedikit kata-kata beliau. Cikgu Juining juga pernah nyatakan beberapa minggu lepas bahawa "tidak penting dimana kita bermula yang penting dimana kita berakhir". Jika waktu itu saya nafikan pernyataan ini atas sebab titik permulaan lah yang penting bagi memacu sesuatu hingga mencapai titik yang yang disasarkan. Mungkin kadang-kadang kita tidak tahu dimana kita bermula dan apabila kita sedar mungkin kita berada pada kemuncak atau kejatuhan. Tapi bila difikirkan semula pengakhiran yang perlu dicapai iaitu matlamat kita lebih penting cuma bagaimana cara kita untuk mencapai dan memulakan itu bergantung pada diri kita sendiri.
Satu pernyataan yang buat saya berfikir panjang. Terasa seperti terkena batang hidung sendiri. Kisahnya pasal apa. Cinta.. Tidak. Tiada kaitan langsung dengan itu cuma ada peristiwa yang buat hati ni bagai disiat-siat saja. Satu lagi persoalan yang saya perlu fikirkan. Apa yang saya lakukan hari ini dan hari lepas? Adakah ia cukup untuk bekalan masa depan seperti apa yang saya cuba corakkan? Adakah saya hanya menunggu jatuh. Macam yang Flor katakan, macam mana kalau dia tidur sambil bergayut?
Kalau dia terjaga mungkin dia boleh terus berusaha naik semula dan bertahan pada dahan yang kukuh tapi kalau dia tidur sambil bergayut mungkin mahu bertahan untuk bergayut pada dahan pun belum tentu lagi dia dapat lakukan. Apa pun saya berbalik pada diri saya sendiri dalam hal ini. Saya belum tertidur dan itu saya pasti. Cuma saya dalam keadaan mengantuk barangkali. Jadi saya masih belum selamat kerana saya masih perlu berusaha untuk bertaut pada dahan yang kukuh supaya saya boleh berasa selamat. Apabila suatu hari saya mampu berada pada dahan yang kukuh itu saya harap saya tidak leka. Saya harus memikirkan halangan pada peringkat itu lebih mencabar. Bukann begitu??
Terima kasih pada NYA menghadirkan ilham pada mereka buat peringatan diri ini.
Nota basuhan:
1) Bak kata nabil, lu pikir lah sendiri.
2) Bak kata mama ika, sekarang baru kau tahu baiknya benda yang dulu kau tidak mahu tidak suka sangat tu.
3) Saya penat..
ummu aisyah***
assalamualaikum wbt..

Sebelum anda baca sampai habis, saya mahu ingatkan yang entri ni cuma luahan hati saja yang banyak dan cerita-cerita pasal kenalan, rakan dan sahabat saya. Jadi kalau anda malas baca silalah pergi ja baris akhir yang berwarna merah ya. Disitu ada sesuatu buah tangan yang saya kongsikan. Kemudian boleh lah check out ya.Nampak sangat saya tidak mengalu-alukan anda yang jadi silent reader kan. Entry ni untuk tatapan mereka yang berkenaan ja.

Hari ni sampai ja di rumah kepala ni rasa berat ja. Macam ada tongkol batu atas kepala. Apa sangatlah yang saya buat di sekolah tadi. Cuaca panas dan ndak menentu ni buat kepala ni pening sangat-sangat. Lepas rehat sekejap tengah hari tadi terus koma sampai ke petang. Berat sangat kepala sampai anak buah baring sebelah pun saya buat ndak kisah. Makan tengah hari pun ndak sentuh sebab yang penting waktu tu ialah tidur!! Bila sudah terlebih tidur jawabnya saya kena berjaga lah malam ni.. ha bila waktu malam macam ni saya jadik burung hantu lah sendiri-sendiri. hihi..

Lepas habis waktu rehat saya ada kelas pengajian am pagi tadi tapi saya ndak masuk kelas. Saya lepak dalam studio seni visual siapkan model geo yang kena hantar sebelum waktu persekolahan tamat. Kami (saya dan kembar) siapkan juga model tu biarpun baru kelmarin buat perancangan. Kami buat model struktur bumi tapi nampak comot sikit. Ya lah kerja tergesa-gesa kan.

Nasib baiklah Keron tolong kemaskan buku-buku saya. Terima kasih ya Keron sebab sudah banyak kali tolong buat kerja kemas mengemas ni untuk aku. Keron ni buddy saya yang paling baik untuk di ajak melepak. Dia selalunya setuju ja kalau ajak dia lepak biarpun dia ndak bawa apa-apa persiapan tuk pi melepak. Destinasi yang paling baik tok lepak dekat belakang sekolah lah. Blok library lah kan yang paling selesa, lagi-lagi kalau waktu petang. Belajar dekat koridor tu memang nyaman rasanya, belajar sambil disapu angin sepoi-sepoi bahasa. hai.. best betullah sampai kadang-kadang tu bukannya belajar tapi tidur. huhu.. Pihak pentadbir library memang sangat memahami betullah fe'el pelajar.

Dalam beberapa bulan ni dia lah yang selalu dengan saya. Bukan sebab saya ni sudah ndak suka melepak lagi dengan kawan baik saya yang lain tapi lebih selesa dengan Keron. Bila duduk sebelah-sebelah ja memang lah rapat kan. Kawan yang lain asyik sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ya lah dorang semua tu kan berjawatan tinggi, bukan macam saya ni cuma pelajar biasa ja. Nampak macam saya jauh hati. Dingin ka, macam pelajaran yang saya belajar waktu kelas tcr Emmily tadi. Ndak, langsung ndak sebab saya sendiri yang salah dalam hal ni. Hish, okai lah bab ni sudah melalut jauh ni.

Bila cakap pasal jauh hati ni saya mau bagi pesanan sikit dengan sahabat saya yang satu ni. Siapa?? Siapa?? Khas untuk dia yang bernama MALA. Aku ndak tau lah ko baca atau ndak entry kali ni. Aku ndak marah pun dengan ko. Jangan risau lah. Perkara kecik ja tu aku ndak kisah sangat lah pasal tu. Aku ndak berkira sangat tapi aku akan berkira juga dengan ko kalau ko ndak pujuk aku, bawa aku keluar sebelum ko balik kk. Aku cakap aku ndak marah tapi ndak cakap pun TIDAK AKAN MERAJUK kan? Siapa suruh ko mau sangat bagi kejutan macam tu. Haa aku tunggu bila ko mau ajak aku kuar macam ko janji mau call tapi sampai sekarang .... hampa..Aku ndak kira, mau merajuk jugak.. Hmm..Aku masih lagi tunggu apa alasan ko buat gitu.okai..!!


Walau macam mana pun, kawan tu amat penting dalam hidup kita. Sebab tu kalau pilih kawan kita kena hati-hati. Bila dah dapat kawan yang baik dan faham kita janganlah sampai kita abaikan pulak. Luqman Al-Hakim juga pernah berpesan pada anak-anaknya pasal peranan sebagai sahabat ni.


"Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu."

Saya yang mana?? Saya selalu jadi sahabat yang suka bergantung pada sahabat. Suka mencedok apa yang patut dari sahabat saya secara diam-diam. Shtt.. Jangan sampai dia tahu. Nanti dikatanya kita tiada identiti. Saya pernah menjadi seperti seorang kenalan saya, saya ndak rapat dengan dia tapi dari jauh saya suka perhatikan dia. Dia jenis yang suka buat hal sendiri. Dia suka berdiam diri. Dia ndak suka ikut orang. Dia ndak suka tunggu orang. Dia selalu lebih cepat dari yang lain. Dia selalu tepat masa. Saya berjaya kutip sesuatu dari dia biarpun sedikit. Sorang kawan yang rapat dengan saya pernah tegur dulu, "zue kenapa tiba-tiba jadi pendiam ni. Ndak macam dulu". Sebab saya sudah belajar sesuatu dari dia. Jangan bergantung sangat pada orang lain. Itulah dia. Saya masih belajar untuk lebih berdikari macam dia tapi sangat susah tau dan kadang-kadang kecundang jugak. hikhik.. Saya rindu dia. Saya ndak tahu dia di mana sekarang dan saya terhutang budi dengan dia.

okai lah panjang pulak kerepek kali ni. Jadinya merapu raban pulak. huhu.. Maaf kalau ada yang baca entri ni, saya buang masa anda. Halalkan masa anda yang terbuang baca contengan saya ya. Hidangan Ilham Bicara kurang enak kali ini tapi saya puas. Anda?? hmm abaikan ja lah..

tiada nota kali ini..

salam jumpa lagi..